Special Chapter 6

807 80 14
                                    

Sudah dua jam lebih, Halilintar menunggu Gempa untuk sedar daripada pengsan. Waktu persekolahan telah pun habis setengah jam yang lalu bahkan dia harus ponteng kelas. Kini dia jadi pak sanggup dengan menemani Gempa yang terbaring di atas katil yang ada di bilik sakit sekolah.

Salah dia juga kan? Buat anak orang pengsan lagi.

"Sampai bila mamat ni nak pengsan? Nak jadi macam apa dalam cite, entah cite apa aku lupa pula. Yang kena cium dulu baru sedar? Tsk.. Menyusahkan."

Halilintar berpeluk tubuh, anak mata merahnya merenung wajah Gempa. Dia yang dari tadi duduk di tepi tingkap bilik sakit, terus bangun dan menuju ke arah katil.

Punggungnya dihenyak dibirai katil yang sedang dihuni oleh Gempa. Dia memandang raut wajah Gempa dengan penuh teliti. Dia mendekatkan wajah pada Gempa. Dia tenung wajah itu dari jarak yang dekat.

Tatapan matanya terpaku pada bibir mungil Gempa yang merah delima itu.

"Kalau aku cium dia bangun tak? Macam dalam drama tu? Hmmm?"

Halilintar mencuba nasibnya, dia tidak mahu menginap di sekolah disebabkan Gempa yang masih tiada tanda-tanda hendak bangun dari tidur lenanya.

"Try ah, mana tau menjadi."

Halilintar makin menghapuskan jarak wajah mereka, sehinggalah bibirnya bersentuhan dengan bibir Gempa yang tampak begitu lembut sekali.

Manis.

Baru sahaja dia mahu makan lebih dalam bibir itu, dia dikejutkan dengan kelopak mata Gempa yang tiba-tiba sahaja terbuka dan pandangan mata mereka bertaut lama sehinggalah jeritan daripada dua manusia itu terdengar bahkan ada yang melatah.

"Arghh!!!"

"Opocot mayat hidup menjerit!! Kubur mana kubur? Aku nak gali kubur! Dasar mayat hidup tak bertauliah!"

Di luar sedar Halilintar, menunjal-nunjal hidung Gempa sehingga menjadi lempeng.

"Woii! Sakitlah!"

Gempa menepis tangan Halilintar yang setia menunjal hidung comelnya.

Halilintar tersedar, dia merengus kesal.

"Kau ni! Sekarang baru nak bangun? Asal kau tak bangun tahun depan terus? Senang nak gali kubur terus. Menyusahkan. Kena cium baru bangun. Kau ingat ni citer cinderella ke apa? Dasar bodoh!"

Halilintar membebel bahkan perbuatannya tadi, habis tersasul keluar.

Mata Gempa membulat. Merah padam wajah Gempa jadinya.

"A..apa? Kau cium aku tadi?"

Terdiam dan terkaku Halilintar dibuatnya. Mulutnya ditekup dan membuang wajah ke arah lain. Dia merengus sejenak, setelah itu dia bingkas bangun dan buka langkah untuk pergi.

"Bi..bila masa? Kau salah dengarlah bodoh. Tch! Baik aku balik. Buang masa aje tunggu orang gila macam kau."

Terkebil-kebil mata Gempa, dia memandang Halilintar yang sudah keluar dari bilik sakit dengan telinga merah.

"Halilintar tunggu!"














Tbc...

Heyoo ada yang rindu? Sorry lama menyepi... Hshshshshs 🤣

Kbai! 😘

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now