Part 14

1.7K 143 29
                                    

Halilintar mengerling Gempa yang sedang menghidang makanan di atas meja. Dia berpeluk tubuh.

Dia perasan yang cara jalan Gempa sedikit aneh pada pagi itu, dia tahu puncanya. Dia lah puncanya.

"Sakit lagi ke?" soal Halilintar mendatar, tatkala Gempa datang meletak secawan kopi panas di hadapannya.

Gempa menjeling, pipi suaminya dicubit geram.

"Tak lah. Rasa dia best aje."

Halilintar simpan senyum, dia berdeham. Dia tahu yang Gempa memerlinya.

"Oh macam tu ke? Nak lagi ke?"

Gempa bulatkan matanya, spontan dia menjauhkan diri. Dia terbatuk-batuk.

"Gila ke?! Sakit tau tak!" jerit Gempa. Wajahnya cemberut. Tidak puas hati, sudahlah lelaki itu menghajarnya habis-habisan semalam. Balas dendam ke apa?

Sebaiknya dia jangan bangunkan singa yang sedang tidur. Tengok lah akibatnya sekarang, dia pula yang terseksa jadinya.

"Siapa yang mula dulu kan?" Halilintar senyum sinis. Keningnya dijongket beberapa kali, buatkan sisi tampannya makin terserlah.

Gempa tarik muka masam.

"Whatever!"

"Nak nakal lagi ke? Ke dah serik?"

"Benci! Tak serik lagi. Nak buat lagi."

"Suka hati."

•••••

Harini Gempa terniat mahu mengunjungi syarikat Halilintar sekaligus ingin menghantar makanan tengahari untuk sang suami tercintanya.

Gempa menutup pintu kereta taksi, selepas membayar tambang taksi. Dia membetulkan bajunya berserta rambutnya. Dia melihat paper beg yang berada digenggamannya.

"Jom jumpa daddy Linlin, ayee.."

Gempa tersenyum pada para pekerja di syarikat itu yang menunduk hormat padanya. Sudah terbiasa. Dia dan para pekerja di syarikat suaminya sudah seperti kawan.

"Jumpa your husband?" soal salah seorang pekerja perempuan yang kebetulan menunggu di hadapan lift.

"Yap. Dia ada kan di pejabatnya?"

"Ada aje. Harini your husband tak sibuk mana, cuma harini dan kelmarin syarikat ni ada terima pekerja baru." katanya ramah.

Gempa mengangguk. "Pompuan atau lelaki?"

"Pompuan. I dapat rasakan yang pekerja pompuan ni, macam ada hati kat your husband lah Gemgem. Baik you kasi warning kat budak tu."

"Sure babe."

Seketika kemudian...

Setiba di hadapan pejabat suaminya, tanpa mengetuk dahulu. Gempa terus menerjah masuk ke dalam.

"Linlin I'm coming baby, jom makan.." ucapan Gempa tenggelam tatkala pemandangan matanya, menangkap seorang perempuan turut ada di dalam sana.

Yang tidak boleh tahan, perempuan itu duduk di sofa dan jarak kedudukannya amat rapat dengan Halilintar yang sedang tertidur itu bersandarkan kepala sofa. Panas pula hatinya, bila tangan si genit lintah itu merayap nakal di tubuh Halilintar.

"Hoi! Apa yang kau buat tu ha?"

Perbuatan si perempuan itu terhenti, dia segera berdiri tegak. Dia pasang wajah seolah tidak terjadi apa-apa.

"You ni siapa? Tiba-tiba aje masuk, ni bilik larangan untuk orang luar. So get out!" Halau perempuan itu.

Gempa senyum senget. Tahulah dia, yang di hadapannya ini adalah pekerja baru suaminya. Nampaknya perempuan itu tidak tahu siapa orang yang dia cuba halau itu.

"Siapa aku? Aku tak nak bangga lah, tapi aku ni isteri dia. Kau tu yang patut get out. Dasar loser! Berani kau sentuh my hubby! Kau memang cari bala dengan aku!"

"Apa? I tak percaya yang you ni isteri dia, taste teruknya. You tu patut cermin diri sendiri lah. Jangan nak berlakon, I tau yang you tu sama aje dengan orang kat luar sana. Suka ambil kesempatan ke atas pengarah syarikat ni kan?"

Gempa mengetap bibirnya. Rasa panas pula hatinya. Biadab betul perempuan itu, sebab menyamainya dengan orang kat luar sana itu.

"Halilintar!!"

Jeritan Gempa menggema di segenap ruangan bilik pejabat itu. Halilintar yang terlena sampaikan tersedar, dia dengan spontan melompat bangun.

"Ye cikgu!" Halilintar menyahut dalam keadaan mamai bercampur terkejut dengan jeritan membahana itu. Ketahui lah dia, yang dia akan melatah jikalau terkejut.

"Halau dia keluar!!"

Dahi Halilintar mengerut, belum dapat memproses situasi yang terjadi di sekitarnya.

"Ha? Ohya, bila datang sini?" Soal Halilintar blur bila mendapati Gempa berada diruangan kerjanya. Hilang sejenak sisi dinginnya. Dia tatap wajah berang Gempa. Dah kenapa?

"Bos siapa lelaki kurang siuman ni? Dia mengaku yang dia tu isteri bos, betul ke?"

Kepala Halilintar terkalih ke sebelah, dia mendapati seorang pekerja perempuan yang baru sahaja dua hari bekerja di sini. Ermi namanya.

Sekarang dia sudah tahu apa yang membuatkan Gempa mengamuk.

"Orang siuman yang kau cakapkan tu adalah isteri aku, tolong jangan biadab." kata Halilintar dingin. Anak matanya mencerlung marah.

"Halau dia lah mangkuk, sebelum paper beg ni aku baling ke muka kau." Arah Gempa tegas.

Halilintar hanya menjeling. "Keluar Ermi."

Ermi ingin protes namun tidak jadi, apabila mendapatkan tatapan dingin daripada majikannya.

"Baik."

Ermi mengorak langkah untuk keluar dari bilik itu, di saat dia berjalan melintasi Gempa. Lelaki itu berbisik padanya, buatkan dia menjadi ketakutan.

"Jangan berani kau nak try suami aku. Kalau berani, jangan harap kau dapat tengok bumi lagi esok."













Tbc...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now