Part 35

1.4K 115 24
                                    

Usai makan malam, mereka melepak di ruang tamu.

Hanya Gempa dan Vivi sahaja yang berborak, manakala Halilintar hanya membisukan diri. Wajahnya sedari tadi ketat sahaja. Dia juga perasan akan kerlingan mata daripada kawan isterinya itu. Namun dia hanya buat bodoh sahaja.

Dia faham akan pandangan mata itu. Tapi, maaf. Dia hanya setia pada yang satu. Di dalam hatinya sudah terpacak satu nama dan tiada sesiapa yang boleh dapat menggantikannya. Bila dia setia pada satu orang, dia akan setia sampai bila-bila.

"Ouro, aku ke atas ya. Dah malam ni, dia tak nak balik ke? Tak elok, duduk rumah orang lelama."

Selesai berkata begitu, Halilintar terus angkat punggung daripada sofa dan beredar pergi.

Gempa terkebil-kebil. Dia pandang ke arah Vivi yang sedang memandang kepergian suaminya. Dia tersenyum kecil.

"Dah puas pandang suami orang?" dengan sarkastik Gempa menegur, buatkan Vivi terbatuk-batuk kerana tertangkap basah.

"Err mana ada. Aku rasa suami kau macam tak suka aku lah, tadi pun dia macam halau aku secara halus."

Tanpa Vivi perasan, Gempa mengulingkan bebola matanya.

Gempa tidak bodoh dengan cara pandang Vivi pada suaminya. Sedari tadi dia perhatikan Vivi yang selalu curi pandang suaminya.

Jangan sampai kawannya sendiri rampas suaminya. Itu terlampau cliche.

Maaf, itu tak akan dia biarkan. Walaupun orang itu kawannya.

"Kau tau, cara kau pandang suami aku tu mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang pernah cuba untuk rampas serta goda suami aku. Tapi dia tak terlalu berani sebab.."

"Se..sebab?"

Gempa senyum senget.

"Sebab aku akan hantui dia sampai dia tidak ganggu lagi suami aku."

Vivi telan liur melihat wajah Gempa yang tiba-tiba sahaja berubah serius. Seolah lelaki itu dapat membaca air mukanya.

"Wahh, kau sangat sayangkan dia ya? Untungnya."

"Ya, aku memang sayangkan dia sebab itulah aku kena mempertahankan hak aku selagi aku mampu. Aku tak akan biarkan hak aku di ambil oleh seorang perampas."

Tenang Gempa dalam menuturkan kata-kata itu namun ia membawa maksud yang amat dalam dan juga terdapat amaran yang Gempa selitkan di situ.

Vivi hanya tersenyum. "Hm, kalau macam tu aku balik dulu ya Gem? Nanti kalau ada masa luang aku akan ke sini untuk lepak dengan kau."

"Ok."

•••••

Gempa masuk ke dalam bilik, selepas kepulangan Vivi.

Dia menutup pintu bilik lalu mendekati katil. Dia tersenyum melihat Halilintar yang sudah terlena dengan tubuh mengiring mengadap ke arah tingkap bilik.

Katil dinaiki Gempa, dia berbaring di sebelah Halilintar. Pinggang suaminya dipeluk, wajahnya disembamkan pada belakang tubuh Halilintar.

"Dah tido belum? Gem tak boleh tido lagi ni, temanlah Gem."

Wajahnya diusap-usap pada tubuh suaminya.

Gempa tersenyum apabila merasakan pergerakan daripada Halilintar. Dia tahu yang suaminya belum terlelap.

Halilintar berbalik. Kini mereka berdua saling berhadapan.

"Linlin."

"Hmmm?"

"Kenapa Linlin dingin semacam tadi hm? Linlin macam tak suka aje dengan Vivi? Kenapa?"

Halilintar berdecit perlahan. Dia mendekatkan wajah pada Gempa, sehinggalah dahi dan hidung mereka berdua saling berlaga. Anak mata mereka saling bertautan.

"Aku tak suka dia, aku tak suka kau kawan dengan dia."

"But why?"

"Sebab aku tak suka dia."

Gempa merengus.

"Tak suka kenapa? Dia ada ganggu awak ke?"

Halilintar tenung iris milik Gempa.

"Aku tak suka dia pandang aku macam tu, aku rasa jijik. Hanya kau aje yang boleh pandang aku macam tu."

"Oh? Habistu tu selama ni, saya pandang awak tu? Rasa jijik juga lah?"

Dengan sengaja Gempa menduga Halilintar. Ingin tahu jawapan apa yang akan Halilintar berikan.

Kepala Halilintar tergeleng perlahan.

"No. Ia tak jijik but pandangan mata kau buatkan hati aku berdebar tak keruan."














Tbc...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora