104 : " SWEET AND SOUR OF LIFE "

763 86 19
                                    

"ALRIGHT boys, food now is ready!" jerit Hafiz sambil memegang kipas yang digunakan untuk mengipas ayam panggang.

"Yeahhhh!"

"Cun!!"

"Give me some!"

"I want chicken wings!"

Tertawa kecil Haira melihat telatah mereka yang keanak-anakkan itu.

"Hoi, hoi," suara Naufal akhirnya menarik perhatian mereka.

"Apanya macam beruk pulak ni? Beraturlah elok-elok. Kang ada pulak kang yang kepala terpanggang kat atas pemanggang tu," kata Naufal sambil menggeleng.

Makin galak tawa Haira jadinya. Nuha yang sedang menyediakan pinggan di sebelah Haira hanya menggeleng bersama senyuman. Patutlah Naufal sayang sangat dengan mereka. Lihat sahajalah. Suka benar buat orang membebel.

"Hah ni pinggan plastik. Jangan buang sepah-sepah ya," kata Nuha.

"Baik bos!" jawab mereka serentak.

Haira memandang Izzue dan lelaki itu turut tersenyum kecil. Mereka berdua memgambil tugas untuk menghidangkan makanan kepada 'adik-adik' yang sedang beratur itu.

"Cutie! I nak kepak tau!" pinta Amril apabika tiba gilirannya. Bersinar-sinar matanya memandang bahagian kepak ayam kegemarannya itu.

Haira tertawa kecil. "Yelah, haa nah ambik dua ketul wings ni," kata Haira sambil meletakkan dua ketul kepak ayam di pinggan Amril.

"Cutie! I LOVE YOU SOOO MUCH!"

"Woi blah ah!" Serentak dengan itu, mereka yang berada di belakang Amril memprotes. Bengang dengan Amril yang melambatkan pergerakan mereka. Sudahlah masing-masing sedang kebuluran.

"Hak alah! Sabo ah! Ha iya aku blah, itupun nak marah. Eh tak lari lah ayam korang ni semua! Bye Cutie!" sempat juga Amril mengeyitkan mata pada Haira.

Haira hanya menggeleng bersama senyuman. Dia kemudiannya membantu Izzue membahagikan makanan yang ada.

Selesai membahagikan makanan, mereka mula mengambil tempat di atas tikar yang telah dibentangkan. Dingin malam itu terasa hangat dengan kehadiran unggun api yang berjaya dihidupkan oleh tiga orang labu, iaitu Danny, Amril dan Wei Zhao.

Gelak tawa menemani makan malam terakhir mereka di kem itu. Tidak kering gusi Haira dengan telatah-telatah Amril dan konco-konconya. Riuh suasana itu terhenti buat seketika apabila masing-masing sudah selesai makan.

"Okay, so semua dah kenyang kan?" soal Naufal sambil memandang anak-anak buanhnya yang sudah 'tersadai' di atas tikar.

"Haiya...saya mau mati liau..." kata-kata Wei Zhao mengundang tawa yang lain. Dia begitu kekenyangan kerana makan terlalu banyak.

"So, now kita akan lakukan aktiviti terakhir kita, which is call," Naufal berhenti seketika bersama senyuman.

Semua menanti dengan debar.

"Our Truth Feeling. Well, after what we have been through for these three days, i am sure, banyak pengajaran dan pengalaman yang korang semua dah dapat kutip kan? So, aktiviti ni bukan saja untuk korang luahkan apa yang korang rasa selama tiga hari ni, tapi segala masalah, segala rasa yang selama ni korang pendam, korang boleh luahkan. It's okay. Just make it tonight. Lepaskan semuanya malam ni. Kita cerita hari ni, kita tutup hari ni. Deal?"

Mereka memandang sesama sendiri sebelum tersenyum.

"DEAL!"

Haira diam sejenak. Wajah Izzue yang duduk bertentangan dengannya dipandang. Lelaki itu dengan tenang tersenyum lalu mengangguk.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now