Part 9

1.6K 126 17
                                    

Halilintar menutup dokumennya selepas selesai mengerjakannya, anak mata merahnya mengerling ke arah telefon pintarnya, apabila terdapat sebuah mesej masuk. Dia membaca mesej tersebut.

"Today is a special day.."

Satu senyuman kecil terculas di kedua belah bibir Halilintar.

Dia mencapai telefonnya, lalu nombor seseorang didail.

"Aku perlukan bantuan kau." kata Halilintar setelah panggilan terjawab.

"Sure."

•••••

Gempa menghela nafas, dia tiada mood harini, dia masih kesal dengan Halilintar pasal hal semalam. Kenapalah lelaki itu suka sangat sakitkan hati dia dengan kata-kata pedas dan sinisnya, tiada ke ayat manis walaupun sekali? Sejuk dan hangat juga hatinya yang mendengar, ini tidak asyik nak buat dia mengelegak panas macam gunung lava aje. Sebal dianya..

Sabar ajelah.. Sabarkan separuh daripada iman.

"Huh.." keluhan terluah dari mulut Gempa. Dia menatap kakinya yang terdedah itu, lalu beralih ke perutnya yang kempis itu. Dia menyentuh perutnya.

"Bila nak ada benih dalam ni hm? Kawan aku yang lain semua dah mengandung, dan tak lama lagi dah nak sambut ahli baru.. Aku masih tak ada pengembangan semasa aje. Hmmm, tunggu aku berjanggut dulu lah baru ada anak kut." Omel Gempa sambil mengusap perutnya. Wajahnya muram sahaja.

Ting! Tong!

Bunyi loceng rumahnya kedengaran, menyentakkan lamunan serta bebelan Gempa.

"Siapa pula yang bertamu ni? Kejap!!"

Gempa melompat bangun dari sofa dan berlari anak menuju ke tangga. Mahu ke bilik, sekadar mahu mengenakan seluar.

Usai itu, Gempa membuka pintu rumah dengan termengah-mengah. Takut juga orang yang bertamu ke rumahnya itu tertunggu lama.

"Siapa.. Eh? Mana dia? Lama sangat ke aku pakai seluar?" dahi Gempa mengerut hairan bila tidak mendapati sesiapa di saat dia membuka pintu rumah. Hanya angin menyapa dirinya.

Tuk!

Tanpa sengaja kaki Gempa tersepak sesuatu di bawah. Laju kepala Gempa menunduk. Terdapat sebuah kotak sederhana kecil, segiempat panjang dan di atas kotak itu terdapat nota kecil serta dua tangkai bunga mawar. Merah dan putih.

Gempa mencapai dua tangkai bunga serta kotak berwarna emas berjalur merah.

Dia menghidu bau bunga tersebut.  Senyuman manis bermain dibibirnya.

"Wangi.. Tapi dalam ni apa ya? Oh ya, siapa yang hantar benda ni semua? Ke silap rumah?"

Dengan panasaran, Gempa membuka kotak segiempat panjang itu. Tengok dari segi warna, dia jadi teringat pada seseorang. Suaminya.

"Warna dia unik, macam warna anak mata aku dan Linlin aje."

Terpegun Gempa dibuatnya, sebaik sahaja dia buka kotak itu. Seutas jam berjanama Gucci. Jam mahal kut, sudahlah warna emas.

"Cantik." Itu sahaja yang keluar dari mulut Gempa. Dia membaca nota kecil yang melekat pada penutup kotak itu.

Perkataan benci, tak semestinya benci kan? Btw, aku harap kau suka gift dari aku. Sorry, kalau tak berapa nak romantis.. Happy birthday Ouro.

From Mr. H..

Terangkat kening Gempa, dia tersenyum lebar. Dia tahu siapa si penghantar benda ini semua. Suaminya, Halilintar. Tengok dari segi perkataan dan tulisan tangan, sudah dia tahu.

"Dia ingat rupanya birthday aku, aku pula yang lupa harini birthday aku. Hm, thanks Linlin. Rasa nak peluk cium dia pula. Tak apalah, malam ni kita peluk dia. Hehehe.. Boleh tahan sweet juga mamat tsundere ni, tapi tulah... Dia jenis yang tak menunjuk sangat. Tsundere kemain.."

Gempa kembali menatap nota tersebut, dia baru perasan akan sesuatu perkara.

"Perkataan benci tak semestinya benci? Maksudnya, dia sayang akulah?"

Senyuman Gempa mengembang lebar, dia melompat-lompat girang.

"Oyeh! Aku dah tak dapat tahan dari nak peluk dia, tak boleh tunggu dah. Aku nak pergi peluk dia sekarang!"












Tbc....

Tak sangka ya dalam tsunderenya, ada sweet juga eh? 🤣

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now