32 : " FALL "

1K 88 2
                                    

BUTANG alat kawalan jauh televisyen ditekan berulang kali dengan kuat. Hampir sahaja ia rosak dikerjakan Haira. Semuanya disebabkan ayat terakhir samseng gelandangan yang perasan kacak tu.

"Atau kau.., suka aku?"

"Ahaaaa...," Haira menjerit kuat dengan mimik muka hendak nangis.

"Allahuakhbar!" Harraz yang sedang menyikat rambut tanpa sengaja menjatuhkan sikatnya. Pantas dia memandang Haira melalui pintu bilik.

"That rude girl, yahaissh.., apa lagi masalah dia ni?!"

Perempuan kalau tak menyakitkan otak orang lelaki memang tak boleh, eh?

"Ahaaaa..,"

"Akak!"

"Hah?" Haira spontan menoleh ke belakang, memandang wajah tahan sabar adiknya yang sedang berdiri di muka pintu. 'Tangisannya' juga sudah berhenti.

"Akak ni kenapa? Asyik nak memekak je lah. Tengok tv tu diam-diam tak boleh ke? Agak-agaklah kalau nak feeling pun,"

Memekak? Eh? Bukan dia ke yang menyibuk kat rumah aku? Sukahati akulah nak memekak ke apa!

"Kau nak pergi mana ni? Merayap lagi?" Haira menukar topik. Ah biarlah. Dia nak kata kakak dia gila? Haa biarlah dia, biar. Kena sumpah jadi peti ais padan muka.

"Nak tolong Abang Haziq kemas rumah," beritahu Harraz lalu kembali menghilangkan diri ke bilik.

Mendengar sahaja nama Haziq, badan Haira terus menegak.

Lama dia diam. Kenapa?

Entah. Dia sendiri tak tahu.

Harraz pula kembali menjengahkan kepala apabila tidak menerima sebarang balasan dari Haira. Lah, jadi patung cendana balik dah?

"Kak,"

"Hm?" Haira tersedar.

"Akak nak ikut tak?"

"Ikut? Pergi mana?"

"Pergi hantar rombongan meminang anak bujang Pak Daud yang yang syok kat akak tu," jawab Harraz selamba.

"Oh, ok..," jawab Haira lalu tersedar. "Yah!"

Harraz ketawa besar.

"Alah, Raz nak pergi tolong kemas rumah Abang Ziq lah. Akak nak ikut tak?"

"Tak nak,"

"Betul ni? Tak menyesal, eh? Jangan nangis tau tinggal kat sini sorang-sorang,"

"Kau pergi sekarang! Pergi keluar!" dengan geram Haira membaling bantal comel yang ada di sebelahnya.

"Nak keluar lah ni. Alah, bising je mak nenek ni!" sempat Harraz mengusik kakaknya sebelum berlari laju ke luar rumah.

"Mak nenek.., kau adik tak guna!

Harraz pantas menutup pintu rumah lalu terkekek ketawa.

*******

SEPERTI yang dijanjikan, Izzue tiba di hadapan rumah Naufal tepat jam 2 petang. Mereka ingin menuju ke rumah Haira.

Sambil menunggu di dalam kereta, Izzue mengeluh perlahan. Kalau diikutkan hati, memang dia sangat tidak bersetuju untuk mengambil gadis itu sebagai pengurus pasukan.

Sebabnya? Sebab dia masih tidak percaya pada perempuan. Kehilangan Alif masih terkesan di hati hingga kini. Banyak kali Izzue cuba menjejaki rakan karibnya itu, namun sehingga kini dia masih tidak dapat menjumpai lelaki itu.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now