41 : " COME BACK "

900 89 2
                                    

JAM menunjukkan pukul 4 petang.

Semua pemain bola keranjang kini berada di gelanggang tertutup yang dikhaskan untuk latihan.

Gelanggang tertutup lebih besar berbanding gelanggang biasa, dan mempunyai banyak bakul jaring di setiap satu sudut untuk dijadikan latihan oleh para pemain.

Selain itu, gelanggang tertutup juga tidak mempunyai tempat duduk untuk penonton dan hanya dikhaskan untuk latihan sahaja.

"Haira, tolong ambilkan kon kecil yang susun kat stor tu," pinta Naufal yang sedang sibuk mencatat sesuatu di buku catatan.

"Baik, Coach."

Haira kemudiannya segera berlari anak ke stor yang menyimpan segala peralatan bola keranjang. Sempat dia membalas senyuman beberapa pemain yang tersenyum padanya.

Tiba di stor penyimpanan alatan, matanya mula meliar mencari kon kecil yang dimaksudkan Naufal.

"Hah, situ kau." Haira tersenyum kecil apabila peralatan yang dicari berjaya dijumpai.

Tapi..,

"Ah.., Ah!" terlompat-lompat Haira ingin mengambil kon yang diletak di atas rak yang tinggi.

Itulah masalah bila kau pendek!

Nafas mengah dihembus. Kedua tangan naik mencekak pinggang. Kaki pula melangkah dua tapak ke belakang lalu matanya memandang tinggi kon yang ada di atas rak.

Ok, Haira. Kau boleh buat ni. Lompat tinggi sikit je!

Haira kembali merapati rak.

Namun, baru sahaja dia ingin melompat, satu tubuh tinggi lampai berada di belakangnya lalu tangan yang panjang itu terus mencapai kon yang diingini.

Membulat besar biji mata Haira apabila menyedari keadaan mereka yang seperti 'dipeluk' dari belakang.

Jantung? Oh, itu dah lama dah berdegup luar kawalan.

Atau, mungkin kerana tubuhnya yang rendah membuatkan dia hampir 'tenggelam' apabila lelaki itu memanjangkan tangannya untuk mencapai kon tersebut. (fahamkan sendiri 😂)

'Pelukan' dilepaskan.

Haira pantas memandang wajah empunya tubuh di belakang apabila lelaki itu menunjukkan kon tersebut tepat di hadapan mata Haira, seperti ingin memberi kon tersebut padanya.

Shit.

It is Ketam Beku!

Of course, with his cold face.

"Kau memang sengaja buat macam ni ke apa?"

"Hah?" Haira blur.

"Tu," Izzue memuncungkan mulut ke arah sebuah bangku yang terselit di hujung sudut bilik.

"Kau boleh guna benda alah tu, kan?"

Haira terkebil.

Pulak! Macam mana kau holeh helok ada kat situ wahai Encik Bangku?!

"Ah.., tak.., saya tak perasan yang ada bangku kat situ..,"

Izzue tersenyum sinis sebelum menggeleng. "Kau ni sama macam si Jasmin tu. Suka ambil kesempatan. Kau sengaja biarkan pintu stor ni terbuka, supaya nanti adalah 'hero' yang akan tolong kau, kan?"

Haira memejamkan mata sesaat. Dia dah mula dah!

"Kalau betul pun macam tu, saya tak inginlah awak yang jadi 'heronya'!"

Kon diambil dari tangan Izzue dengan kasar.

"Thank you!" ucap Haira tidak ikhlas lalu terus melangkah keluar.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now