Epilogue

1.8K 119 40
                                    

Beberapa tahun kemudian...

Gempa memimpin ketiga anaknya, menuju ke ruangan pejabat suaminya. Sesekali dia tersenyum ramah pada para staff yang bekerja di situ.

Bam!

"Daddy!!"

Ketiga kembar itu berteriak sebaik sahaja menceroboh masuk kedalam ruangan pejabat daddy mereka.

Halilintar yang leka dengan kerjanya, sedikit tersentak. Nasib baik tidak terlatah. Dia tersenyum, saat mendapati keempat permata hatinya datang mengunjunginya di ofis.

"Eh! Sandstorm, Heize dan Piezeo jangan berlari! Nanti jatuh!" ujar Gempa kepada ketiga anaknya yang berlari menuju ke arah sang ayah.

"Baik mommy!"

Halilintar bangun dari duduk dan berlutut untuk menyambut kedatangan ketiga anaknya.

"Sini kesayangan daddy semua.."

Hup!

Empat beranak itu berpelukan, manakala Gempa hanya tersenyum seraya menerpa ke arah keempat heronya dengan langkah perlahan kerana dia sedang membawa perut yang membonyot ke depan. Tidak boleh nak bergerak laju. Almaklum lah, sedang berbadan dua.

"Mommy sini lah! Peluk daddy." ajak Heize sambil mengamit tangan pada Gempa.

Bebola mata Gempa terguling ke atas.

"Tak payahlah, mommy hari-hari kena peluk dengan daddy kamu tu setiap malam." bidas Gempa.

"Alaa.. Cepatlah mommy, slow lah mommy jalan. Macam siput." seru Piezeo.

"Entahnya, perut mommy buncit. Tu lah makan banyak sangat. Nak berjalan pun tak larat, dah macam penguin kitorang tengok mommy." komen Sandstorm pula.

Ketiga kembar itu, ketawa mengekek. Mengejek mommy mereka.

Bulat mata Gempa. Dia bercekak pinggang. Dia tenung satu-persatu anaknya.

Halilintar tahan gelak melihat wajah tidak puas hati isterinya. Dia tahu yang anak-anaknya, suka mengusik dan menyakat mommynya.

"Amboi.. Amboi budak-budak ni. Ada juga yang kena sebat dengan rotan ni."

"Ampun!" sahut ketiga kembar itu dengan sengihan tidak bersalah.

Halilintar berdiri daripada berlutut. Dia mengusap rambut ketiga kembar itu.

"Sudahlah usik si mommy tu, nanti merajuk pula penguin tu." kata Halilintar selamba.

"Linlin.. Dia pun sama!"

Gempa mengembungkan sebelah pipinya. Sebal.

Halilintar tersenyum tipis. Dia mencium sekilas dahi dan pipi Gempa.

"Okey, okey. Dah, jom kita keluar makan."

"Horeyyy!! Jom!"

•••••

Pada malam harinya..

Empat pasang mata, merenung Gempa yang sedang khusyuk makan. Cara mereka tenung Gempa, seperti melihat makhluk halus sahaja. Bulat mata mereka berempat. Terkejut, tercenggang dan rasa mahu muntah pun ada.

Macam mana mereka tidak terkejut, kalau Gempa makan sotong bakar dengan aiskrim vanila sebagai sos. Dan juga lelaki itu makan udang dan sotong mentah dengan sos cili campur krim vanila. Itu tidak termasuk lagi dengan bihun tomyam yang sudah tiada rupa itu, sebabnya adalah..

Gempa menaruh krim coklat, sedikit air soda, aiskrim, jagung manis yang sudah dikisar, serbuk kacang dan akhir sekali biskut oreo.

"Pstt, asal mommy makan benda aneh ha? Aku rasa perut aku nak keluar isi lah."

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now