127 : " OUR LAST PAGE "

1.6K 97 8
                                    

DUA TAHUN KEMUDIAN.

"HAZIQ, bangun nak oi, dah pukul berapa dah ni, Mama dah cakap kan semalam lepas subuh jangan tidur balik, nanti susah nak bangun,"

Sipi-sipi suara itu menyapa telinga Haziq. Entah apa yang dibebelkan Sharifah, tidak dapat ditangkap dengan baik oleh minda Haziq. Jelasnya, dia masih di alam lena. Padah menggatal mahu 'Video Call' dengan Haira sehingga lewat malam, sudahnya sekarang, mata terus berat!

"Bangun tak budaknya tu, Ifah?" Amir muncul di muka pintu, lengkap berpakaian kemas, mahu menghadiri pertandingan penting sebentar lagi.

"Entahnya ni bang, pengsan tak ingat dunia! Penat nak mengejut," sempat Sharifah menampar geram belakang badan si anak yang masih terbungkang itu.

"Hmmm..," kerutan di dahi Haziq muncul, sedikit sakit dengan pukulan ibunya.

Baru Amir mahu membuka mulut, bunyi telefon Haziq kedengaran.

"Sayang?" dahi Sharifah berkerut saat melihat skrin telefon Haziq. Amir sudah tersenyum lucu.

'Dang! Kemetot!' Haziq tersedar. Bingkas dia bangun dari lena.

"Ma!" telefon di tangan Sharifah diambil kalut, wajahnya sudah memerah.

"Amboi anak awak tu, 'sayang' dia call, terus celik mata," Amir mengusik, memandang anaknya yang kelihatan serba salah sama ada mahu menjawab panggilan itu sekarang atau sebentar lagi.

Sharifah mencebik, "Elok lah tu, baru bangun. Mandi apa pun tidak, tahu-tahu SAYANG awak tu dah nak sampai sini dah," Sharifah bangun dari katil.

Membulat biji mata Haziq. "Sampai sini? Dia datang sini ke?"

Amir tertawa kecil, "Iya, Ziq. Papa suruh dia ke sini, nanti kita semua gerak saing ke sa--"

Terkebil pasangan suami isteri itu melihat Haziq yang sepantas kilat melompat turun dari katil. Dicapainya tuala dan terus menghilangkan diri dalam bilik mandi.

"Ten minutes!" jerit Haziq dari dalam bilik mandi.

Sharifah dan Amir saling berpandangan, keduanya tertawa lucu.

"Anak awak sungguh!" Sharifah melangkah keluar dari bilik.

"Eh, kita pulak yang kena?"

                                                                          *******

"MASA hanya berbaki tiga minit lagi, dan Malaysia hampir ke pintu kemenangan dengan kelebihan tiga mata di hadapan Singapura. Dan yeah itu dia! Bola telah berjaya berada di tangan pemain kebangsaan kita, Izzue Ammar! Pemuda tinggi lampai itu kini sedang membawa bola dengan lantunan rendah, mencari rakan seperjuangan yang..,"

Haira memejam rapat mata. Hati terasa seperti mahu meletup melihat permainan persahabatan yang semakin rancak antara dua negara berjiran, iaitu Malaysia dengan Singapura. Apatah lagi saat melihat jumlah masa yang hanya tinggal kurang dari seminit.

"Depan tu! Bawa ke depan kau tu, labu!" Haziq berdiri bersama bekas rakan-rakan seperjuangan abangnya sewaktu di KSJ dulu.

"Jaga oi! Ada labu mahu datang tu!" suara Chan Hao pula kedengaran.

"Belakang nak attack dooo, Ya ALLAH!" Sham mengenggam kuat bahu Haziq, geram dengan pemain-pemain Singapura yang lincah mahu mengunci pergerakan Izzue.

"Bangang ke semua nak attack dia!" Amril turut melepaskan geram di sebalik suara-suara penyokong yang gemuruh.

"Bertahan jelah, dah tinggal berapa saat je ni, kita nak menang dah," Erizal memeluk tubuh, tenang namun turut berdebar.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now