Part 20

1.7K 130 33
                                    

"Tahniah, anda positif hamil. Usia kandungan tuan sudah masuk sekitar seminggu lebih."

Doktor itu menyuakan tangan untuk berjabat dengan Gempa.

Gempa masih blur, namun dia tetap menyambut jua tangan doktor lelaki itu.

"Betul ke ni doktor? Doktor tak tipu kan?"

Doktor tersebut tersenyum manis, kepalanya diangguk.

"Ya. Saya tak tipu. Ni kertas result keatas tuan tadi."

Gempa menyambut huluran kertas A4 yang disua oleh doktor itu.

Gempa tersenyum lebar, kerana terlampau gembira akan kehamilannya, dia dengan spontan menepuk meja kerja doktor itu.

"Yes!!"

Doktor lelaki itu sedikit tersentak dengan tindakan Gempa barusan, namun dia hanya tersenyum.

"Kalau macam tu, saya pergi dulu doktor. Terima kasih!"

"Masama, sudah kerja saya. Sekali lagi tahniah ya, harap suami awak gembira akan berita tersebut."

"Hmmm!"

•••••

Dengan riang dan tidak sabar, Gempa melangkah menuju ke pejabat suaminya.

Setiba di hadapan pintu pengarah syarikat Kingdom HG's Holding, Gempa terus menolak pintu kayu jati itu yang tidak terkatup rapat.

"Linlin, I'm com.." ucapan Gempa termati begitu sahaja apabila anak matanya melihat pemandangan yang kurang indah dan membuat hatinya terasa seperti mahu terbakar.

Tajam anak matanya merenung perempuan yang bernama Ermi, perempuan itu sedang berdiri di belakang kerusi yang diduduki Halilintar dan tangan perempuan lintah itu merayap di bahu Halilintar seolah sedang memberi perkhidmatan mengurut walaupun sudah beberapa kali Halilintar menepis dan menyuruh si Ermi itu berhenti dari mengganggunya namun sepertinya perempuan itu tidak makan saman. Makin genit adalah!

Macam kau!

Mereka berdua masih tidak sedar akan kehadiran Gempa di situ.

Gempa meramas sampul surat yang dia pegang itu kuat seolah melepaskan rasa berang. Dia mengerling pasu bunga yang berada di atas meja kecil di sebelahnya, tanpa menunggu lama dia menolak pasu bunga itu hingga jatuh berderai ke atas lantai.

Bunyian yang membingitkan telinga itu, mengejutkan dua manusia itu. Laju kepala mereka memandang pada asal bunyi pecahan itu.

Halilintar hanya memandang Gempa datar, manakala Ermi sudah menggelabah apatah lagi mendapat renungan membunuh daripada isteri bosnya.

"Gempa, kenapa pergi pecahkan pasu tu? Tak ada benda lain ke nak pecahkan?"

"Ada! Gem rasa nak pecahkan muka pompuan tak sedar diri tu. Dah tau yang bos dia dah ada isteri, tapi masih lagi sibuk nak ambil kesempatan ke atas suami orang. Nilah tanda-tanda awal virus corona nak menyebar. Dasar pemusnah hubungan rumahtangga orang. Baik kau bla ulat lintah, sebelum kau jadi macam pasu bunga tu."

















Tbc....

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now