Special Chapter 1

1.4K 100 32
                                    

Ini bonus untuk HaliGem di zaman percintaan mereka okey?

Hope you guys enjoy it!
*****

Senyuman sinis terukir dibibir, dia merenung coklat bar berjenama Cadbury Hazelnut yang berada di atas mejanya. Dia mencapai coklat tersebut.

Dia membaca serangkai ayat yang tertulis di permukaan sticker note berwarna merah berbentuk hati, yang tertampal di coklat.

To Mr. Red King,

Jangan lupa makan coklat dari your to be wife ya? Kalau tak makan, saya akan menghantui awak King!

Hm, happy valentine's day my Mr. Red King!

Love you! Muah!

From Gemgem yang cute 😘.

"Tsk! Cute lah sangat. Tak pernah nak menyerah lah mamat ni."

"King!"

Melompat Halilintar yang duduk di kerusi belajarnya. Nasib baik tidak melatah. Dia menoleh pada orang yang memanggilnya. Dia berdecit apabila mendapati orang yang selalu menghuru-harakan hidupnya. Siapa lagi kalau bukan Gempa. Tak kacau dia satu hari memang tidak sah.

Gempa berjalan mendekati Halilintar, dengan selamba dia duduk di atas meja belajar lelaki itu. Dia menundukkan sedikit kepalanya untuk menatap wajah pujaan hatinya.

Ketat semacam saja wajah itu, satu senyum pun tak terlakar pada wajah itu. Berat mulut ke nak senyum?

"Jangan lupa makan ya, king."

"Tsk! Kau ingat aku ni kekasih kau ke? Nak bagi coklat bagai, ingat aku budak?"

"Lah.. Kalau hari valentine memang kena bagi pada kekasih kita aje eh? Tapi saya rasa tak semestinya kalau orang tu bukan kekasih kita, kita tak boleh bagi kan? Sama aje. Saya kan suka awak, so saya bolehlah bagi awak kan? Saya single, awak pun single. Boleh lah kita together-gether nanti."

Gempa menyatukan kedua jari telunjuknya, sambil tersenyum malu. Dia pandang Halilintar dengan tatapan mengharap.

Bebola mata Halilintar terguling ke atas.

"Tch! Turun dari meja aku sekarang!"

"Tak nak!"

"Turun!"

"Nanak!"

Lidah dijelir pada Halilintar, sambil itu kedua sudut matanya ditarik kebawah.

Halilintar mengeram. Sebal dengan perangai sengal Gempa itu.

"Fine, kalau kau degil."

Coklat yang masih berada digenggamannya dia campak keluar dari jendela kelas. Dia buat wajah tidak bersalah selepas membuang coklat pemberian Gempa.

Gempa terkedu. Hatinya turut tercampak seperti coklat. Sakit. Sudah lah coklat tu mahal...

Semahal hatinya..

Dia tenung Halilintar yang turut memandang ke arahnya dengan wajah sinis.

Gempa mengetap bibir. "Sampai hati awak. Kenapa awak buang coklat tu? Awak tau, awak campak coklat tu macam awak campak hati saya juga!"

Halilintar hanya memandang wajah marah Gempa. Dia perasan akan tubir mata lelaki itu bergenangan.

"Kesah apa aku."

Gempa melompat turun daripada meja. Tatapan matanya masih melekat pada Halilintar.

"Tapi awak tak perlulah buang coklat tu! Sekurang-kurangnya hargailah pemberian orang! Dasar lelaki baran!"

Halilintar menghantar pemergian Gempa dengan hujung mata. Dia merengus.

"Suka hati panggil aku baran, habistu dia? Lelaki genit!"

•••••

"I'm home."

Pintu rumah dikatup. Kasut sekolah dibuka dan disimpan ke dalam rak kasut.

"Kamu dah balik Hali? Pergi man.. Kenapa dengan kamu Hali? Kenapa comot dan berserabai ni? Kamu pergi berguling dalam semak ke apa?"

Halilintar mengerling seragam sekolahnya yang kotor dan juga rambut yang berserabai seperti sarang tebuan.

"Errr... Hali naik dulu."

"Hmmm, sudah. Pergilah naik. Lepas tu turun makan ya?"

"Baik mama."

Puan Lisa menggelengkan kepala, dia hanya menghantar kepergian anak sehinggalah kelibat sang anak menghilang. Lantas dia berlalu ke dapur.

Setiba di dalam bilik. Halilintar mencampak beg sekolahnya ke atas meja belajar.

Dia termenung sejenak, sebelum membuka zip beg sekolahnya yang berwarna merah dan dibahagian depan beg itu tertulis perkataan 'Thunder'.

Dia mengeluarkan sesuatu dari beg tersebut.

"Nasib baik jumpa. Hm, baik aku mandi dulu."

Benda itu dia letak di atas meja bersebelahan dengan beg sekolahnya. Dia senyum tipis sambil mengusap permukaan plastik coklat bar itu. Dia mencabut sticker note berbentuk hati, yang tertampal pada badan coklat itu lalu disimpan ke dalam laci.

Dia membuka uniform sekolahnya yang kotor itu, lalu di campak masuk ke dalam bakul. Lantas dia bergegas ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.

Tbc..

Amacam? Nak aku sambung?  ͡° ͜ʖ ͡°

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now