Part 21

1.7K 136 23
                                    

"Terima kasih makcik, maaf sudah susahkan makcik."

"Tak apa tuan, saya minta diri dulu."

Makcik cleaner itu, menunduk hormat pada Halilintar selepas selesai membersihkan serpihan kaca pasu bunga yang pecah atas perbuatan Gempa tadi.

Halilintar mengangguk, dia menghantar pemergian Makcik cleaner itu lalu dia berbalik mengadap ke arah Gempa yang bersantai di sofa. Wajah itu selamba sahaja, seolah apa yang berlaku sebentar tadi tidak pernah terjadi.

Halilintar buang muka sambil menghela nafas. Dia mendekati Gempa lantas mengambil tempat di sebelah Gempa. Pipi tembam isterinya dicubit geram, buatkan Gempa meringis sakit.

"Buat hal betul lah kau ni.."

"Awak tu lagi buat hal! Sepatutnya awak sebagai bos harus tegas bukannya biarkan aje lintah gedik tu sentuh awak! Awak memang suka eh kena sentuh dengan lintah darat yang gedik tu? Suka?! Saya yang sebagai isteri awak ni pun, payah nak sentuh ni kan pula yang bukan isteri awak. Suka lah tu!!"

Leter Gempa panjang kali lebar, tidak puas hati dengan sikap suaminya itu. Geram nak penyet-penyet buat ayam penyet.

Halilintar hanya tadah telinga sahaja, mendengar isi hati Gempa itu. Nanti dia surut lah tu.

Gempa bersandar pada badan sofa selepas membasuh suaminya dengan bebelannya. Penat.

"Dah habis?" tanya Halilintar dengan nada suara mendatar.

Gempa hanya menjeling. Malas mahu layan. Dia datang ke sini bukan nak membebel tapi.. Gempa teringat akan kedatangan sebenarnya dia ke sini.

Tubuhnya ditegakkan kembali, dia pandang wajah Halilintar dengan tatapan mata yang berbinar.

Halilintar mengedipkan matanya apabila melihat perubahan drastik Gempa.

"Linlin! Gem ada benda nak kasi tau!"

Kening Halilintar terangkat sebelah.

"Apa?"

Gempa memegang wajah Halilintar dengan kedua tangannya, dia tersenyum gembira.

"Tadi Gem ada pergi hospital."

Wajah Halilintar sedikit berubah tatkala mendengar perkataan hospital. Isterinya sakitkah?

"Buat apa pergi hospital? Kau sakit?"

Kepala Gempa menggeleng.

"Habistu?"

"Gem ke sana sebab pagi tadi asyik nak muntah aje. Perut ni mual semacam, sebab tu lah Gem pergi ke hospital nak check takut ada apa-apa ke? Tapi yang buat Gem terkejut apabila doktor tu cakap.."

Halilintar sabar menunggu Gempa untuk menghabiskan ceritanya, isterinya pun sengaja membuat dia suspen. Babap kang.

"Kau.."

"Doktor tu cakap saya positif pregnant."

Serangkai ayat itu, mampu membuat Halilintar terdiam dan terkejut. Matanya memandang Gempadengan tatapan tidak percaya.

"Betul ke?"

Kepala Gempa terangguk laju, senyuman makin melebar. Manis.

Tangannya yang masih berada di wajah Halililintar, dia gunakan untuk menepuk kedua belah pipi Halilintar perlahan.

"Yup. Betul lah, saya tak tipu. Nahh, ini buktinya."

Gempa mengambil sampul surat yang terdampar di atas meja lalu sampul putih itu diberikan pada si suami.

Halilintar tanpa banyak soal, terus membuka sampul tersebut. Dia mengeluarkan sehelai kertas A4, lalu dibacanya surat tersebut.

Lama Gempa menunggu reaksi Halilintar tentang kehamilannya, sukakah lelaki itu atau tidak suka?

Leka Gempa mengelamun, risau juga dia jikalau Halilintar tidak suka akan berita yang dia sampaikan itu. Tanpa dia sedar, dirinya dipandang oleh sepasang iris merah milik Halilintar.

Halilintar meletak surat pernyataan tentang kehamilan Gempa daripada hospital di atas meja. Wajah polos isterinya ditatap kembali.

Chup!

Gempa tersedar daripada lamunannya sebaik sahaja menerima ciuman tersebut, dia pegang pipinya yang dicium Halilintar barusan. Dia pandang Halilintar yang mengukirkan senyuman manis padanya. Wajahnya berona merah apabila melihat senyuman manis yang sangat jarang Halilintar tunjukkan itu.

"A..apa?"

"Terima kasih." ucap Halilintar, tubuh isterinya ditarik masuk ke dalam dakapannya. Dia mendaratkan ciuman pada ubun-ubun Gempa.

Gempa tersenyum seraya membalas pelukan Halilintar.

"Masama Linlin hehehe.. Gem ingat Linlin tak suka."

"Sampai kata? Aku suka lah. Tu kan tanda.. Cinta kita." ayat terakhir Halilintar ucap dengan nada yang sangat perlahan. Cuping telinganya memerah.

Gempa tersengih. "Apa tak dengar lah. Tanda apa tadi?"

Halilintar memutarkan bebola matanya, dia tahu yang isterinya sengaja. Pelukan tersebut dileraikan. Pipi Gempa dicubitnya kuat, membuatkan Gempa memekik sakit.

"Sengaja kan?"

"Alaaa.. nak dengar sekali lagi. Please? Hm? Tanda apa tadi?"

"Tanda benci." Bidas Halilintar, dahi isterinya ditunjal perlahan lantas dia berganjak bangun untuk ke meja kerjanya. Ada baiknya dia sambung kerjanya yang tertunda itu daripada melayan sifat genit isterinya itu.

Gempa hanya tersenyum-senyum. Dia tahu yang Halilintar malu untuk mengakuinya.

Dia bangun dan berlari menerpa ke arah Halilintar yang baru sahaja mahu melabuh duduk di atas kerusi kerjanya. Tubuh tegap Halilintar dipeluk.

"Kau dah kenapa?"

"Saja nak peluk Linlin."

Kepala Halilintar menggeleng perlahan.

"Suka hati."












Tbc...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now