25 : " SICK "

1.1K 87 1
                                    

DIANNE melangkah lemah memasuki bilik. Pandangan dihala pada Farah yang sudah 'berbungkus' dengan selimut. Satu keluhan lega dilepaskan. Nasib baik rakan sebiliknya itu sudah tidur.

Perlahan-lahan punggung dilabuhkan di kerusi meja belajar. Tangan kanan naik memicit kepala yang terasa pening. Mata dipejam. Kata-kata Miss Alice mula bermain di fikiran.

"Dee, saya memang tak tahu nak buat macam mana lagi dengan awak ni. Prestasi awak memang down sangat. Awak kenapa, Dee? Awak ada masalah ke? Kalau awak ada masalah, beritahu saya. Kalau saya boleh tolong, saya akan tolong. Lagipun awak atlet gimnastik terbaik KSJ. Sampai bila awak nak macam ni? Mana Dee yang dulu? Dee yang sentiasa bersemangat dan tak akan ulang kesalahan-kesalahan kecil ni semua. Where is she now?"

Jam loceng dikerling dan satu keluhan berat dilepaskan. Sepatutnya waktu begini dia sudah lena, namun tidak untuk malam ini.

Laci meja belajar ditarik. Sebotol pil dikeluarkan lalu dibuka. Namun saat pil tersebut ingin dituang ke tapak tangan, tingkahnya terhenti.

"Pil tidur ni tak elok kalau diambil selalu. Ia boleh memudaratkan kesihatan kalau awak menggunakannya terlalu kerap,"

Sekali lagi Dianne memejamkan mata. Botol itu kemudiannya ditutup lalu disimpan kembali dalam laci.

Wajah diraup. Kusut.

Kalau boleh, ingin sahaja dia lari dari segala kekusutan ini.

* * * * *

AFIQ berlegar-legar di bilik.. Sudah hampir 15 minit dia begitu. Matanya pula tidak lepas memandang jam di dinding.

"Ya Allah.., manalah si labu ni hoi! Kata nak balik sebelum pukul 11, ini dah 11.30 tapi batang hidung pun tak nampak.., Eii kalau depan mata, dah lama aku bacakan Yaasin. Biar dia taubat terus!" menyumpah-nyuman Afiq dengan bebelannya.

Tok! Tok!

Spontan Afiq pantas berlari ke arah muka pintu. Pintu biliknya dibuka dan..,

"Kenapa tak berbaris kat luar?" soal Ketua Asrama lengkap dengan muka ketatnya.

Oh God, I'm dead.

*******

IZZUE mengerling sekilas Afiq. Sejak mereka mula didenda tadi, Afiq hanya diam membisu. Bila ditanya, jawapan yang diberikan pasti acuh tak acuh.

Konon merajuk sebab kena denda lah tu. Macam perempuan!

"Oi," Izzue memanggil Afiq yang sedang sibuk mengutip sampah.

Erk  sibuk? Atau buat-buat sibuk?

Izzue mengeluh perlahan apabila Afiq tidak menjawab panggilannya. Payah betul dapat member hati perempuan ni.

"Sorry-lah, pasal aku kau pun kena denda sekali,"

Afiq mencebik, "Asal kau tak payah balik je terus? Haa, nanti bolehlah aku bagi alasan kat Ketua Asrama yang kau tu lupa jalan balik kolej!"

"Tsk, aku bukan sengaja, kan?"

"Tak sengaja konon. Apa hal yang penting sangat sampai kau TAK SENGAJA balik lambat, hah?"

Izzue diam. Mana tidaknya, sebabnya itu akan mengingatkannya pada Dianne.

"Hah apesal senyap?" jeling Afiq sambil mengutip sampah yang bersepah. "Aige..dah tak pasal-pasal aku jadi cleaner! Kejadah malam-malam buta kutip sampah satu kolej. Kalau kolej ni kecil tak apa, ini sebesar alam!"

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now