Part 22

1.6K 129 24
                                    

Gempa melangkah keluar dari pejabat suaminya apabila ada tetamu Halilintar datang untuk berbincang akan projek yang mereka bangunkan.

Kerana malas menganggu, Gempa mengambil keputusan untuk merayap seketika.

Senyum sinis bermain dibibir Gempa tatkala anak matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang dia kenal. Siapa lagi kalau bukan perempuan yang mahu hancurkan rumahtangga dia dengan Halilintar.

Baru aje kerja kat sini beberapa hari, sudah tunjuk belang ya? Meh sini, biar aku pula yang tunjuk belang. Desis hati Gempa.

Kakinya laju mendekati Ermi yang sedang berdiri di hadapan mesin pencetak. Si lintah darat itu sedang sibuk mencetak kertas.

"Ehem.."

Ermi berbalik sekilas apabila mendengar dehaman seseorang, tidak lama setelah itu dia merengus perlahan tatkala tahu siapa yang menegurnya. Si isteri bosnya.

"Hai lintah darat."

"Kalau you datang sini hanya nak gaduh or ugut I, lebih baik tak payah. I tak ada mood nak gaduh, lagi pun kerja I masih banyak."

Mereka berdua saling membalas pandangan yang kelihatan sinis.

"Banyak kerja ya? Banyak kerja tu dalam erti apa? Erti menggoda bos hodoh you tu eh?" Kata Gempa, sempat dia mengatai suaminya sendiri. Kalau Halilintar dengar, entah apa lah yang akan lelaki itu balas nanti.

"Hodoh? Suami sendiri dikatai hodoh? Tch, buta rupanya isteri pengarah yang sorang ni. Suami dia punya lah hensem, di katai hodoh. Memang tak bersyukur."

"Kalau dia hodoh, tak adalah jebon-jebon datang menggedik nak memgurat dia kan? Aku pun senang hati. Berhentilah bermimpi, mimpi dan angan-angan kau tu tak akan pernah terjadi. Bos kau tu tak akan pandang kaulah, dia hanya setia pada seorang sahaja tiada yang kedua. Aku kenal dia lebih lama daripada kau yang bahkan baru beberapa hari kerja sini. Ada hati nak mengurat suami orang, berkaca lah."

Ermi mengetap bibir, tangannya yang memegang kertas cetakan dieratkan. Menahan rasa amarah di dalam dada dengan ayat pedas Gempa barusan.

Biadab! Marah Ermi dalam hati. Ingin sekali dia menampar wajah berlagak lelaki itu.

"Kau ingat kau tu perfect sangat ke?" kata Ermi dengan suara menahan geram.

Gempa hanya tersenyum senget.

"Aku tak kata pun yang aku ni cukup perfect. Manusia mana ada yang perfect. Nanti tua tak ada namanya perfect lagi kalau muka ni dah berkedut. So, tak payah ah nak bangga." Bidas Gempa sarkastik.

Dia berpeluk tubuh sambil menatap wajah Ermi yang tampak sudah beremosi itu.

"You.."

Perkataan Ermi dipotong oleh satu suara, Ermi dengan cepat mengubah raut wajahnya menjadi ramah walha dalam hatinya dia sudah mendongkol marah.

Gempa yang melihat itu, sudah ketawa dalam hati. Dasar perempuan bertalam dua muka.

"Ermi!"

"Ya?"

Seorang wanita dalam lingkungan 30an menapak ke arah mereka berdua, wanita itu tersenyum manis pada Gempa. Isteri kepada bosnya.

"Hai isterinya bos." sapanya. Gempa tersengih seraya mengangguk kecil.

"Hai juga kak Nad, ada apa ya?"

"Ohya, Ermi encik Haires nak jumpa kamu sekarang. Katanya penting."

"Baiklah kak, tapi saya perlu hantar kertas ni pada bos dulu."

"Oh yang tu, biar kak Nad tolong berikan pada bos ya? Kamu pergilah sekarang."

"Yelah."

Berlalunya kelibat Ermi di pandangan mata mereka, Gempa mengalihkan pandangannya pada kertas cetakan yang tebal seinci itu. Satu idea nakal bermain dimindanya. Idea untuk kenakan si lintah darat itu.

