Special Chapter 10

1.5K 94 29
                                    

Beberapa tahun kemudian...

"Kenapa kau ajak aku jumpa kat sini?"

"Hm, kau tau? Taman ni tempat di mana kita berdua berpisah beberapa tahun lalu? Aku tak sangka taman ni dah banyak berubah."

Dua lelaki dewasa saling membuang pandangan ke tasik buatan yang ada di hadapan mereka. Taman itu adalah tempat yang menjadi perpisahan mereka pada malam kejadian itu.

"So, kenapa kau minta aku datang ke sini?" Halilintar bertanya, lengan baju kemejanya digulung hingga ke paras siku. Sebelah tangannya di seluk ke poket seluar, manakala sebelah lagi di letakkan di pinggang.

Gempa memandang wajah Halilintar, lelaki itu sudah banyak berubah sejak balik dari luar negara. Makin tampan dan bergaya, namun satu sahaja yang tidak berubah iaitu sifat dingin dan tsunderenya.

Gempa tersenyum. "Salah ke nak ajak jumpa? Kita kan dah lama tak jumpa. Kau apa khabar?"

"Macam kau tengok sekarang. Hm, aku baru perasan.."

"Apa?" kening Gempa berkerut apabila mata tajam yang memukau milik Halilintar menilik dirinya atas dan bawah. Dia menjadi salah tingkah apabila ditilik begitu.

"Dah kenapa kau tengok aku macam tu? Aku makin hensem eh?" Gempa senyum bangga, sambil menyebak rambutnya ke belakang.

Halilintar senyum mengejek. "Hensem datang dari mana? Makin hodoh aje aku tengok. Kau tak ada perubahan pun. Still pendek macam dulu, tak tinggi-tinggi kau ni ya.."

"What?! Biadap!"

Gempa menendang betis Halilintar, melepaskan rasa bengangnya kerana diperlekehkan oleh lelaki itu.

Halilintar meringis pelan dengan senyum senget. Sudah lama dia tidak mengusik lelaki mungil itu, rindu pula dia mahu usik Gempa dan buat muka Gempa memerah.

"Apa? Betullah kan? Ohya, tinggi kau berapa sekarang?"

Gempa menjeling apabila soalan sensitif itu melantun dari mulut Halilintar.

"Kenapa kau tanya? Nak gelakkan ketinggian aku?"

"Jawab aje lah."

"Tch! 170. Kalau kau?"

"Oh.. 185."

Gempa mencebik. Dia kembali teringat akan kedatangannya ke sini.

"Ohya, aku ajak kau ke sini sebab nak beritahu sesuatu."

Kening Halilintar terjongket sebelah.

"Apa?"

Tiba-tiba sahaja Gempa melutut di hadapan Halilintar. Hal itu mampu mengejutkan Halilintar. Dia memandang Gempa hairan. Posisi itu seakan dirinya sedang di lamar..

"Will you marry me?" ucap Gempa sambil mengeluarkan sekotak cincin dari poket jaketnya.

Halilintar terkesima. Wajahnya berubah, iris merahnya merenung Gempa tajam.

"Kau.." Halilintar mengetap bibir. Harga dirinya sebagai seorang lelaki, seolah diperlekehkan. Harusnya dia yang melamar, bukan dia yang di lamar.

"Halilintar, jawablah. Kau nak kahwin dengan aku tak?"

Halilintar pejam mata buat sejenak sebelum buka kembali. "Bangun Gempa."

"Tapi.."

"Bangun Gempa!!"

"Aku tak akan bangun sebelum kau terima lamaran aku!"

Tangan Halilintar terkepal dengan sifat keras kepala Gempa.

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now