Part 12

1.7K 121 8
                                    

Jarum jam terus berdetak, Halilintar mengerling ke arah jam. Sudah masuk pukul 10 malam.

Baju t-shirt hitam yang ia kenakan, dibetulkan sedikit sebelum dia berlalu keluar bilik. Dia menuju ke bilik si isteri.

Tanpa mengetuk, dia terus menceroboh masuk. Anak matanya jatuh pada Gempa yang sudah nyenyak di buai mimpi.

Kakinya digorak mendekati katil Gempa, dia berdiri di samping katil. Tubuhnya dibongkokkan sedikit. Wajah lena Gempa ditenung sejenak. Elusan diberikan pada pipi tembam itu sebelum dia menepuk perlahan.

"Oit bangun mangkuk."

Tiada respon dari Gempa, buatkan Halilintar hela nafas. Pipi itu ditepuk, dicubit dan digomolnya. Dia ulang benda itu sampailah Gempa bangun kerana tidurnya di ganggu.

"Apa ni, nak tido pun tak senang. Jangan kacau lah."

"Ikut aku!" tanpa menunggu dan melayan rengekan Gempa, dia terus mengangkat tubuh Gempa buatkan sang isteri terpekik kaget.

Segar terus mata Gempa. Dia pandang wajah Halilintar dengan mata terkebil-kebil. Suaminya dah kenapa?

"Eh?! Kenapa ni?! Awak nak culik saya ke?!"

"Diamlah, nanti kau tahu."

Gempa kemam bibir. Sebal. Dia diam sambil membiarkan Halilintar membawanya, ke mana sahaja lelaki itu mahu. Dahi Gempa berkerut bila lelaki itu menuju ke pintu utama rumah.

"Awak nak bawa saya ke mana malam-malam ni?" soal Gempa kehairanan.

Halilintar tidak menjawab, malah dia menurunkan Gempa dari dukungannya. Wajah bingung isterinya, dia pandang.

"Pejam mata."

"Ha? Nak buat apa?"

"Pejam ajelah mata."

Wajah Gempa cemberut bila mendengar suara tegas Halilintar. Dia terus pejam matanya dengan protes.

"Sudah! Sekarang apa?"

"Diam ajelah."

Halilintar membuka pintu utama rumah, tangan Gempa dipimpin. Dia membawa Gempa ke bahagian tepi rumah, tempat di mana kolam renang berada.

Dia berhenti dan diikuti oleh Gempa. Halilintar melepaskan genggamannya pada tangan Gempa dan berganjak ke arah sesuatu.

"Linlin? Awak ke mana? Dah boleh buka belum mata ni?"

"Bukalah."

Sesuai dengan arahan yang diberikan, Gempa membuka kelopak matanya yang dipejam itu. Wajahnya pada mulanya bingung sebelum dia perasan akan sesuatu. Dia terkedu dengan pemandangan dihadapannya.

Di hadapannya, terdapat sebuah meja makan bulat yang di hiasi oleh lampu berwarna-warni. Di tengah meja itu, terhias lilin berbentuk hati. Dan juga sebiji kek coklat tiramisu dengan hiasan buah-buahan. Di dada kek itu terdapat nama dan umurnya. Dua pinggan spagetti berserta dua gelas jus tembikai turut ada di atas meja itu

Di pinggir kolam pula terhias taburan bunga mawar berserta lampu kecil. Membuatkan suasana menjadi lebih romantik.

Pandangan mata Gempa jatuh pada Halilintar yang sedari tadi memandang ke arahnya.

"Kau suka? Maaf kalau simple, aku tahu aku tak romantik."

Gempa menggeleng kepala, dia tersenyum manis seraya menapak mendekati Halilintar yang berdiri di tepi meja makan itu. Tubuh tegap suaminya dipeluk.

"Thanks. Mungkin bagi awak ianya tidak romantik, tapi bagi saya. Semua ni sudah terlebih romantik. Thanks again my husband, sebab dah sanggup buat semua ni untuk saya. Sayang awak."

Halilintar tersenyum kecil. Dia memegang wajah Gempa. Mata Gempa ditenungnya dalam-dalam. Wajah itu makin comel bila disimbahi cahaya bulan.

"Happy birthday Ouro."

Gempa tersenyum gembira, tangannya dilingkarkan pada leher Halilintar.

"Hm!"

Gempa pejam mata bila Halilintar mendekatkan wajah ke arahnya, seolah tahu apa yang mahu lelaki itu buat.

Bibir mereka bertaut mesra. Perlahan Halilintar mengerakkan bibirnya ke atas bibir Gempa. Dilumat dan dihisap.

Gempa membalas ciuman tersebut walaupun berantakan. Dia mahu menikmati momen manisnya dengan Halilintar. Bila lagi lelaki itu mahu berbuat begini padanya kan? Sangat jarang dan payah.

"Jom makan."

"Sure."



















Tbc....

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now