Part 39

1.6K 109 23
                                    

"Nasib baik, kau dan bakal baby tak tercedera. Kau hampir mengalami keguguran tau, sebab hentaman yang kuat tu. Doktor kata, nasib baik kandungan kau tu kuat. Tapi, lain kali hati-hati."

Gempa tersenyum mendengar bebelan Halilintar itu. Dia bersandar pada katil hospital. Sejak dia di bawa ke hospital, raut wajah itu sedari tadi menunjukkan rasa risau dan cemas.

Pipi si suami disentuh. "Maaf, sebab dah buat awak risaukan saya. Saya janji akan lebih berhati-hati lepasni."

"Janji?"

"Ya, I'm promise my hubby. Dah jangan risau. Smile babyboi."

"Hm, aku bukan apa.. Aku... tak nak.. Umm kehilangan kau.." dengan wajah menunduk malu, Halilintar ucapkan rasa hatinya. Wajahnya memerah sampai ke cuping telinga.

Gempa terkekek suka, dia meraih wajah Halilintar dengan kedua tangannya lalu dia melabuhkan ribuan ciuman pada wajah suaminya itu.

"Merahnya muka. Tak apa, ni yang buat Gem makin sayang pada Linlin. Muahh!" kata Gempa sambil mencium bibir suaminya.

Halilintar berdeham. Dia mendorong dahi Gempa dengan jari telunjuk, agar wajah itu sedikit menjauh daripadanya.

"Tch, sudahlah. Kau rehat dulu ya."

"Yelah. Tapi, si Ermi ma.."

"Jangan sebut nama tu depan aku, aku tak nak dengar. Muak. Anggap aje yang sampah tu tak pernah wujud di antara kita. Kau rehat, sebelum aku babap."

Gempa mencebik, sedikit kaget sebenarnya dengan bahasa kesat Halilintar. Terlihat jelas yang suaminya tidak suka dia menyebut nama perempuan itu.

"Kenapa pula? Dia ada masalah dengan awak?" sengaja Gempa melontarkan ayat tersebut.

Halilintar berdecit.

"Kau boleh tanya kenapa? Sebab dialah, isteri aku masuk hospital dan hampir keguguran. Aku tak boleh terima kalau isteri aku diperlakukan begitu!"

Gempa dengan cepat memeluk tubuh Halilintar seraya mengusap belakang tubuh lelaki itu. Sekadar mahu menenangkan suaminya.

"Shh.. Tenang, kawal emosi awak Linlin. Dah benda nak jadi, kita boleh buat apa kan? Kita kena redha. Sudah, tenang. Tak baik marah-marah." bisik Gempa sambil menggerakkan tubuh mereka ke kanan dan ke kiri. Hanya itu sahaja yang mampu dia lakukan untuk tenangkan si suami.

Perlahan Halilintar mulai tenang dan dia membalas pelukan Gempa seraya membenamkan wajahnya pada leher Gempa. Satu kucupan dia hinggap pada leher putih itu.

"Aku sayang kau Ouro."










Tbc..

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Où les histoires vivent. Découvrez maintenant