Part 40

1.8K 120 34
                                    

"Arghh!! Sakit!!"

Sebuah katil beroda empat, membawa seorang lelaki yang sarat mengandung di atasnya. Katil itu di dorong oleh beberapa orang jururawat dan termasuk juga Halilintar.

"Sshh.. Tenang Gem, tarik nafas dan hembus."

"Senanglah cakap!! Cuba awak yang duduk tempat saya! Arhh!!"

Halilintar meringis. Merah pipinya dengan tingkah isterinya itu. Dia juga perasan akan kerlingan mata si jururawat.

"Maaf, encik tidak dibenarkan masuk. Sila tunggu diluar."

"Baik."

Katil yang membawa isterinya ke dalam ruangan pembedahan, dia pandang cemas. Sebelum pintu ruangan itu terkatup, dia sempat mendengar jeritan Gempa.

"Arghh! Halilintar! Aku potong bebird kau!!"

Sekali lagi Halilintar meringis.

"Sempat lagi dia fikir pasal tu. Dasar sengal."

Monolog Halilintar. Dia melabuh duduk di kerusi tempat menunggu. Di dalam hatinya dia berdoa agar isteri dan bakal anaknya selamat.

"Halilintar!"

Terpaling wajah Halilintar pada sumber suara yang memanggil namanya. Ahli keluarganya dan Gempa.

"Macam mana Gempa?"

"Dia berada di dalam, sedang ditangani oleh doktor."

•••••

Dahi Gempa dicium Halilintar. Dia menatap wajah tidak bermaya si isteri yang tengah tersenyum manis padanya.

"Thanks sayang dengan hadiah yang berharga ini."

Gempa menganggukkan kepala, dia memandang wajah ketiga anak kembarnya yang berada di dalam katil khas untuk bayi. Ibu bapanya serta mertuanya sibuk bermain dengan tiga si kecil itu.

"Sama-sama hubby." Gempa pejam mata apabila kepalanya diusap Halilintar.

"Apa nama untuk mereka hm?"

Dua pasangan muda yang kini sudah bergelar ibu dan ayah, saling membalas pandangan.

"Sandstorm, Heize dan Piezoe."

"Not bad, nama yang sangat unik."

Tersenyum dua pasangan itu dengan komenan daripada ahli keluarga mereka.

"Pandai kau sembunyikan hal ni dari aku ya?"

Gempa terkekek. "Sebenarnya saya pun tak tau juga lah. Dah rezeki kan dapat tiga sekaligus? Dah nama pun kejutan kan? Surprise tak?"

Halilintar mencubit pipi Gempa. Dia tersenyum tipis.

"Thanks again Ouro."

"Ya, ya. You're welcome Linlin."

•••••

Beberapa minggu kemudian..

"Gem, susu debu ni nak letak berapa sudu?"

"Haih, kan Gem dah ajar haritu? Tak akan lah lupa?"

"Tch! Aku tak sempat nak ingat lah, kerja aku banyak sampai tak boleh nak masuk dengan betul dah dalam kepala ni. Cepatlah, nanti diorang lapar pula." Bebel Halilintar yang berada di bahagian dapur.

Manakala Gempa pula, berada di ruang tamu sambil bermain dengan ketiga kembarnya.

"Bubuh 8 sudu, dan airnya pula sukatannya 10 ikut liter yang ada kat botol susu tu ya? Air tu jangan panas sangat, kasi suam ya?" kata Gempa.

"Oke." sahut Halilintar.

"Kejap ya kesayangan mommy semua, tunggu daddy kamu buatkan susu ya?"

Pipi ketiga anaknya dikucup sayang. Gempa merenung wajah anaknya. Teliti dia menilik wajah ketiga anak kembarnya. Dia tersenyum.

"Kalau sekilas pandang, wajah mereka amat mirip dengan kami. Walaupun lebih kepada daddynya."

"Apa yang kau bebelkan sesorang? Dah sawan?"

Jelingan maut Gempa berikan pada Halilintar yang entah bila masa sudah ada di sana. Lelaki itu dengan selamba melabuh duduk di sebelahnya, di tangan lelaki itu terdapat tiga botol susu yang dibancuh oleh si suami.

"Tak payah nak jeling bagai, nanti kau makin angau kat aku pula." kata Halilintar dengan nada perasan.

Gempa mencebik. "Eleh, pigidah!"

Hening seketika. Mereka berdua sibuk menyusukan ketiga si kembar mereka.

"Hm, Gem."

"Apa?"

"Kau masih ingat kata-kata kau dulu?"

Dahi Gempa mengerut. "Yang mana eh?"

"Kan haritu kau ada kata, kalau dah keluar yang ni kau nak buat adik untuk diorang pula. Mana janjimu.."

Dengan senyum nakal, Halilintar menyakat Gempa. Keningnya dijongket beberapa kali.

Wajah Gempa sudah berbahang merah. Dia menampar bahu Halilintar, sehinggalah si suami merintih pelan dengan gelakkan nakal.

"Tch! Sempat lagi eh?! Tunggu diorang besar lah dulu."

Halilintar mencebik. "Eleh, kalau ada rezeki mana boleh tolak. Tak baik okey. Kau kan dah janji Ouro, aku tunggu kedatangan kau untuk memintanya.."

Senyuman sinis dan nakal bermain dibibir Halilintar. Suka dia melihat wajah Gempa yang memerah dan salah tingkah kerana dirinya.

"Dasar miang!" protes Gempa sambil memukul lengan Halilintar. Merah padam mukanya dibuatnya.

Halilintar hanya terkekek.

"Heyy, kau cakap untuk diri sendiri ke tu? Bukan kau ke yang miang? Miang macam ulat belucas yang nak mengawan."

Puk! Lengan Halilintar kembali mendapat habuan daripada Gempa

"Adoi!" dan chup!

Pipi Gempa mendapat ciuman singkat daripada Halilintar. Gempa terpempan dengan wajah menunduk malu.

"Baru adilkan sayang?"

"Whatever!"










Tbc...

TvT...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now