Special Chapter 2

1K 86 21
                                    

"Hmmm.."

Sepasang iris merah milik Halilintar, mengintai di balik dinding sekolah. Dia mencengkam dinding. Anak matanya merenung tajam pada seseorang. Dia berdecit pelan, apabila melihat Gempa berjalan beriringan dengan kawannya untuk menuju ke kelas. Mesra sahaja dia tengok.

"Hmph!" sebelah pipinya dikembung. Sebal dan geram.

Dia membetulkan posisi beg sekolahnya, dia keluar dari tempat persembunyiannya.

Halilintar berjalan laju, namun apabila dia hampir tiba di sebelah dua sekawan itu. Dia memperlahankan langkah kakinya. Dia berdeham, sekadar mahu menarik perhatian mereka berdua terutama sekali Gempa.

"Oh Hali, selamat pagi." sapa kawan Gempa dengan senyum ramah.

Halilintar hanya menjeling, dia mengerling pada Gempa yang hanya mendiamkan diri. Dia merengus, lalu bergegas pergi.

Keningnya bertaut. Bingung.

"Asal dia tak tegur aku? Selalu aje dia akan kacau aku kalau nampak aku? Maybe dia period, sebab tu badmood semacam aku tengok. Lelaki pun boleh period eh? Aku tak tau pula. Dia kan uke genit, semua dia boleh buat. Termasuk buat anak.. Wiuwiu.."

Halilintar bermonolog sendirian, pandangan mata daripada para pelajar yang berlalu lalang dikoridor hanya diabaikan.

Sementara itu..

"Asal kau tak sapa Hali? Selalu aje kau sapa dia? Kenapa? Dah menyerah?"

Nut memandang wajah cemberut kawannya. Dia merangkul bahu kawan mungilnya itu.

"Kenapa ni? Ke dia ada sakitkan hati kau?"

"Ya!! Ada ke patut dia buang coklat aku kelmarin! Dahla aku beli coklat tu dengan duit tabung aku! Dahla, mama aku sita duit poket aku... Huhuhuhu.. Tak boleh nak main game lagi dan pergi taman tema lagi..."

Gempa menyapu air mata palsunya, hingusnya disedut. Nut buat muka jijik, dia segera melepaskan rangkulannya pada Gempa.

"Huduh punya perangai, macam ni Hali nak kat kau? Perangai macam budak 5 tahun. Dia pun tak nak pandang kau lah. Cubalah jadi matang sikit."

Mulut Gempa terbit muncung itik. Dia menghentak kaki.

"Aku berjanji dan bersumpah bahawasanya aku akan goda dia sampai dia jatuh ke longkang!"

"Jatuh longkang? Bukan jatuh hati?"

"Erk! Jatuh hati! Sorry salah skrip! Aku cau dulu!! Bye Nut sayang!!"

•••••

"Hari ini, cikgu nak buat perubahan tempat duduk sebelum mulakan pelajaran. Cikgu dah tulis nama dan no tempat duduk kamu di dalam kotak ni. Kalau kamu dapat nama pasangan kamu, bermaksud kamu akan berpasangan dengan orang itu. Jom kita mulakan. Sila maju ke depan untuk ambil udian."

Semua pelajar kelas 5 A-12 mula maju untuk ke depan.

Seusai mengambil udian, mereka terus mencari pasangan rakan meja mereka.

Halilintar hela nafas kerana dia tidak perlu beralih daripada tempat asalnya, dia mengerling meja di sebelahnya. Dia ingin tahu siapakah yang akan menjadi teman semejanya.

"Err..."

Kepala Halilintar terangkat, dia pandang wajah orang itu. Gempa.

Halilintar sudah dapat menjangka, bahawa Gempa akan menjadi rakan semejanya. Kerana hanya lelaki itu sahaja yang berdiri, semua pelajar yang lain sudah duduk di tempat masing-masing.

"Saya.. Umm.."

Halilintar menjeling. "Tak payah cakap. Duduk aje."

"Hm baik."

Gempa segera melabuh duduk di kerusi. Beg sekolahnya, dia sangkut pada badan kerusi. Dia mengerling Halilintar. Dia simpan senyum, dalam hati dia berteriak girang sebab dapat duduk bersebelahan dengan kekasih hatinya. Rezeki dia..

"Tak payah jeling-jeling aku lah, tengok depan."

"Alaaa.. Nak tengok bakal suami pun tak boleh? Tapi kan, tak sangka pula yang kita akan jadi rakan semeja. Nampaknya, jodoh kita makin dekat kan? Mula-mula duduk semeja, lepastu duduk atas pelamin and last duduk atas katil err.. Abaikan yang tu.. Lepastumph!"

Celotehan Gempa tenggelam apabila mulutnya dibungkam oleh tangan Halilintar. Dia pandang Halilintar kesal. Dah kenapa lelaki itu potong angan-angan dia yang belum tertunai dan mungkin akan tertunai suatu hari nanti. Siapa tahu kan?

Iris merah Halilintar dan iris kuning madu keemasan milik Gempa saling beradu pandang. Gempa menjongketkan kening, apabila perasan akan pipi Halilintar yang memerah itu. Dia kenapa? Demamkah?

"Diam mangkuk. Aku bukan nak dengar angan durjana kau tu, aku nak dengar cikgu mengajar. Bodoh punya uke genit."

Halilintar menjauhkan tangannya daripada mulut Gempa. Dia berikan jelingan maut pada lelaki itu.

Gempa mencebik.

"Saya pun mengajar juga tau? Mengajar untuk kita bina mahligai cinta kita di masa depan. Saya dah nampak dah, yang kita akan punya 1 team bola sepak nanti. Dahsyat tak?"

Kening dijongket berkali-kali, dengan senyum nakal.

"Kau.." belum sempat Halilintar membalas...

Puk!

"Adoi!!" rintih Halilintar dan Gempa apabila kepala mereka terkena balingan makerpen daripada cikgu mereka.

"Kamu berdua keluar! Saya nak mengajar bukannya nak buat pasar malam!! Keluar!!"

"B..baik cikgu!"









Tbc...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now