96 : " LIFE LESSON "

695 74 4
                                    

HAIRA tersenyum melihat pemain-pemain bola keranjang yang begitu semangat dengan latihan mereka. Sesekali dia tertawa kecil apabila mereka mula berebut bola dan kemudiannya bergaduh seperti kanak-kanak kecil. Tidak lupa juga dia akan memberi tepukan kepada kedua-dua pasukan apabila mereka berjaya menjaringkan jaringan.

Namun itu hanya di luarannya sahaja. Jujur, jauh dalam sudut hati dan fikirannya, dia masih tidak dapat melupakan apa yang dilihatnya di hospital tadi.

Tapi kenapa dia harus rasa seperti ini?

Cemburu? Kecewa?

Untuk apa?

Haira yang duduk di tepi sudut lantai gelanggang mula memeluk kedua lututnya.

Suka? Aku suka Haziq?

Aku sahaja. Bagaimana dengan lelaki itu?

Dan aku sendiri yang katakan dengannya bahawa aku lebih selesa berkawan.

Walaupun dia masih tidak berkata apa-apa tentang perasaannya padaku, walaupun dia masih menganggap aku sebagai rakannya,

Namun aku tewas.

Aku sudah jatuh suka padanya.

Haira menyembamkan muka di dalam pelukan lututnya.

Sebab itulah...

Sebab itulah aku sangat tidak suka,

Tidak suka apabila perasaan kawan baik ini berubah seperti ini.

Kenapa...

Kenapa awak beri saya harapan?

*******

TEPAT jam 3.05 petang, Haziq tiba di perhentian terminal bas yang berdekatan dengan kawasan rumah Prof Harith Ng. Haziq bingkas mencapai beg silang comelnya lalu dipakai dengan keadaan beg itu disilangkan ke belakang badan.

Haziq melangkah turun dari bas lalu mula mengatur langkah ke pondok menunggu bas. Dia mengeluarkan kembali telefonnya.

Haziq :
Prof, I already in your area.

Seminit kemudian, mesejnya berbalas.

Prof Harith Ng :
Glad to know that. I am going to pick you up. Coming in 5 minutes. Bus Terminal right?

Haziq :
Yes, again, thanks prof.

Prof Harith Ng :
Well, it's not a big deal, dude.

Haziq tersenyum kecil. Prof ini memang baik orangnya. Bersungguh Haziq berkata dia akan pergi ke rumah prof itu dengan menaiki teksi, namun prof itu tetap mengatakan dia akan menjemput Haziq sendiri.

Haziq melabuhkan punggung di bangku pondok menunggu bas itu lalu memandang kenderaan yang bergerak laju melepasinya.

Sudah lama rasanya dia tidak melepak seperti ini. Kalau dulu, sewaktu dia digelar 'samseng gelandangan', inilah rutin hariannya.

Betapa masa mengubah segalanya.

Sedar tidak sedar, lima minit sudah pun berlalu. Seperti yang diberitahu Prof Harith, dia tiba tepat pada masa yang telah dijanjikan. Haziq pantas bangun apabila melihat sebuah kereta mewah berhenti di hadapannya.

Setelah memberhentikan kereta, pemandu Prof Harith terus keluar dari kereta lalu membukakan pintu untuk mempelawa Haziq masuk.

Haziq agak blur, segan juga ada. Namun dia tetap menundukkan kepalanya sebagai tanda terima kasih kepada pemandu itu.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now