Special Chapter 7

770 90 7
                                    

Sudah genap 2 bulan, Halilintar dan Gempa menjadi teman sebangku. Namun, hubungan mereka masih tiada perkembangan.

Kring! Kring!

Bunyi loceng, tanda waktu balik sudah pun tiba. Halilintar mengemaskan peralatan sekolah ke dalam beg. Para pelajar di kelasnya sudah berhamburan pulang.

Halilintar menoleh ke sebelah apabila mendengar dengkuran halus yang berasal daripada Gempa.

Lelaki itu masih terlelap daripada waktu pelajaran seni lagi.

Halilintar menilik wajah Gempa dengan jarak dekat. Lama dia merenung wajah itu. Dia berdehem apabila mendapati wajah Gempa amat manis jika dilihat dari jarak dekat. Lelaki itu tampak comel bila tidur namun jika tidak pasti mulut itu bising seperti burung kakak tua.

"Ishh! Buang tabiat ke aku ni? Buang masa aje tenung muka hodoh dia." omel Halilintar. Dia kembali menegak tubuh dan segera bangun.

Dia pandang Gempa yang masih tidak berkutik itu. Tidur mati ke apa?

Satu idea nakal bermain di mindanya. Dia senyum sinis.

Dengan tidak berperikemanusiaan, Halilintar mendorong tubuh Gempa sehingga membuatkan Gempa yang masih nyenyak itu jatuh daripada kerusi dan menyembah lantai kelas.

"Auww!!!"

Pekikan Gempa itu membuatkan Halilintar melompat kaget, nasib tidak terlatah dianya. Dia memandang Gempa yang kini sudah sedar daripada tidur nyenyaknya. Lelaki mungil itu mengusap seluruh tubuhnya akibat tercium lantai keras itu.

"Bangun pun kau, tak susah bangunkan kau rupanya. Just tolak jatuh aje. By the way, best tak?"

Gempa berhenti mengeluh sakit, dia pandang Halilintar yang sedang tersenyum sinis. Dia mengeram.

"Best apanya?! Sakit tau tak mangkuk!! Tak ada cara lain ke nak bangunkan aku?!" keluar sudah mode uke sangarnya.

"Tak ada."

Mata Gempa mencerlung marah pada Halilintar. Wajah lelaki itu selamba sahaja, tidak bersalah selepas menolaknya.

"Mamat ni.."

"Tch! Daripada tengok kau membebel macam burung kakak tua, ada baiknya aku balik. Bye Gempa sayang.."

"Woii mamat tengik!! Tunggu aku woii!!"

Dengan tergopah-gapah Gempa bangun dan mencapai beg sekolahnya lantas dia segera mengejar langkah Halilintar yang lebar itu. Tahu lah kaki dia tu panjang, tapi tak boleh ke langkah tu kecil-kecil sahaja? Gempa sedar diri yang kakinya pendek, nak kejar langkah lebar Halilintar perlukan tenaga extra.

"Tch! Cepatlah setan kecil. Sibuk aje nak ikut orang, dah lah lari macam kambing. Terkedek-kedek macam penguin."

"Jahanam!"













Tbc....

Huhuhu maaf an kalau hampa... 😭😭... K bai...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now