Part 10

1.7K 136 26
                                    

Brak!

"Linlin! Ma tsundere husband! I wanna hug you babe!"

Krik.. Krik.. Krik..

Tiga pasang mata yang berada di ruangan pejabat itu, menoleh pada Gempa yang menceroboh masuk dengan gaya tidak sopan. Terganggu sejenak perbincangan mereka bertiga.

Halilintar sudah merenung maut pada Gempa, buatkan isterinya yang ceroboh itu tersengih-sengih sambil mengaru kepala. Perasan yang dia sudah masuk pada waktu yang salah.

"Maaf.. errr.. hehehe.."

"Haa, tak apa. Awak ni isteri Encik Halilintar kan? Hm, masuklah." kata salah seorang rakan kongsi Halilintar ramah.

Gempa mengangguk pelan, sambil senyum manis dan dia segera menapak mendekati mereka bertiga lalu melabuh duduk di sebelah Halilintar yang sudah pasang wajah mencuka. Mungkin kesal acara perbincangannya terganggu.

"Maaf baby.. Janji yang sayang tak buat lagi hm? Okey baby?"

Wajah Halilintar berubah merah, apatah lagi bila dua lelaki di hadapannya sudah tersenyum-senyum padanya. Dia berdeham, jelingan amaran diberikan pada Gempa.

Shit! Desis hati Halilintar. Geram. Berani-beraninya lelaki genit ini memanggilnya 'baby' dihadapan rakan kongsinya. Apa yang mereka fikir nanti?

Gempa yang perasan akan jelingan marah Halilintar seolah tersedar akan sesuatu. Dia menepuk mulutnya. Dia tahu yang dia sudah berbuat salah. Matilah dia lepas ini kena amukan lelaki itu.

Gempa! Asal kau bodoh sangat, ni bukan rumah lah ni ofis dan kau dah malukan Linlin depan rakan kerjanya. Mampus kau.. Jerit hati Gempa mengelabah.

"Ehem! Kat mana kita tadi?" Halilintar segera alih topik dengan wajah lebih serius.

"Oh, kita berhenti kat projek tapak bangunan yang akan kita bangunkan kat Seremban. Hm, pembinaan sudah dijalankan. Saya dah pergi kesana, separuh sudah siap dibina."

Halilintar mengangguk kepala, faham. Dia membelek plan binaan yang berada di atas meja. Serius sahaja wajahnya.

Mereka kembali berbincang dengan serius. Gempa hanya memerhati ketiga lelaki yang bekerjaya itu sedang berbincang, otak masing-masing begitu geliga sekali. Saling memberi idea. Dia pula blur sendiri, satu habuk pun dia tidak faham apa yang dibincangkan oleh mereka bertiga.

"Baiklah, sampai di sini aje kita bincang. Nanti kita jumpa kat tapak projek minggu depan. Terima kasih sebab sudi bekerjasama."

Mereka bertiga bangun seraya berjabat tangan. Gempa turut bangun dan dia mahu menyambut salam perpisahan dari kedua rakan kerja suaminya yang menghulur tangan untuk bersalam dengannya namun tangannya ditepis oleh Halilintar buatkan kedua lelaki itu bahkan Gempa sendiri kaget dengan tindakan spontan Halilintar tersebut.

"Haram bersentuhan." kata Halilintar mendatar dengan wajah tiada perasaannya. Gempa bulatkan mata. Haram? What the?!

"Tapi.."

Gempa mengemam bibirnya bila mendapat kerlingan mata dari suaminya. Dingin semacam sahaja tatapan mata lelaki itu. Gerun pula dianya.

"Ehem, tak apa. Kalau macam tu kami minta diri dulu. See you later Mr. Halilintar."

Kedua lelaki itu mula mengundurkan diri, mereka berlalu keluar dari pejabat Halilintar.

Kini tinggallah dua pasangan suami isteri yang tidak pernah nak akur antara satu sama lain.

Halilintar bergerak ke meja kerjanya dan membiarkan Gempa yang mengekorinya dari belakang.

"Ada hal apa ke sini?" tanya Halilintar tanpa memandang wajah isterinya, baru sahaja dia mahu melabuh duduk dikerusi kerjanya. Tubuhnya dipeluk daripada belakang. Erat.

"Ayee... Thanks my hubby, sebab wish my birthday! Gem suka hadiahnya. Thanks again. Love you muahh muahh!"

Gempa mencium belakang tubuh Halilintar yang berbalut kemeja putih dan sut merah itu bertalu-talu. Dia tersenyum girang.

"Tch." Halilintar berdecit perlahan. Namun tidak pula dia leraikan pelukan Gempa padanya. Biarlah lelaki itu gembira sekejap.

"Ouro.."

"Hm? Ohya, boleh saya tahu Ouro tu maksudnya apa?"

Halilintar membalikkan tubuhnya, kini mereka berdua saling berhadapan. Halilintar menundukkan kepalanya, sekadar mahu menatap wajah isterinya itu. Dia senyum tipis seraya mendekatkan wajahnya pada Gempa. Dahi dan hidung mereka saling bersentuhan.

Wajah Gempa memerah dengan kedudukan wajah mereka yang begitu rapat sekali.

"Ouro means gold. Gold like your eyes. Your eyes is so beautiful. So, I wanna call you Ouro. Only you, my beautiful Ouro.."

Seutas senyuman manis yang susah sekali diperlihatkan, Halilintar hadiahkan pada Gempa.

Tidak berkedip mata Gempa dengan kalimat manis yang Halilintar lontarkan barusan. Macam tidak percaya pun ada. Wajahnya makin membahang panas, terpegun dengan senyuman menawan lelaki itu.

Bruk!

Gempa jatuh pengsan kerana kus semangat dengan serangan Halilintar tersebut.

Halilintar mematikan senyumannya. Dia pandang datar wajah Gempa yang jatuh pengsan dipelukannya.

"Innalillah.."

















Tbc...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now