Part 27

1.5K 117 14
                                    

"Linlin okey?"

Gempa bertanya sebaik sahaja Halilintar melabuh duduk di sebelahnya. Wajah suaminya lesu sahaja dia tengok. Sudah dua hari Halilintar tidak ke ofis, kerana asyik muntah-muntah. Dia sendiri pelik, dia yang mengandung pun tiada pula muntah sampai macam tu sekali.

Sejak hari di mana dia tahu yang dia mengandung, keesokkannya alahannya hilang dan diganti oleh Halilintar pula.

"Pening sikit." jawabnya perlahan.

"Sini, tido sini."

Gempa menepuk pahanya, menyuruh suaminya tidur di atas ribaannya.

Halilintar hanya menurut, kepalanya direbahkan di atas ribaan Gempa yang bersila di tengah katil.

Perlahan, Gempa mengurut kepala dan leher Halilintar sekadar mahu mengurangi rasa pening suaminya. Kasihan pula dia melihat wajah lesu suaminya.

"Feeling better?"

"Hmmm."

Kelopak mata Halilintar terpejam, menikmati urutan sang isteri. Rasa mual dan pening sedikit berkurangan walaupun masih terasa.

Chup!

Halilintar membukakan matanya, apabila merasakan yang dahinya dicium. Dia melihat ke atas, memandang wajah Gempa yang tersenyum manis padanya. Dia berdeham. Jantungnya memainkan peranan. Setiap kali melihat senyuman itu, pasti jantungnya akan terkena masalah.

"Please jangan senyum macam tu."

Dahi Gempa berkerut hairan.

"Kenapa pula? Salah ke Gem nak senyum?"

"Tak salah bagi kau, tapi salah untuk aku."

"Pula? Macam-macam lah awak ni."

Hidung Halilintar dicuit oleh Gempa dengan gelak kecil. Namun tawa Gempa hilang dan di ganti dengan raut terkejut apabila kepalanya ditarik ke bawah dan bibirnya dikucup.

Halilintar melepaskan ciuman itu dengan mendorong tubuh Gempa, sehingga membuatkan Gempa jatuh terbaring di atas katil lalu dia bangun dan berlari ke bilik mandi.

Gempa tersentak dengan tindakan Halilintar barusan, sebelum telinganya menangkap suara orang muntah. Tidak lain dan tidak bukan, Halilintar lah tu.

•••••

"Linlin, Gem nak lidah lembu bakar boleh?"

Halilintar yang baru sahaja meneguk air suam, dibuat tersedak. Perit anak tengkuknya. Dia membilas gelas kotor yang dia guna barusan, lalu di letak dirak kabinet.

"Linlin? Linlin dengar tak apa yang Gem cakap ni?" Gempa merengek.

"Hm, lidah lembu? Kau biar betul?"

"Asal pula? Lidah lembu boleh makan apa. Boleh lah hm?"

Halilintar mendekati Gempa yang bersandar di kaunter dapur.

"Memang. Tapi bukan ke kau tak makan benda macam tu? Pelik lah kau ni."

"Alah! Boleh lah! Nak lidah lembu!"

Halilintar kemam bibir.

"Yelah, aku pergi beli sekarang. Kau duduk rumah bebaik."

"Otey!"

Beberapa minit kemudian..


Halilintar memerhatikan Gempa yang sedang meletak hiasan pada lidah lembu bakar yang dia beli sebentar tadi.

Bulat matanya, melihat Gempa meletak cheese yang dipotong kecil di atas lidah lembu bakar itu, lalu diikuti pula dengan sos cili, mayonis, sayur-sayuran, kicap manis, aiskrim dan biskut kering yang sudah di hancurkan.

"Nahh!"

Dahi Halilintar berkerut apabila Gempa menolak pinggan yang terisi beberapa keping lidah lembu bakar yang sudah siap dihias oleh Gempa. Perasaannya mula tidak sedap.

"Kenapa?"

Gempa tersenyum manis.

"Gem nak Linlin makan."

"What?! Hell no!!"

Dengan cepat Halilintar membantah. Tidak mahu dia makan benda ngeri itu. Loya pula tengkuknya.

"Tak nak makan ya? Linlin pilih nak makan atau tido kat luar rumah. Mana awak nak?"

"Aku tak nak dua-dua! Kau kan yang nak makan tadi, asal pula aku yang kena! Tak nak aku!"

Pang!

Bahu Halilintar sedikit terhinjut kerana terkejut, nasib baik tidak melatah. Dia pandang wajah merah Gempa, bertanda yang lelaki itu sedang menahan berang padanya.

"Makan." Gempa menekan ayatnya, dengan anak matanya merenung maut pada Halilintar.

"Nanak!"

"Oh tak nak eh?"

Halilintar mula tidak senang duduk apabila melihat wajah Gempa yang seperti mahu berbuat jahat padanya. Sebelum Gempa mula membulinya, lebih baik dia beralah.

"Fine aku makan!"

Liur ditelan, rasa kelat sahaja. Perlahan Halilintar mencucuk lidah lembu bakar itu dengan garpu.

"Makan sampai habis ya my red king."


















Tbc...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now