Part 29

1.3K 119 15
                                    

"Aaaaaa... aaaaa.... aaaaaa..."

Halilintar menutup cuping telinganya apabila Gempa melalak di tepi telinganya. Sudahlah hari sudah malam.

"Woyy mangkuk! Bising lah! Tidolah, marah jiran sebelah nanti. Dahlah suara tak sedap, macam katak panggil hujan."

Gempa merengus apabila suaranya dihina. Dia dengan sengaja mendekatkan mulut pada telinga Halilintar lalu dia menempik.

"Arghhh!!!"

"Opocot Gempa panggil katak! Quek quekk.."

Melatah Halilintar dibuatnya, sampaikan terjatuh dia dari katil kerana terperanjat.

Gempa sudah bantai gelak, bukannya mahu tolong suaminya. Tolong gelak adalah.

"Padan muka Linlinchu."

Halilintar mengusap dahinya yang terhantuk pada lantai bilik, wajah isterinya dijeling maut.

"Aumm.. Tajamnya jelingan matanya, buatkan jantung ni berdegup dengan lagu cinta kita. Wiuwiu.."

"Tch."

Halilintar bangkit dari jatuhnya, lalu tubuhnya direbahkan ke atas katil. Dia tidur dengan mengiring ke kiri.

Gempa hanya mampu memandang. Tahu yang suaminya sedang rajuk hati dengannya.

"Linlin.." bahu Halilintar dicuitnya.

Tiada respon yang dia dapat. Gempa mencemberutkan muka.

"Halilintar kesayangan Gempa woyy, berbalik lah ke sini. Tak kesian ke kat kita ni? Baby, tengok daddy ni. Dia dah tak sayang kita. Sampai hati daddy kan? Nanti baby keluar, kita buli daddy sesama ya? Biar padan muka."

Gempa mengusap perutnya yang sudah menggunung itu. Dia bercakap dengan bakal anaknya di dalam sana. Suara pula sengaja, diasayukan kerana ingin menarik perhatian suaminya.

Tuk!

"Auch!" Gempa merintih, apabila dahinya dijentik tiba-tiba. Baru sahaja dia mahu marah, dahinya dicium. Dia terdiam.

"Tch, bising. Dah tido, esok pagi kau tu kena pergi hospital buat chek up." Kata Halilintar yang entah bila masa sudah berbaring menghadap ke arah Gempa.

Wajah Gempa yang berada di depannya, berjarak lima jari di tatap datar dan dalam. Pipi Gempa berona merah.

"Fine. Sebelum itu, apa kata kita bertanding. Tanding tenung mata, siapa yang kalah dia kena ikut apa pun si pemenang nak. Macam mana?"

Halilintar tersenyum senget. "Sure. Aku pasti yang kau kalah."

Gempa merengus. "Eleh! Berlagak. Kita tengok siapa yang kalah nanti. Gem pasti yang Linlin yang kalah!"

"Sure, kita tengok."

"Jom mula."

Dan bermula, acara tenung menenung di antara dua pasangan suami isteri itu.

Walaupun jantung sudah memainkan peranan. Gempa tetap mahu bertahan. Dia mahu menang, dia tidak mahu diejek oleh suaminya.

Namun apakah dayanya, dia sudah lemah semangat apabila melihat renungan si pemilik iris merah itu. Seolah dia di tenggelamkan oleh sepasang mata merah itu.

Halilintar simpan senyum yang hendak terlakar. Dia percaya bahawa sebentar lagi, Gempa akan kalah. Dia tahu akan kelemahan isterinya, iaitu renungan matanya.

Dengan sengaja, Halilintar menjilat bibirnya dengan cara menggoda lalu dia ukirkan senyuman manis. Sebelah matanya dikenyit.

Gempa yang mendapat serangan daripada Halilintar, tersentak. Mahu gugur jantungnya. Wajahnya mula berbahang, namun dia tetap cekalkan hati.

"Gempa.."

Jantung Gempa makin kuat berdegup, tatkala nama panjangnya disebut dengan nada lembut oleh Halilintar.

Bibir bawahnya digigit, lalu...

"Huwaa!"

Gempa menghambur dirinya ke dalam pelukan Halilintar.

"Linlin kejam, sengaja kan?!"

Halilintar ketawa kecil.

"So, kau dah kalah. Dah sedia dengan hukumannya?"

Tawa Halilintar makin terserlah apabila melihat wajah cemberut Gempa yang berada di dalam pelukannya.

"Menyebalkan."















Tbc...

Sweet bakhang.. 🤧

🤣🤣 #lesap

Ohya... Tunggulah ketibaan konflik yang akan datang... Muahahahaha!

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now