Part 16

1.6K 132 18
                                    

"Kenapa kau tak bawa kereta kau sendiri ha? Kereta ada, buat hiasan kat rumah?"

Halilintar menghidupkan enjin kereta lalu dia memandu kereta keluar dari kawasan syarikatnya. Gempa di sebelahnya, dikerling sekilas.

"Biarlah, saja nak balik dengan suami tercinta. Boleh berdua-duaan." kata Gempa selamba.

Bebola mata Halilintar terguling ke atas, mendengar jawapan kurang bernas dari Gempa.

"Tu aje yang kau fikir, kat rumah boleh aje kan?" sindir Halilintar.

"Kat rumah lain, nanti ada orang ketiga."

"Siapa?"

"Setan lah. Kalau kita berduaan, adalah makhluk tak kasat mata tu nak hasut dan berbisik suruh buat projek rumahtangga."

Gempa gelak terbahak-bahak apabila Halilintar sudah tarik muka ketat. Tahu lah lelaki itu tengah berang dengannya. Tahunya nak loya buruk sahaja.

"Cetek akal, otak tu tak boleh kuning lagi ke? Tak padan dengan mata kuning, otak pun dah kuning. Ada juga yang nangis karang." marah Halilintar. Sempat tangannya meluku kepala Gempa.

Gempa meringis dalam tawanya. Dia mengusap kepalanya. Sakitlah juga.

"Dasar Mr. Linlin Tsundere.." omel Gempa, dia berpaling ke samping. Menghadap ke arah cermin tingkap kereta, melihat suasana di luar sana.

Keadaan jalan pada petang itu sedikit sesat.

Anak mata Gempa jatuh pada gerai yang menjual di tepi jalan. Gerai buah-buahan.

"Linlin!! Berhenti kat gerai tu, saya nak beli durian lah. Sedapnya.." Gempa mengoyang lengan Halilintar sambil menunjuk ke arah gerai yang menarik perhatiannya.

"Ishh! Kau ni, agak-agak lah. Aku tengah bawa kereta kot, bahaya tau tak? Cuba sabar sikit, lempang kang." Marah Halilintar. Sedikit lagi kereta yang dia pandu mahu mencium kereta di hadapannya.

"Sorry.." Gempa memohon maaf. Salah dia juga, nak buat perangai tak kena dengan tempat dan keadaan. Jadi, redha lah kena marah dengan Halilintar.

"Sorry, sorry. Naik lori lah."

"Hahaha, Linlin dah pandai buat lawak lah. Hahahanat.." Gempa gelak, yang kedengaran agak sumbang seperti dibuat-buat dan mengejek.

Halilintar hanya menjeling. Dia memberi signal ke kiri. Dia memarkirkan kereta di hadapan gerai yang ditunjuk oleh Gempa seketika tadi.

"Dah pergi sana."

"Jomlah turun sekali."

"Tch! Fine."

Mereka berdua keluar dari perut kereta dan menuju ke arah gerai yang menjual buah-buahan.

"Nak beli apa dik? Macam-macam buah terjual di sini."  ujar seorang pakcik yang menjual di sana. Dia tersenyum ramah dan dibalas oleh kedua pasangan suami isteri itu.

"Pakcik, saya nak 10 biji buah durian. Hmmm, nak buah mangga 1 kilo. Rambutan juga eh?"

"Baik."

Halilintar memandang Gempa dengan mata membulat, manakala Gempa hanya pasang wajah selamba.

"Kau ni biar betul? Siapa nak habiskan, kita berdua aje yang ada kat rumah tu kau dah gila? Membazir tau tak kalau tak habis." kata Halilintar.

"Ishh, saya yang habiskan. Awak jangan risaulah. Tak akan membazir punya." balas Gempa seadanya.

Kepala Halilintar tergeleng pasrah.

"Berapa pakcik?" soal Gempa, tangannya menyeluk poket seluar mahu mengeluarkan dompet.

"Rm120 dik."

"Nah pakcik."

Baru sahaja Gempa mahu menghulurkan duit, Halilintar sudah mendahuluinya.

"Terima kasih, jual semuanya."

"Ya."

Gempa hanya pandang Halilintar dengan mata terkebil-kebil, tidak lama setelah itu dia tersenyum.

"Jom balik."

"Hm."

Gempa membantu Halilintar mengangkut plastik buahan yang mereka beli tadi ke dalam bonet kereta.

"Asal kau tak beli dengan kedai-kedai dia terus, senang kan?" kata Halilintar seraya menutup bonet.

"Perli nampak. Nanti saya suruh awak beli dengan kedai-kedai terus eh? Kenapa awak tak buka aje kedai buah-buahan? Boleh saya tolong habiskan."

"Bankrup lah macam tu. Gila kau ni."

Halilintar memberi jelingan maut pada Gempa, sengal punya isteri. Manakala Gempa sudah ketawa kecil, suka benar dia menyakat Halilintar.











Tbc...

Nak aku letak konflik tak? 😏

Tak apa konflik yang aku letak tak akan semenyakitkan seperti ff sebelah.

Mode jahat On! 😈

*lesap!

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now