Part 7

1.6K 131 12
                                    

Gempa bercekak pinggang, dia tatap wajah Halilintar yang tampak tidak bermaya walaupun ditutup dengan wajah datarnya. Boleh dia lihat yang dahi lelaki berpeluh, sesekali dahi itu mengerut mungkin menahan sakit.

"Ha! Kan saya dah kata semalam jangan keluar, tapi awak degil! Tengok sekarang, demam awak datang balik. Orang cakap, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Lain kali korek telinga tu, biar dengar sikit orang kasi nasihat ni! Sekarang awak nak pergi kerja dengan keadaan sekarat ni? Saya tengok pun dah nak nazak awak ni. Tak pepasal, petang karang ada juga yang masuk kubur."

Pada pagi itu, Gempa tidak berhenti daripada membebel pada Halilintar. Semalam lelaki itu berdegil mahu keluar malam, pada pagi ini mahu ke tempat kerja pula. Sudahlah tak sihat, makin parah pula demamnya. Dasar gila kerja.

"Kerja-kerja juga, tapi kesihatan tu kena diutamakan. Tunggu awak mampus dulu, baru nak insaf?"

Halilintar hanya pasang telinga, sambil makan sarapan pagi dengan wajah tiada perasaannya. Bebelan Gempa itu seolah dianggap angin lalu sahaja.

Gempa mendengus geram, melihat respon kurang memuaskan dari Halilintar. Dasar tak makan nasihat, gigit kang.

"Tengok lah tu! Orang tengah potpet potpet kat sini, dia buat kita ni macam tugu negara yang sedang baca ikrar aje. Eiii geramnya, gigit baru tau. Eeii sabar ajelah."

Gempa mengusap dada, bergemuruh rasa marahnya. Namun disabarkan juga hatinya yang masih bergelegak panas.

Tanpa dia sedar, Halilintar tersenyum dalam diam. Terasa kelakar pula mendengar bebelan Gempa itu.

"Bisinglah kau ni, tak penat ke mulut tu? Aku dengar pun dah penat tau tak." bidas Halilintar mendatar.

"Tak tau." sahut Gempa cepat. Dia menjeling maut pada Halilintar yang memandangnya dengan tatapan datar.

"Suka hati, aku nak per..."

"Tak boleh! Kalau awak pergi juga, saya bocorkan tayar kereta awak."

"Kau..."

"Jangan degil, kalau tak saya sunat awak punya harta karun tu." ugut Gempa, sambil mengasah pisau dapur. Sekadar mahu menakut-nakutkan Halilintar.

Namun, ugutannya hanya ditepis main oleh Halilintar.

"Suka hati."

Halilintar bangun dan menuju ke arah tangga.

Dahi Gempa berkerut bila melihat arah tuju Halilintar.

"Nak pergi mana tu? Kata nak pergi kerja? Jalan keluar kat sana. Ke dah insaf?" Kata Gempa dengan nada sedikit memerli.

Halilintar berdecit.

"Selagi aku tak ikut kata kau, adalah mulut murai kau tu tak nak berhenti. Tahu nak potpet potpet aje 24 jam. Baik aku naik tido, dengar kau membebel buat demam aku makin parah!"

Mulut Gempa bergerak-gerak seperti mahu membidas kembali, namun suaranya tidak mahu keluar. Amboi mamat mata merah ni..

Gempa hanya menghantar kepergian Halilintar dengan wajah tidak puas hati. Akan tetapi dia lega yang Halilintar mendengarkan dia.

"Babap kang, sabar ajelah dapat suami macam dia ni. Fuh!"

Dalam membebel, anak mata Gempa jatuh pada pinggan makan Halilintar. Licin tanpa ada sisa yang tertinggal.

Dia tersenyum, terubat sikit hatinya yang panas.

"Tch, dasar suami tsundere. Untung sayang."

















Tbc..

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Où les histoires vivent. Découvrez maintenant