7 : " SILLY BROTHER "

2K 162 0
                                    

TUJUH TAHUN KEMUDIAN.

SINAR matahari yang mula menyinari kamarnya melalui celahan langsir mengejutkan Haira dari lena. Dengan mata separa terbuka, Haira bangun dari baringnya. Rambutnya yang kusut seperti Mus May itu digosok perlahan.

Haira menoleh ke meja sisi lalu menilik jam loceng. Jam sudah menunjukkan angka 8 pagi. Matanya yang terasa seperti mahu terpejam rapat segera dibesarkan. Dia pantas menggeleng lalu menepuk-nepuk pipinya dengan kedua tangannya.

"Brrrr.., Get yourself together, Haira! Kau kena cari kerja juga hari ni sampai dapat!"

PANG!

Haira tersentak. Dia pantas memandang pintu bliknya yang masih tertutup. Dahi Haira mula berkerut.

Apa benda pula yang bunyi tadi tu? Dia yakin bunyi itu datang dari arah dapur. Ia kedengaran seperti periuk terjatuh.

"Kucing ke?" soal Haira dengan kening terangkat sebelah. Namun sepantas itu juga dia menggeleng.

"Heish, aku mana ada bela kucing!"

Haira bingkas turun dari katil. Dia ingin memeriksa dari mana datangnya bunyi tadi. Langkah diatur perlahan mendekati pintu bilik lalu perlahan-lahan tombol biliknya dipulas. Tingkah mengintip dilakukan di sebalik pintu bilik.

Haira mengecilkan mataz Jantungnya mula berdegup laju saat matanya melihat sesusuk tubuh lelaki sedang terbongkok-bongkok di bawah kabinet dapur. Wajah lelaki misteri itu tidak dapat dicam dengan baik memandangkan lelaki itu membelakanginya.

Haira pantas menutup pintu dengan perlahan lalu menyandarkan tubuhnya di belakang pintu. Nafasnya mula laju. Fikirannya juga sudah mula buntu. Macam-macam perkara buruk yang difikirkannya.

Haira muka menelan air liur. "Apa hal ni? Macam mana dia boleh ada dalam rumah aku? Dia orang ke hantu?" Haira mula gelisah. Dia yakin tiada siapa yang boleh memasuki rumahnya memandangkan dia memasang kata laluan.

Haira terus mencapai penyapu yang berada di celah almari. Dia kemudiannya membuka pintu biliknya dengan berhati-hati tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Ternyata lelaki misteri yang tersesat itu masih lagi terbongkok-bongkok dan tidak lama selepas itu dia mencangkung. Haira yang sedang bersembunyi di sebalik dinding yang memisahkan dapur dengan ruang tamu, mula mengerutkan dahi.

Apa benda yang mamat misteri ni buat kat dapur aku sebenarnya?

Haira menghembus nafas perlahan sebelum perlahan-lahan menghampri lelaki yang sedang mencangkung membelakanginya.

Haira mula mengangkat penyapunya. Sempat dia memejamkan matanya sesaat lalu menghembus nafas perlahan. Dengan kiraan satu, dua dan tiga di dalam hati, dia terus memukul belakang badan lelaki itu dengan batang penyapu.

"Go die kau, pencuri!"

"Ah! Aduh! Aduh! Akak! Sakitlah!"

Spontan mata Haira yang tadinya dipejam terus terbuka. Dia panggil Haira apa tadi? A..akak?

Pantas Haira membuka matanya dan sepantas itu juga matanya membulat besar.

"Yah! Harraz! kau buat apa kat sini?! Bila kau sampai?" soal Haira dengan wajah terkejut beruk.

"Malam semalamlah.., Aduh.., Akak ni kenapa? Main pukul-pukul pulak! Sakitlah!" protes Harraz geram. Dia menyentuh belakang badannya yang terasa pedih.

"Oh, God!" Haira yang seakan baru tersedar terus mencampakkan penyapunya lalu mendapatkan Harraz.

"Eh Raz ok tak ni? So.., sorry. Akak tak sengaja." Haira mula gelisah. Mulalah dia terasa seperti ingin mengetuk kepalanya banyak kali. Kakak apalah Haira ni sampai adik sendiri pun tak boleh cam.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now