"Kak, biar Gem yang hantarkan untuk si bos korang tu lagipun Gem nak ke sana. Rasanya, perbincangan diorang dah selesai kut." kata Gempa seraya merampas kertas cetakan yang baru sahaja diangkut oleh Kak Nad.

"Perbincangan bos dengan kliennya baru aje selesai tadi, tapi tak payah lah kamu nak hantarkan nanti apa kata suami kamu tu? Nanti dikatainya yang kitorang buli isteri majikan sendiri. Tak nak lah."

Gempa berdecit, "It's okay lah kak, saya niat nak tolong. Biar saya yang bawa benda ni ke dalam ya? Saya pergi dulu, bye kak Nad."

Kak Nad hanya mampu mendesah kesal akan sikap degil Gempa itu. Dia bukannya tidak kenal akan diri lelaki itu, bahkan satu syarikat pun kenal.

Gempa memang seorang yang ramah dan baik hati, tapi satu sahaja dia tu keras kepala. Degil. Satu lagi, bila Gempa marah memang mereka semua tak nak tengok. Sebab apa? Sebabnya, lelaki itu kalau marah dan mengamuk memang menggerunkan lagi gerun daripada Halilintar.

Korang harus tahan telinga dan cekalkan hati, apabila mulut berbisa Gempa mulai aktif. Habis benda kesat yang menyakitkan hati akan keluar dari mulut mungil si isteri bos mereka itu. Garang bakhang!

Gempa menapak masuk ke dalam pejabat suaminya tanpa diketuk terlebih dahulu. Sudah biasa. Mereka berdua suami isteri mana ada masa nak ketuk pintu bagai, main redah sahaja lah kan?

Korang jangan ikut perangai mereka berdua. Main ceroboh masuk sahaja.

"Nah!" Gempa meletak kertas cetakan itu di atas meja kerja Halilintar, raut lesu dan letih suaminya dipandang dengan penuh kasihan. Dia bergerak ke belakang Halilintar yang duduk di kerusi megahnya.

Tangannya di letakkan pada kedua bahu Halilintar dan urutan lembut dia berikan.

"Letih? Kasihan Linlin penat kerja ya. Tapi kesihatan Linlin pun kena jaga, kerja-kerja juga."

Halilintar tidak menyahut, dia diam dan menikmati urutan Gempa pada bahunya.

"Hm, tapi asal kau yang bawa benda ni? Bukan kerja ni Ermi punya ke? Dia pergi mana?"

"Oh, dia pergi jumpa encik Haires. Katanya encik Haires nak jumpa dia, hal mustahak. So, dia suruh Gem tolong hantar kan. Kerana Gem ni baik hati, Gem tolong.."

Tolong jahanamkan muehehe. Sambung Gempa di dalam hati. Sempat dia mereka cerita. Dia ketawa jahat di dalam hati.

"Okey.."

Itu sahaja yang dibalas oleh Halilintar. Dia membaca dan membelek sehelai demi sehelai kertas itu dengan penuh teliti, sehingga lah anak matanya terpandang satu ayat di hujung kertas di bahagian bawah belah kanan. Tidak hanya sekertas namun semua kertas ada tulisan seperti itu, akan tetapi dengan ayat berbeza. Ayat yang membuat darah Halilintar naik sampai kepuncak kepala.

Gempa perasan akan perubahan Halilintar, tubuh itu tegang semacam. Rahang Halilintar juga mengeras seperti menahan marah. Gempa senyum senget.

Halilintar menekan interkom.

"Ya bos?" sahut satu suara dari seberang sana. Suara dari personal assistant Halilintar.

"Panggil Ermi ke sini sekarang juga!" Arah Halilintar tegas.

"B..baik bos."

"Kenapa ni Linlin? Ada masalah ke?" soal Gempa, padahal dia sudah tahu apa yang membuat si suaminya itu marah.

Halilintar tidak menjawab, hatinya berasa panas bila membaca kembali coretan yang ada di kertas kerja itu. Coretan yang menghina pada seseorang, dan orang itu adalah isterinya.

















Tbc...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now