113 : " FORGIVENESS "

795 76 7
                                    

"AH!" ALUNAN melodi Etude Op.10 No4 ciptaan pianist terkenal, Chopin spontan terhenti apabila Haziq menarik tangan kanannya dari key piano.

Haziq memeriksa ibu jari kanannya yang berbalut dengan handyplast. Dia kemudiannya mengeluh perlahan.

Hampir seminggu sudah berlalu. Dan selama hampir tujuh hari itu dia menghabiskan keseluruhan masanya dengan berlatih piano. Selama itu juga jarinya tidak berhenti 'berlari' pantas menekan key hitam dan putih piano itu dan kerana terlalu kerap berlatih, tanpa sengaja dia telah mencederakan ibu jari kanannya itu.

"What made you wanna join the competiton so bad?" satu suara yang menyapa dari pintu bilik membuatkan Haziq mengangkat kepalanya. Dia mengeluh lagi lalu kembali meletakkan jarinya pada posisi-posisi asal key tadi.

Elissa di muka pintu sudah mengeluh perlahan. Dia yang tadinya hanya bersandar di muka pintu mula memasuki bilik latihan tersebut lalu duduk di kerusi yang tersedia.

"Sejak bila rajin menyibuk hal aku ni? Ke kau tengah menghitung hari-hari 'kejatuhan musuh abadi' kau ni?" balas Haziq selamba.

Elissa tersenyum kecil lalu menggeleng perlahan. "You still the same Haziq as before,"

Haziq senyum sinis. Dia menoleh ke arah Elissa yang tenang memerhatikannya dengan senyuman kecil.

"Kenapa kalau aku masih sama?"

Elissa diam sejenak sebelum bangun lalu melangkah ke piano tidak berpenghuni yang berada di sebelah Haziq.

Elissa memandang key-key putih piano tersebut dengan senyuman. Perlahan-lahan tangan kanannya diletakkan di atas key tersebut.

"Well, I am just glad and thankful that you still the same Haziq that i knew for 7 years," kata Elissa tenang.

Haziq diam sejenak sebelum senyum kecil. "How's with your father? Dia masih tak nak stay dengan kau ke?"

Elissa memandang Haziq lalu menggeleng. "Dah banyak kali aku try pujuk dia, siap bawak daddy dengan mummy lagi. But still, he refuses it,"

Haziq menggeleng. "Haih, pak cik ni. Entah apalah ada kat kepala dia tu. Dia tak reti rasa sejuk ke tidur kat jalanan macam tu?" omel Haziq.

Elissa diam lagi lalu menunduk.

Haziq memandang Elissa. "Tapi syukurlah, keluarga angkat kau tu masih benarkan kau jumpa ayah kandung kau tu,"

Elissa tersenyum. "Hm, they are so nice. Daddy once told me, he said, no matter how bad my father is, he still my real father,"

Haziq mengangguk. Buat sejenak dia terdiam. Entah kenapa ingatannya melayang pada Amir dan Sharifah.

Ya, bukan semua keluarga angkat itu jahat. Bukan semua keluarga angkat itu cuba untuk pisahkan hubungan anak angkatnya dengan keluarga kandungnya sepertimana yang sering bermain di fikiran masyarakat kini.

Kerana, masih banyak keluarga angkat yang berhati mulia,

Contohnya seperti keluarga angkat Elissa ini, dan juga,

Mama dan Papa.

Elissa memandang Haziq yang seakan sedang termenung.

"Hey,"

Haziq menoleh.

"Thank you," ucap Elissa dengan senyuman.

Dahi Haziq berkerut. "Thank you?"

Elissa mengangguk. "Sebab sedarkan aku yang aku takkan pernah boleh pisahkan darah daging aku. Terima kasih sebab temukan aku dengan ayah kandung aku,"

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now