122 : " LIFE "

864 85 13
                                    

SEORANG gadis tinggi lampai persis model, menarik bagasinya dan mengatur langkah menuju ke suatu tempat. Dengan selendang menutup ringan rambut coklat keperangan semula jadinya, dipadankan pula dengan cermin mata hitam persis model, membuatkan langkahnya menjadi perhatian orang awam di lapangan terbang tersebut.

Saat langkahnya semakin dekat dengan tempat yang dituju, matanya sudah menangkap kelibat jejaka tinggi lampai berbaju kemas T-shirt polo dan seluar jeans hitam mengikut bentuk kakinya yang panjang dan kurus. Kelihatan lelaki itu sedang ralit memerhatikan skrin telefonnya.

"Alif." tegur gadis itu.

Alif menoleh. Dia senyum kecil. "Tak perasan pulak you dah sampai,"

Gadis itu kemudiannya menanggalkan cermin mata yang dipakai, seraya menyerlahkan kebenaran yang diselindung di sebalik cermin mata tersebut.

Alif melepaskan keluhan perlahan. "Dah agak dah, you mesti 'kawan' dengan airmata you sejak you dengar berita pasal dia, Dee."

Dianne senyum lemah. Matanya yang bengkak itu sudah cukup jelas menunjukkan kesedihan yang dipendamnya.

"Macam mana dengan Izz?"

"I pun tak tahu sebab I tak melawat dia lagi. I sampai Malaysia malam semalam, badan letih sangat then terus check in hotel. So kalau you tak kisah, kita boleh terus pergi hospital?"

Dianne diam sejenak sebelum mengangguk.

It's been a while, Izzue Ammar.

*******

HAIRA dan Haziq melangkah keluar dari teksi setelah tiba di hospital yang menempatkan Lisa. Haira memandang Haziq di sebelahnya. Dia tahu lelaki sedang risau. Lantas Haira menyentuh lengan Haziq yang berlapik itu.

"She's gonna be fine,"

Haziq menoleh lalu mengangguk. Dia sudah menceritakan semuanya kepada Haira semasa mereka lepak di pangkin tadi. Dari bagaimana dia boleh kenal dengan Lisa, sehinggalah ke sebab mengapa dia meninggalkan Lisa buat sementara waktu. Tidak lupa juga, tentang 'kehilangan sementara' Lisa yang langsung tidak menghubunginya sejak dia meninggalkan gadis itu buat menumpukan latihan untuk pertandingan piano tempoh hari.

Haziq dan Haira memulakan langkah memasuki perkarangan hospital tersebut. Sememangnya Lisa dengan Izzue ditempatkan di hospital berlainan sementelah Izzue di hospital swasta dan Lisa sebaliknya.

"Awak ingat ke biliknya?" soal Haira yang pelik apabila Haziq terus melangkah ke lif tanpa bertanya di meja kaunter.

"Seminggu lebih je pun aku tinggalkan tempat ni, belum sempat nak nyanyuk lagi, pendek." jawab Haziq selamba.

Haira mencebik sebelum mengikut langkah Haziq memasuki lif.

Haziq baru ingin menekap butang tutup saat sebuah keluarga tiba di lif tersebut. Terkebil Haira dan Haziq melihat bilangan keluarga yang ramai itu memasuki lif.

"Maaf ya dik. Nasib baik sempat," tegur wanita berusia 30an itu.

Haziq mengangguk sopan bersama senyuman.

Lif menjadi semakin sempit. Lalu saat Haziq ingin menutup pintu itu, terdengar pula beberapa suara yang menghalang tingkahnya itu. Akhirnya, lif tersebut menjadi semakin padat. Haira yang bertubuh kecil molek itu sudah mula ada tanda 'tenggelam' di ruang yang maha sempit itu.

Haira semakin ke belakang, dan akhirnya dia tersandar di hujung sudut lif. Namun sesaat kemudian, Haziq muncul melalui selitan-selitan orang ramai. Sempat dia mengenyitkan mata kepada Haira sebelum diri membelakangi gadis kecil itu. Kedua tangannya didepakan, cuba menahan sebarang tolakan yang akan mengenai gadis kecil di belakangnya.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now