Part 18

1.6K 132 55
                                    

Gempa keluar dari bahagian dapur seusai menghidang makan malam, dia menapak ke ruang tamu untuk memanggil encik suami tercinta.

Baju sweater berwarna kuning cair yang melekat pada tubuh, dibetulkan. Perlahan dia mendekati Halilintar yang seperti tidak perasan akan kehadirannya kerana khusyuk menonton berita.

Gempa berdiri di belakang sofa yang duduki oleh Halilintar. Senyum nakal bermain dibibirnya.

Dia menepuk kedua bahu Halilintar kuat sambil menjerit.

"Baaa!!"

"Argh!! Gempa selamatkan diri oit! Kapal terbang nak jatuh!"

Halilintar yang terkejut dengan sergahan tiba-tiba itu, terus menyorok di bawah meja. Hanya separuh badannya sahaja yang muat masuk manakala punggungnya tertungging.

Gempa yang melihat hal itu, sempat terkejut. Setelah itu, tawanya meletus. Terbahak-bahak dia ketawakan Halilintar, sampaikan berguling-guling dia di atas lantai.

"Hahahahaha!!"

Halilintar diam dan masih statik dengan posisinya. Telinganya menangkap gelak tawa daripada Gempa. Bibirnya diketap. Perlahan dia keluarkan tubuhnya dari bawah meja dan berdiri tegak.

Dia berpaling, memandang Gempa yang masih asyik mentertawakan dirinya. Sengal punya isteri.

"Gempa." desis Halilintar berang.

"Terbaik! Haha.."

Gempa mengusap tubir matanya yang berair kerana gelak tak henti-henti. Dia pandang Halilintar yang berdiri tidak jauh daripadanya. Datar sahaja wajah lelaki itu.

Bila tengok muka Halilintar, kejadian tadi kembali bermain dimindanya. Tawanya meletus kembali.

Halilintar mendengus geram. Dia berjalan mendekati Gempa, lalu tubuh mungil itu ditindihnya.

Mati terus tawa Gempa, apabila dia ditindih Halilintar. Dia membalas renungan mata Halilintar.

"Kena kan aku ya? Ambil ni!"

Halilintar menyerang Gempa dengan mengeletek tubuh Gempa.

Gempa mengeliat kegelian sambil ketawa lepas. Sesekali dia cuba menepis tangan Halilintar dari terus mengeleteknya.

"Hahahaha geli! Linlin hentikan!"

"Padan muka, nakal lagi."

Halilintar berhenti daripada aksinya, apabila melihat Gempa yang sudah nyawa-nyawa arnab kerana kelelahan dan terlalu lama ketawa.

"Buat lagi siaplah."

Tersengih Gempa dibuatnya apabila diugut Halilintar.

"Hehehehe, nak buat lagi."

Halilintar menjeling, dahi Gempa dijentiknya perlahan sebelum bangkit daripada tubuh Gempa lalu dia menonong ke dapur.

"Heyy tunggulah!"

Gempa bangun dan mengejar langkah Halilintar yang laju itu. Dia dengan spontan melompat naik ke tubuh Halilintar, nasib baik Halilintar sempat mengimbangkan tubuhnya jikalau tidak pasti mereka berdua sudah tersungkur ke lantai rumah.

"Ishh kau ni! Bagi lah signal dulu! Sengal!"

"Tak sempat nak bagi signal, kita rempuh ajelah. Rempuh masuk ke hati awak ya Linlin?"

Gempa tergelak, apabila mendengar rengusan tidak puas hati daripada Halilintar. Sabar ajelah dapat isteri sesengal Gempa itu.

#HalilintarTabah2020
















Tbc....

Aku rasa malas nak letak konflik an, tapi macam tak syok pula kalau tak letak konflik.

Korang nak aku letak ke? Hmmm? 🤔

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now