Part 38

1.5K 124 31
                                    

"Harini kita melawat daddy ya baby? Jom."

Gempa menekan butang lift, dia menunggu pintu lift terbuka.

"Tch!"

Gempa menoleh apabila mendengar decitan kasar di sebelahnya. Bebola matanya digulingkan ke atas. Si musuhnya, Ermi.

"Hidup lagi kau?" kata Gempa sarkastik. Ermi mendengus dengan ayat biadab lelaki itu.

Ting!

Pintu lift terbuka, mereka berdua melangkah masuk ke dalam kotak lift.

Setelah pintu lift kembali terkatup, mereka berdua hanya diam.

Gempa memeluk tubuh sambil menatap datar pada dinding lift. Manakala Ermi mengerling ke sebelah, melirik Gempa yang hanya membisukan diri.

Anak mata Ermi jatuh pada perut Gempa yang tampak membulat itu. Dapat dipastikan bahawa lelaki itu sedang mengandung. Dia mencebik tidak suka. Spontan dia mendorong tubuh Gempa ke dinding lift.

Bruk!

Gempa tersedar daripada lamunannya apabila dirinya ditolak dengan begitu kuat oleh Ermi, dia meringis sakit sambil memegang perutnya.

Gempa mencerlung marah pada perempuan itu. Wajahnya memerah menahan rasa sakit yang tiba-tiba menjalar pada dirinya.

"Kau dah kenapa ha? Aku ada cari pasal dengan kau ke?!" bentak Gempa. Nasib baik, kandungannya tidak terjadi sesuatu. Jikalau itu terjadi, dia tidak akan memaafkan perempuan itu.

Ermi senyum sinis. "Memang kau tak cari pasal dengan aku, tapi aku pula nak cari pasal dengan kau."

Ermi mendekati Gempa, wajah lelaki yang berbadan dua itu dia cengkam kuat. Gempa mengetap bibir, ingin sekali dia melawan namun mengingatkan kondisinya yang membawa satu nyawa bersamanya, membantutkan niatnya.

"Kenapa kau tak melawan? Takut?"

Senyum sinis bermain di bibir Gempa.

"Takut? Sorry, aku langsung tak takut dengan pompuan macam kau ni. Jalang."

Gempa menepis kasar tangan Ermi yang masih berada di wajahnya. Anak matanya mencerlung tajam pada Ermi yang sedang tersenyum sinis.

"Well, tak dinafikan. Kalau tengok dari dekat, kau memang ada daya tarikan tersendiri. Patutlah si bos tu sukakan kau. Muka jenis macam kau ni, ramai kat kelab malam. Muka yang jenis suka menggoda dan jual badan."

Bukannya marah, tetapi Gempa tergelak dengan ayat Ermi barusan. Dia menunjal dahi Ermi, buatkan si Ermi terdorong ke belakang.

"Kau cakap untuk diri kau sendiri ke tu? Bukan kau ke yang jenis suka jual badan pada orang yang berpoket tebal. Contoh terdekat adalah suami aku. Tolong cermin diri kau tu dulu sebelum kau nak jatuhkan aku. Kau ingat suami aku akan pandang orang macam kau? Sorry? Kau tu bukan taste dia.

Taste dia jauh lebih tinggilah. Dia tak akan pandang orang yang dah kotor dan bangkai macam kau lah."

Apabila mulut berbisa Gempa mulai dihidupkan enjin. Habis bahasa kesat dia keluarkan.

Gempa senyum sinis, tatkala melihat wajah berang Ermi.

"Muka kau seperti baru tertelan cili api aje aku tengok, pedas eh?"

"Kau.."

Ting!

"Bye jalang."

Gempa melambaikan tangan pada Ermi, baru sahaja dia mahu melangkah keluar. Dirinya ditolak daripada belakang. Dia jatuh tersungkur.

"Ah!"

"Padan muka."

Gempa mengerang sakit. Dia mengerling kasut hitam yang berada di hadapannya. Dia mendongak ke atas dengan wajah berkerut menahan sakit.

"Linlin.. Shh.."

Ermi yang baru perasan akan keberadaan Halilintar di situ, sudah membeku.

"Ermi, how dare you! Apa yang kau buat ni ha?!"

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi Ermi dan pelakunya adalah Halilintar. Wajah lelaki itu memerah kerana menahan amarah. Sakit hatinya apabila mendapati Gempa ditolak jatuh dihadapannya yang kebetulan dia sedang menunggu kehadiran lift ketika itu.

"Kau, aku pecat! Jangan pernah muncul dan jejakkan kaki kau ke sini lagi! Berambus!!"












Tbc.. ..

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now