Part 33

1.3K 108 17
                                    

"Ucapkan satu kata, sayang Gempa."

"Tu bukannya satu kata, tapi dua bongok. Benci."

Rengusan sebal keluar dari mulut Gempa, jelingan maut diberikan pada Halilintar.

"Tak payah nak jeling-jeling lah, kang juling biji mata tu baru tau." sindir Halilintar. Sengaja cari gaduh dengan isterinya.

"Kedekut! Cakap ajelah, sayang Gempa! Apa susahnya?"

"Benci Gempa."

Bibir diketap, wajahnya masam mencuka seperti baru sahaja minum cuka.

Halilintar hanya mengerling, lalu pandangan matanya di jatuhkan pada televisyen yang menayangkan cerita korea. Dia kurang meminati drama korea, namun dipaksakan diri juga untuk tengok sebab orang kat sebelahnya ini hantu kpop.

"Gem tengok tu, hero kau dah keluar."

Laju kepala Gempa memandang ke kaca TV yang menayangkan cerita korea kegemarannya.

Cup!

"But, I'm your real hero not him."

Gempa simpan senyum apabila pipinya dicium oleh Halilintar. Hatinya bertempik girang, namun dia menahannya. Wajah tidak perasaan di tayang, sengaja mahu menduga suaminya yang tsundere nak mampus itu.

"Apa tak dengar lah, boleh ulang?"

"Aku tak sangka yang aku ada isteri pekak badak.. Auch!!"

Halilintar meringis kesakitan apabila lengannya diketip oleh jari jemari ketam milik Gempa. Sakit woy!

"Padan muka, biadab lagi!"

•••••

Keesokkan harinya..

Ting! Tong!

Bunyi loceng rumah ditekan membuatkan Gempa yang kebetulan sedang mengemas apa yang patut di ruang tamu terhenti daripada aktivitinya.

"I'm coming!"

Gempa bergegas menuju ke pintu utama rumah.

"Siapa ya?"

Saat pintu rumah dibuka, pandangan matanya jatuh pada seorang perempuan yang berdiri di hadapan rumahnya. Dahinya mengerut, untuk mengenalpasti orang di depan matanya ini.

"You tak kenal I Gem? I ni kawan you dari oversea, tempat you belajar dulu. Ingat? I'm Vivi."

Gempa mengerutkan dahi, cuba untuk mengingat kembali. Apakah dia ada kawan perempuan semasa dia belajar di luar negara? Vivi..?

Mata Gempa membulat apabila mengingat kembali. Dia tersenyum.

"Vivi! Kau rupanya, aku ingat siapalah tadi. Sorry aku tak dapat mengencam kau. Kau nampak lain lah daripada dulu."

Vivi ketawa kecil. "Biasalah, kan lepas tamat aje pengajian kita lost contact."

"A'ah lah. Habistu macam mana kau boleh tau aku kat sini? And bila kau balik sini?"

Gempa bertanya, sambil memandang kawannya itu atas dan bawah. Perempuan itu sudah banyak berubah.

"Aku tau dari kawan kita yang lain dan aku ada kat sini dah beberapa bulan. Ohya aku dengar cerita yang kau dah kahwin, tahniah ya?" kata Vivi dengan senyum manis.

"Yup, terima kasih. Ohya, jemputlah masuk." ujar Gempa seraya mempersilakan kawannya untuk masuk ke dalam rumah.

"Itu yang aku tunggu."

Mereka berdua ketawa.

"Ohiya, mana suami kau? Kerja ke?"

"Ya, mestilah kerja. Petang karang nanti balik lah, nanti aku kenalkan kau dengan si pengarang jantung aku tu."












Tbc...

Huehue... Ada sudah mai.. 😏

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now