Part 32

1.4K 117 26
                                    

Halilintar melepaskan rasa lelah, alahan muntah masih tidak hilang.

Isterinya yang mengandung, tapi dia pula yang bersungguh muntah bagai. Kata orang kalau kita alahan muntah-muntah semasa isteri mengandung, tanda kita terlampau menyayanginya.

Ehem, memang dia sayang isterinya. Ehm..

Halilintar mengerling ke anak tangga, apabila telinganya menangkap bunyi derapan kaki. Terlihat Gempa sedang bersenandung riang sejurus menuruni anak tangga.

Tengok wajah ceria isterinya, sudah memandai membuat hatinya senang.

"Senangnya dalam hati, kalau bersuami dua.. Boleh... Errr..."

Gempa tidak menghabiskan nyanyiannya apabila mendapat renungan membunuh daripada suaminya. Lelaki itu tenungnya seperti mahu ditelan hidup-hidup.

Gempa tersengih. "Hehehe.. Linlin, Gem nak cari suami baru boleh?"

Gempa berjalan mendekati Halilintar yang masih setia merenungnya. Dia hanya abaikan renungan itu, sengaja menjadi bahan untuk gaduh dengan suaminya. Alah, mereka kalau tidak gaduh satu hari memang tidak sah. Katanya boleh eratkan lagi hubungan mereka berdua.

"Cari mati?"

"Gem sanggup mati di tangan Linlin, mati kerana cinta Linlin yang begitu besar untuk Gemgem. Ehek, wiuwiu.."

"Wiuwiu, wiuwiu. Aku bius mulut tu, baru tau. Asyik nak mengarut aje kerjanya."

Gempa ketawa suka, dia segera melabuh duduk di sebelah Halilintar. Tubuh suaminya dipeluk dari samping.

"Alah, gurau aje lah. Linlin period eh? Asyik nak marah-marah aje. Jangan lah marah, tengok Linlin marah-marah macam ni buat Gem geram nak gigit."

Gempa membuat gaya mahu menggigit. Halilintar memutarkan bebola matanya. Dahi isterinya ditunjalnya perlahan.

"Stupid smurf."

Hening menguasai suanana mereka, hanya terdengar deruan angin yang berasal daripada hawa pendingin.

Halilintar membelai kepala Gempa yang bersandar pada bahunya. Manakala Gempa menikmati belaian tersebut.

"Linlin, Gem nak bercuti ke Jeju Island boleh?"

"Kenapa harus ke sana? Kat Korea pula tu."

"Alah, mana tau tersangkut kat mamat korea ke? Boleh lah..."

"Tak boleh!"

"Asal pula?!"

"Kau bukannya nak bercuti, tapi nak menggatal. Aku debik kan baru tau, eii.."

Gempa mencebik. "Jeles cakap."

Halilintar terbatuk. Nampak sangat ke dia cemburu? Dia bukan cemburu, cuma tak suka dengan cara percakapan Gempa yang seperti sudah pasang nak cari suami baru. Sakitnya tuh di hatinya...

Bukan sama sajakah?

"B..bila masa? Kau jangan nak tuduh eh? Nak jadi isteri durhaka ke ha?"

Gempa berdecit. Dia melepaskan pelukannya pada Halilintar. Wajah Halilintar, dia pandang geram.

"Menyebalkan. Linlin tidur luar malam ni."

"Tak kisah.. What?!"

Belum sempat Halilintar mahu mencegah Gempa, isterinya sudah melarikan diri ke bilik.

Bam! Bunyi pintu dihempas kasar.

Halilintar hela nafas pasrah. Anak rambutnya yang menutupi dahi, dia sebak ke belakang.

"Hmmm, tak apalah. Nanti dia juga yang cari aku. Kita tengok aje."

Halilintar membaringkan tubuh di atas sofa. Dalam diam dia menunggu ketibaan maha agong itu, siapa lagi kalau bukan Gempa. Sebab dia tahu, yang Gempa tak akan dapat tidur dengan lena tanpa ada dirinya di sebelah. Gempa kan suka tidur sambil memeluknya. Mesti namanya akan diseru oleh Gem...

"Linlin!! Masuk bilik sekarang, sebelum bebird lu gue potong!"

"Opocot! Hantu Gempa menjerit!" Latah Halilintar akibat terperanjat. Dia baru sahaja mahu lelapkan mata, akan tetapi si singa betina yang berada di atas sana sudah menyerunya.

"Linlin oy!!"

"Sengal punya isteri. Untung err sa.. benci.."








Tbc...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now