74 : " ANNUAL SPORTS DAY [ TEAMWORK ] "

706 79 4
                                    

KERETA mewah milik Amir berhenti di perkarangan KSJ. Pemandunya bingkas melangkah keluar dari kereta lalu membukakan pintu untuk majikannya itu.

Sharifah memandang sekitar kawasan KSJ yang besar dan meriah dengan pengunjung itu. Hari ini , buat kali pertamanya dia menjejakkan kaki ke kolej sukan yang langsung tidak pernah dilawatinya.

"Besar kan bang kolej ni ?" Sharifah memulakan bicara sambil tersenyum. Entah kenapa dia terasa bangga kerana anaknya menjadi salah seorang penuntut di kolej sukan yang moden dan berprestij itu.

Amir tersenyum sinis. "Yang awak senyum-senyum ni dah kenapa ? Bangga anak awak belajar kat kolej yang tak ada masa depan ni ?" Sempat lagi Amir menyatakan protesnya terhadap minat Izzue. Dia memang sangat tidak berkenan dengan bidang sukan yang padanya tiada masa depan.

Sharifah sudah menjeling langit. "Awak ni tak habis-habis kan dengan penyakit anti awak tu ? Cubalah buka sikit hati awak tu. Buka dan tengok betapa gembiranya diaorang ni semua. Saya pun memang tak setuju lah bila awak kata yang sukan ni tak ada masa depan. Awak tu cuba rajin sikit tengok berapa banyak orang yang berjaya dan terkenal sebab bidang sukan ni."

Amir tersenyum sinis. "Dah awak tak payah nak membebellah Ifah. Saya dah kata yang saya tak akan suka dengan bidang ni jadi awak tak payah nak hasut saya dengan benda merepek tu semua. Saya tetap dengan pendirian saya yang bidang sukan ni memang tak ada masa depan." Kata Amir sedikit tegas lantas terus mengatur langkah ke grandstand.

Sharifah mengeluh berat memandang suaminya yang sudah pun melabuhkan punggung di grandstand itu. Lantas , dia mengambil tempat di sebelah Amir.

"Tak apalah bang kalau awak nak teruskan penyakit anti awak tu. Teruskanlah penafian abang pada kebaikan bidang sukan ni. Saya tak kisah sebab kehadiran abang sekarang ni pun dah buat saya cukup bersyukur. At least saya tahu yang awak pun nak terbaik untuk kita tu." Ujar Sharifah tenang tanpa memandang Amir.

Amir memandang Sharifah. Dia ingin menafikan kata-kata isterinya itu namun entah kenapa mulutnya terasa seperti sukar untuk dibuka dan akhirnya dia kembali memandang hadapan. Ayat terakhir Sharifah kembali bermain di mindanya.

"At least saya tahu yang awak pun nak yang terbaik untuk anak kita tu."

Amir terdiam.

*******

"WEI Zhao , your number sengetlah. Let me help you fix it." Tertawa kecil Haira melihat tag nombor yang senget ditampal di belakang baju Wei Zhao itu.

"Hah ? Really ? Oh i cant see it when i paste it." Wei Zhao turut ikut tertawa sambil tangannya meraba-raba tag nombor di belakang baju.

"Tak apalah , sini saya betulkan."

"Oh , thank you." Wei Zhao kemudiannya menghampiri Haira lalu memusingkan badannya.

Haira dengan tenang menanggalkan tag nombor itu lalu melekatkannya kembali dengan tegak.

"Alright done." Beritahu Haira sambil tersenyum.

Wei Zhao terus menyentuh belakangnya lalu memandang Haira. "Thanks again ," Ucap Wei Zhao sambil mengenyitkan matanya pada Haira.

Haira buat muka pelik namun dia ikut tersenyum. "Welcome."

"Amacam ? Nervous tak ?" Soal Haira yang cuba berborak dengan apek tampan ini. Cuma sayangnya dia agak pendek.

"Eh mestilah nervous. I'm the first runner kan , tipulah kalau tak nervous. You tahu tak jantung I ni macam nak tercabut keluar ? Ni pun sekarang rasa macam mau kencing semua adalah." Beritahu Wei Zhao dengan wajah gementarnya.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now