Part 34

1.3K 111 16
                                    

"Dah nak senja ni kau tak nak balik ke?"

Vivi yang sedang mengunyah cheesekut buatan Gempa, terhenti. Dia pandang jam yang menggantung di dinding. Lagi 20 minit mahu pukul 7.

"Kenapa? Halau nampak? Aku belum puas lagi lah melepak dengan kau Gem."

"Aku bukan halau lah, kau tu kan pompuan. Tak elok balik lewat."

"Yelah, nanti aku baliklah. Kau ni macam tak biasa pula, aku kan dari dulu suka balik malam."

"Suka hati kau lah. Aku cuma.."

"I'm home."

Ucapan Gempa terpotong oleh satu suara garau seseorang, bersamaan dengan pintu rumah dibuka dari luar. Dua orang yang berlainan jantina itu menoleh ke arah pintu utama rumah. Terlihat Halilintar melangkah masuk ke dalam rumah selepas membuka kasut hitamnya.

Gempa bangun dan mendekati suaminya yang tampak kelelahan itu. Saat dia tiba di hadapan Halilintar, lelaki itu mencium sekilas dahinya. Tersenyum Gempa dibuatnya.

"Linlin dah balik? Baguslah, sekarang Linlin naik mandi ya? Gem dah siap masak makan malam, cuma nak hidangkan aje."

"Hmmm." itu sahaja yang di balas Halilintar, anak matanya tidak sengaja terpandang Vivi yang duduk di ruang tamu. Wajahnya berubah dingin apabila mendapat tahu ada orang asing yang berada di dalam rumahnya.

Gempa yang perasan akan arah pandang Halilintar, terus berbalik.

"Ohya, tu kawan Gem dari oversea. Nama dia Vivi. Vivi ni my husband, Halilintar."

Vivi berganjak bangun dan mendekati dua pasangan itu, anak matanya masih tidak beralih dari wajah suami kawannya itu. Dingin dan tajam sekali renungan mata itu, buatkan dia merasa gerun namun itu dapat menambahkan sisi tampannya. Dia sempat terpegun.

"Hai I Vivi, salam kenal."

Vivi menghulur tangan untuk berjabat dengan Halilintar. Salam perkenalan.

Namun, Halilintar hanya memandang sepi akan huluran itu. Dia tidak memberi respon apa-apa, anak matanya kembali dijatuhkan pada isterinya.

"Aku ke atas dulu Ouro."

Usai itu, Halilintar terus mengorak langkah untuk pergi daripada hadapan mereka berdua.

"Baik."

Gempa mengerling Vivi, dia tersenyum bersalah.

"Maafkan suami aku ya? Dia memang macam tu, dia kurang bergaul dengan orang. Apalagi dengan orang yang baru dia kenal."

Vivi tersenyum paksa, sejurus menjatuhkan kembali tangannya yang masih terhulur itu.

"It's okey."

"Kau makan malam sini ya?"

"Hm, okey."










Tbc...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now