Part 6

1.6K 134 12
                                    

"Linlin nak ke mana malam-malam ni? Awak tu kan baru aje sembuh dari demam, dah nak merayap? Tak boleh!"

Gempa mengikut langkah Halilintar yang laju semacam menuju ke pintu utama rumah. Sebelum lelaki itu sempat memegang tombol pintu, Gempa menghalang dengan berdiri di hadapan pintu sambil mendepakan tangan.

"Ishh kau ni! Sibuk aje lah kau ni, tepi! Aku ada urusan ni." kata Halilintar dengan wajah bengangnya.

"Tapi awak kan baru aje.."

"Aku dah sihat. Dah tepi."

"Okay! Awak boleh pergi tapi saya ikut!"

"Apasal pula?"

"Alah... Isteri kan harus sentiasa berada di sisi suami apa jua keadaan sekali pun. Boleh eh?"

"Tak boleh! Tak semestinya 24 jam kau nak berkepit dengan aku. Aku pun nak privasi juga, dahlah aku dah lambat ni. Layan kau sampai tahun depan tak sudah."

Halilintar mencuba untuk menolak tubuh Gempa yang menghalanginya, namun lelaki itu mengeraskan tubuh sambil memeluk pintu rumah.

"No, no, no.."

Dengusan sebal keluar dari belah bibir Halilintar. Bengang dengan tingkah kebudakan isterinya.

"Budak ni.." kerana bengang, Halilintar mengangkat tubuh Gempa seperti karung beras. Terpekik Gempa dibuatnya dengan tindakan spontan suaminya itu.

"Turunkan saya Linlin!!" Gempa meronta meminta turun. Belakang tubuh lelaki itu dipukulnya.

Tanpa perasaan, Halilintar menghumban Gempa di atas sofa. Dia melarikan mata bila baju kemeja yang Gempa kenakan tersingkap ke atas. Hampir sahaja.. Ehem..

"Duduk situ diam-diam." Halilintar bercekak pinggang sambil menatap ke arah Gempa semula, tapi dia hanya merenung tepat ke mata Gempa. Tak nak pandang bawah..

"Alahhh, nak ikut.. bolehlah hm? Hm?" Gempa membuat muka comel, matanya dikedip-kedip.

"Tch!" Halilintar berbalik, malas melayan si genit itu. Dia sudah lambat mahu jumpa seseorang, dari kliennya.

Halilintar berbalik bila berasa yang Gempa mengikuti langkahnya.

"Aku kata tak boleh kan? Degil betullah kau ni." Marah Halilintar.

Gempa menghentak kakinya, tanda protes.

"Nak ikut!"

"Tch! Duduk diam-diam kat situ, jangan bergerak walaupun seinci."

"Nak gerak juga."

Halilintar pejam mata, nafas berat dilepaskan. Lelah melayan karenah si isteri.

"Kau ni memang degil kan."

Halilintar menapak laju mendekati Gempa, lalu pinggang Gempa dirangkul dan bibir mungil nan merah itu dicium kasar. Melepaskan rasa geram.

Usai itu, dia melepaskan ciuman tersebut. Wajah terpegun Gempa dia tatap buat seketika sebelum berlalu pergi meninggalkan Gempa yang masih statik di tempatnya. Lelaki itu bagaikan jasad tanpa adanya roh. Terkaku habis.

"Maigad.."
















Tbc...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now