19 : " THIEF "

1.1K 99 0
                                    

HAZIQ memandang keadaan rumah comel yang penuh dengan kotak-kotak. Terkebil seketika, sebelum memandang Harraz yang sedang mengangkat kotak.

"Yah, ini stor ke reban ayam? Apesal bersepah sangat ni?" kening Haziq terjongket sebelah. Sesungguhnya, sudah tiga kali dia terbersin akibat alahan pada debu habuk yang tebal.

"Ini memang stor, bang. Cuma Akak saya tu dah lama tak jenguk stor ni. Tapi saya rasa kalau kita alihkan semua kotak dan barang yang tak guna ni, mesti akan nampak luas. Lagipun sesuailah untuk abang duduk sorang," Harraz meletakkan kotak yang diangkatnya di tempat asingan.

"Habis kakk kau tahu tak aku nak duduk sini?"

"Tak. Saya belum bagi tahu dia lagi," tenang Harraz menjawab, memegang pinggangnya yang terasa lenguh.

Haziq hanya memuncungkan mulut. Apa boleh buat, ini sahaja yang ada. Bedal sahajalah.

"Eh aku keluar kejap, nak tengok luar," beritahu Haziq. Harraz sekadar mengangguk.

Haziq memandang sekeliling. Langkah diteruskan menuju balkoni. Angin petang yang berlanggar dengan tubuh menerbitkan segarit senyuman. Inilah kelebihan tinggal di rooftop. Selain dapat melihat permandangan, dapat merasai kedamaian angin yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Pandangan dihala ke kanan. Muncul kerutan di dahi melihat jumlah pasu bunga yang tersusun memenuhi sudut balkoni tersebut. Bunganya juga kelihatan mekar dan kembang, menarik langkahnya menuju ke sudut balkoni yang dipenuhi dengan susunan pasu bunga bewarna-warni itu.

"Uwoah.., Nampak macam hari-hari disiram ni," Haziq menganalisi sambil membelek bunga-bunga tersebut. Cantik! memang sangat cantik!

"Jangan sentuh bunga tu!"

"Woah!" Haziq pantas menyambut pasu bunga ros yang hampir terjatuh dek tingkahnya yang terkejut. Nafas dihela lega apabila pasu berjaya diselamatkan. Muncul pula rasa bengang dengan pemilik suara yang tidak semenggah tadi.

"Oi tak guna! Kenapa kau tak jerit kuat-kuat sampai aku arwah sekali?" perli Haziq, geram pada Harraz yang tersengih jauh di muka pintu rumah.

"Haih.., pasal orang macam kaulah, orang boleh mati sebelum ajal!" Haziq lagi was meletakkan pasu bunga itu di tempat asalnya.

Harraz menggosok belakang leher. "Tak , saya bukan apa, bang. Tapi bunga-bunga tu semua akak saya yang jaga. Pantang nenek moyang dia kalau orang sentuh bunga-bunga dia tu semua,"

"Nenek moyang dia nenek moyang kau jugaklah sengal," Haziq menghampiri Harraz. Angin petang yang agak kuat itu membuatkan rambut mereka serabai ditiup angin.

"Anyway, aku suka bunga-bunga tu semua. Pandai akak kau ek? Letak bunga-bunga tu semua kat rooftop. Warna-warni bunga tu memang naikkan mood aku betul," puji Haziq bersama tangan kanan yang dicekak di pinggang.

Harraz ketawa sinis, "Geez, abang dengan akak sama je. Entah yang pelik-pelik je yang korang suka," kutuk Harraz selamba.

"Eh apa pulak yang pelik? Suka bunga tak pelik ok? Kau tu je yang pelik!"

"Eh! Saya tak pelik, bang. Saya lelaki sejati!Saya tak minat bunga-bunga ni semua,"

"Habis tu sekarang ni kau nak kata yang aku ni tak sejati lah ea?" pandangan bengang dihadiahkan buat Harraz.

Harraz pantas menggeleng. "Mana ada! Abang yang cakap sendiri,"

"Yahaish kau ni!" Haziq mengacah mahu menumbuk Harraz.

"Ah! bang, Saya main-main jelah!" Harraz menjauhkan sedikit dirinya dari Haziq.

"Main-main? Haa meh sini aku tunjukkan kau macam mana nak tumbuk orang yang suka main-main ni," Haziq perlahan-lahan mula merapati Harraz.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now