Special Chapter 3

926 91 15
                                    

"Ni semua salah kau!! Tengok, aku yang tak bersalah ni juga kena denda dengan orang genit macam kau!"

Halilintar menunding jari pada Gempa yang berdiri di sebelahnya. Kini mereka berdua berada di luar kelas, kerana dihalau oleh cikgu sebab berbual semasa belajar.

"Tch! Kita kan jodoh? Jodohkan harus bersama?"

"Tu bukan jodoh tapi bodoh! Dasar genit!"

"Saya tak genit lah!! Dasar lelaki baran! Pikachu!!"

"Genit!"

"Baran!!"

"Genit!"

"Baran!"

"Grrr..."

Mereka berdua saling beradu pandang. Tangan masing-masing sudah bersedia untuk menyerang.

"Sini kau!!"

"Arghh!! Sakit bodoh! Lepaskan!! Ambil ni!"

Aksi tarik menarik rambut terjadi di antara dua orang yang tidak pernah nak akur itu. Bahkan kini mereka saling bergomol, sampaikan berguling di atas lantai.

"Woiii jebon-jebon!! Berhenti bergaduh woi!! Kalau tak, cikgu rotan sekor-sekor!"

•••••

"Shhh..."

Halilintar meringis pelan, sudut bibirnya pecah dan kini membiru kerana kejadian tadi. Gempa pula sudah melesap ke kantin selepas mengubat luka yang mereka dapat semasa bergomol seketika tadi.

Halilintar berhenti di muka pintu kelas. Anak matanya menatap ke arah sesuatu. Katak.

Dua ekor katak yang kebetulan melompat-lompat di tepi pasu bunga yang berada di luar kelas, Halilintar tangkap.

Dia melihat kiri dan kanan, lantas dia bergegas masuk ke dalam kelas. Dia menuju ke tempat belajarnya sambil membawa dua ekor katak.

Halilintar berhenti di meja Gempa, sekali lagi dia pandang keluar kelas. Takut juga ada orang yang melihat niat jahatnya itu.

Setelah memastikan tiada sesiapa yang lalu lalang di luar kelas, Halilintar terus menceroboh beg Gempa. Dia memasukkan katak yang dia tangkap sebentar tadi ke dalam beg Gempa.

Dia senyum sinis. "Hehe, jagalah kau Gemgenit."

'Gemgenit' adalah nama gelaran Halilintar untuk Gempa.

"Baik aku blah ke kantin. Lapor pula perut.."

Halilintar keluar kelas sambil bersiul senang, kedua tangannya di masukkan ke dalam poket.

"Aku tak sabar nak tengok muka terkejut dia nanti. Mesti buruk an?" gumam Halilintar dengan senyum herot. Dalam mindanya sudah terbayang, macam mana muka Gempa nanti bila dapat tahu ada katak dalam beg dia.

Dendamnya terbalas...

•••••

"Okey, harini kita akan belajar matematik bab matrik. Sila keluarkan buku teks dan buku nota."

"Baik!"

Semua murid mula menjalankan arahan cikgu Tauhu itu.

Sementara itu, di meja paling belakang. Terlihat Gempa yang gelisah kerana dia tidak membawa buku teks.

"King, boleh kongsi buku teks? Saya tak bawa. Boleh eh?"

Gempa membuat muka memelas, agar Halilintar berlembut hati untuk berkongsi dengannya.

Halilintar melirik. "Kau siapa? Aku tak kenal lah. Pergi main jauh-jauh."

Halilintar mengeserkan kerusinya ke tepi dan buku-bukunya turut dijauhkan dari kawasan Gempa.

"Kedekut! Kongsi lah, jadi orang janganlah kedekut. Nanti rezeki payah nak masuk, biar padan muka." omel Gempa. Pipinya mengembung sebal.

"Kesah? Biar kau kena denda sebab tak bawa buku." Halilintar menjelir lidahnya pada Gempa, seakan mengejek lelaki itu. Lantas dia kembali fokus pada guru yang mengajar di hadapan.

Gempa mengetap bibir. Dia mengenggam kedua tangannya. Geram.

"Tak guna." kutuk Gempa, lantas dia membuka zip beg sekolahnya. Untuk mengambil peralatan belajar.

Tangannya di masukkan ke dalam beg dan menyelokar untuk mencari alat tulisnya. Namun, dahinya berkerut apabila tangannya seperti memegang benda yang lembab dan lembik.

Halilintar mengerling ke sebelah dengan hujung mata, dia tidak sabar untuk melihat reaksi Gempa yang..

"Arghh!! Katak!!"

"Opocot katak terbang! Woii katak terbang woii!"

Sesi ingin gelakkan Gempa, dia pula yang kena musibah. Melatah Halilintar dibuatnya kerana Gempa menjerit dengan begitu lantang, membuatkan seisi kelas turut terkejut.












Tbc...

Sorry hambar hahahanat TvT..

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Donde viven las historias. Descúbrelo ahora