Special Chapter 9

792 82 17
                                    

Halilintar dan Gempa menikmati suasana malam di taman permainan. Hening menghiasi di antara mereka berdua sejak tiba di sana.

Hembusan angin malam yang dingin, membuatkan Gempa memeluk tubuh. Dia mengusap kedua lengannya.

Gempa tersentak apabila tubuhnya tiba-tiba sahaja dibalut dengan sesuatu, dia menoleh ke samping dan mengerling ke tubuhnya. Terdapat jaket merah yang membalut tubuhnya.

"Hali? Kenapa kasi jaket kau kat aku? Nanti kau sej.."

"Kau lebih memerlukan. Jangan banyak bunyi."

"B..baik."

Hening...

"Aku akan ke luar negara."

Mereka berdua saling bertatapan mata apabila mengucapkan ayat yang sama.

"Oh, kau pun akan ke luar negara? Bila kau bertolak?" soal Gempa.

"Hmmm, harini."

"Huh? Harini?"

"Ya, flight aku pukul 12 malam nanti."

"Oh.."

"Kau?"

Halilintar merenung wajah Gempa yang sedang menunduk sambil bermain dengan jari-jemarinya.

"Esok malam."

Hening...

"Halilintar.."

"Hm?"

Mereka saling beradu mata. Gempa dengan ragu-ragu, menyentuh pipi Halilintar.

Halilintar terkesima dengan sentuhan tangan dingin Gempa pada pipinya, namun dia tidak bereaksi. Dia menunggu apa yang hendak di sampaikan oleh lelaki mungil itu.

"Janji dengan aku yang kau tak akan bukakan hati kau pada sesiapa. Boleh?"

"Kenapa pula?"

"Please janji?"

Halilintar diam, anak mata merahnya merenung wajah memohon Gempa dalam-dalam.

"Aku tak akan bukakan hati aku pada sesiapa, sebab dalam hati aku dah terpacak satu nama."

Terdiam Gempa sejenak, terkebil-kebil dia memandang Halilintar. Dia tergelak canggung.

"Kau.. dah ada seseorang yang disukai?" tanya Gempa dengan lirih. Bibirnya bergetar. Perit perasaannya apabila mendapat tahu orang yang dia sukai selama ini, sudah mempunyai rasa pada orang lain. Tak sangka hati Halilintar sudah dimiliki oleh orang lain.

Halilintar perasan akan perubahan Gempa, namun dia hanya mendiamkan diri.

"Ya, kau tak nak tau siapa orang yang aku suka?"

"A..aku rasa tak per..."

Chup!

Gempa terkedu dengan mata membulat, tubuhnya terus mati rasa apabila bibirnya dicium Halilintar.

"Hali..?"

"Kau. Kau orang yang aku suka Gempa."








Tbc..

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now