Part 11

1.6K 126 18
                                    

Kelopak mata Gempa terbuka, dahinya berkerut. Dia pandang wajah Halilintar di atasnya yang serius membaca sesuatu di tabletnya, baru dia perasan yang dia sedang berbaring di atas riba Halilintar dan masih berada di ofis lelaki itu. Terakhir kali dia ingat yang dia pengsan disebabkan serangan Halilintar.

Halilintar menunduk bila merasakan pergerakan yang berasal dari Gempa. Anak matanya bertembung dengan mata Gempa.

"Dah puas pengsan? Nasib baik aku tak tanam kau terus tadi. Dah bangun."

Gempa mendengus sebal, bukannya bangun malah dia memusingkan tubuhnya ke kiri. Wajahnya yang menghadap perut Halilintar, digesel manja wajahnya pada perut si suami.

"Sudah, bangun."

"Tak nak."

"Okey, tak apa."

Halilintar meletak tabletnya di atas meja kopi. Dia dengan sengaja meramas punggung Gempa, bibirnya menyinggung senyum senget apabila mendengar desahan halus dari Gempa. Ramasannya semakin ditambah.

"Tak nak bangun lagi? Ke kau nak aku ramas benda lain pula?"

Bulat mata Gempa mendengarkan itu, laju sahaja dia bangkit dari rebahannya walaupun tidak rela.

Dia pandang wajah Halilintar yang datar itu.

"Boleh aje, tapi bukan kat sini. Kat rumah lah, baru best." Kata Gempa dengan senyum miangnya, jarinya mencuit-cuit pipi Halilintar.

Tatapan mata Halilintar masih tidak berubah pada Gempa. Makin tajam sahaja pandangannya. Dahi Gempa dijentiknya kuat, buatkan Gempa meringis sakit.

"Tu aje yang kau fikir, blue semacam. Stupid smurf." sindir Halilintar seraya bangun daripada sofa.

Gempa merengus sambil mengusap dahinya.

"Kenapa? Tak boleh fikir blue pada suami sendiri? Bukannya berdosa pun." bidas Gempa, tidak mahu mengalah.

Halilintar tidak merespon, malas pula dia mahu melayan otak biru si isterinya itu.

"Dah, jom balik."

"Ha dah nak balik..."

"Kau pengsan lama 5 jam, ni dah nak pukul tujuh. Dah, jom balik mangkuk."

Amboi, mangkuk dia panggil aku. Dasar tidak sayang nyawa. Bisik hati Gempa marah.

"Tch, yelah Mr.Husband."












Tbc....

Maaf jika ianya hambar... OwO

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now