Part 5

1.6K 132 21
                                    

"Ugh.."

Kelopak matanya yang terasa berat, dipaksakan buka. Dia mengedip-ngedipkan matanya.

Halilintar meraba dahinya bila terasa ada benda yang basah di sana. Benda itu di ambil. Tuala basah yang hampir kering, mungkin disebabkan haba tubuhnya yang terlalu panas.

Tuala tersebut dia letak kedalam mangkuk kecil yang didalamnya terdapat air.

"Hachum!"

Halilintar tersentak, nasib baik tidak melatah. Dia memalingkan wajahnya ke arah sebelahnya. Terdapat Gempa yang sedang mengusap hidungnya yang kian memerah kerana bersin, setelah itu lelaki itu kembali terlena.

Halilintar diam, sambil memandang wajah Gempa yang amat dekat dengannya. Anak mata merahnya, menilik seinci wajah isterinya.

Putih kemerahan, gebu aje dia tengok. Geram pula dia mahu cubit pipi tembam itu.

Tanpa dia sedar tangannya mengusap pipi Gempa. Dia senyum, melihat wajah polos Gempa ketika tidur. Tambahan lagi, dengan mulutnya terbuka kecil menampakkan gigi arnabnya yang mengintip malu-malu.

Hup!

Tubuh Halilintar mengeras bila Gempa memeluknya. Namun, dia hanya diam dan membiarkan sahaja.

Satu kucupan dia berikan pada dahi Gempa, lalu dia berbisik.

"Thanks Ouro."

•••••

"Jemput makan Linlin."

Gempa meletak dulang yang terisi semangkuk bubur ayam dan air suam berserta ubat demam diatas meja kecil disamping katil.

Gempa melabuh duduk di birai katil, sambil mencapai mangkuk bubur.

"Gem suapkan eh?"

"Aku boleh makan sendirilah."

Halilintar mencuba merampas mangkuk bubur itu dari Gempa, akan tetapi lelaki itu lebih tangkas menjauhkan mangkuk tersebut sambil membuat muka garang.

"Hmp! No! Gem suapkan!" kata Gempa tegas, dengan kening bertaut. Geram.

Halilintar memeluk tubuh, lalu membuang muka ke arah lain.

"Aku tak akan makan, selagi kau tak kasi aku makan sendiri."

"Tapi Linlin kan sakit."

"Aku demam aje lah, ni pun dah sembuh. Bukannya aku patah tangan sampai nak bersuap bagai, kau jangan nak babykan aku lah."

"Tapi Linlin kan baby Gemgem."

Halilintar mendengus marah. "Tak!"

"Ya!"

"Tak!"

"Ya!"

"Aku kata tak! Tak lah!"

"Iya! Iya!"

Mereka berdua beradu mata. Bertanding siapa yang menang melawan mata.

10 saat, Gempa sudah jatuhkan pandangan matanya dari bermain mata dengan Halilintar. Dia kalah. Dia tak kuat menentang mata dengan lelaki itu. Jantungnya rasa mahu keboom.

"Tch." Halilintar berdecit, dia mengerling ke arah Gempa yang menunduk sambil bermain dengan jari.

"Cepat lah."

Terangkat kepala Gempa, dahinya mengerut. Hairan.

"Apa?"

"Cepatlah."

"Apa yang cepat?"

Wajah Halilintar datar, menatap Gempa tajam.

"Tadi kau nak buat apa?"

Makin berkerut dahi Gempa, belum menangkap maksud dari kata-kata suaminya.

"Tu!" mulut Halilintar menjuih pada mangkuk bubur yang berada diriba Gempa.

Gempa melihat arah yang Halilintar maksudkan.

"Oh, awak nak makan. Saya suapkan ya? Hm?"

Bebola mata Halilintar terguling ke atas. Perlahan dia berdeham.

"Ya." hampir tidak kedengaran suaranya saat mengatakan itu. Telinganya memerah.

"Yes! Okey, meh mommy suapkan untuk daddy. Hehehe, wiuwiu.."

"Tak payah nak mommy daddy bagai lah, aku lepuk kang. Cepatlah!"

Gempa membuat muka.

"Yelah daddy."



















Tbc...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now