112 : " THE MEANING OF LOVE "

789 96 33
                                    

HAIRA menyusun dengan kemas segala dokumen yang telah diselesaikannya. Dia bangun dari duduknya lalu mencapai begnya.

"Coach, saya balik dulu ya? Dah lewat malam dah ni," pinta Haira.

Naufal yang juga sedang sibuk menonton video aksi pasukan lawan terus menrkan butang 'pause' lalu bangun dari duduknya.

"Hah ingat pun nak balik. Saya ingatkan awak nak tidur sini terus tadi. Khusyuk benar buat kerja sampai tak berani saya nak suruh awak berhenti," usik Naufal.

Namun memang gadis itu begitu khusyuk menyiapkan dokumen tersebut selama dua jam tadi. Gadis itu begitu tenang sehingga dia pula yang naik risau kerana sudah lewat malam.

Haira tersengih. "Mana tak khusyuknya kalau dah bilik coach ni 24 jam dengan air-cond dia. Tak ke nyaman saya buat kerja tu semua sampai tak ingat diri sendiri ada rumah," balas Haira berseloroh.

Naufal ketawa kecil. "Amboi, pandailah awak ya. Hah ni dah pukul 10 malam dah ni, biar saya hantar Haira balik ya? Bahaya awak balik sorang-sorang waktu macam ni," Naufal dengan murah hatinya menawarkan pertolongannya.

Haira pantas menggeleng. "Eh eh tak apa, coach. Allah haih, buat susah Coach je. Tak apa nanti saya call adik saya,"

"Ha betul ni?"

Haira ketawa kecil sebelum mengangguk. "Betul, coach. Biasa dia yang temankan saya balik,"

Naufal kemudiannya mengangguk tanda berpuas hati. "Baiklah kalau macam tu. Hati-hati balik. Kalau ada apa-apa beritahu ya,"

Haira membalas dengan senyuman. "Thanks coach. Saya minta diri dulu ya? Coach pun jangan lupa tidur awal. Esok ada game lagi,"

Naufal ketawa kecil. "Tolong ingatkan diri sendiri tu jugak ya Cik Haira,"

Haira ketawa lagi. "Alright, alright. Saya pergi dulu, assalammualaikum,"

"Wa'alaikummussalam," jawab Naufal.

Haira melangkah keluar dari bilik kecil Naufal itu lalu terus mengatur langkah ke pintu keluar gelanggang latihan. Sebaik sahaja dia membuka pintu tersebut, tubuh tinggi lampai Izzue sudah pun dengan tenang bersandar di tepi dinding.

"Izzue?" soal Haira yang terkejut dengan kehadiran kapten bola keranjang KSJ itu.

Izzue dengan tenang menegakkan tubuh dari sandarannnya.

"Lambat balik?"

"Oh..tak, tadi ada kerja sikit nak kena siapkan. Yang awak ni sejak bila tercegat depan pintu ni?" soal Haira dengan kening terangkat sebelah.

"Tak adalah lama sangat. 15 minit," jawab Izzue tanpa riak.

Hampir jatuh rahang Haira mendengar tempoh masa tersebut.

"15 minit? Eh lama tu. Awak tunggu saya ke?"

Izzue mengangguk. "Hm,"

"Dah tu kenapa tak chat je? Tak pun mesej ke call ke?" Haira pula yang jadi serba salah kerana membiarkan lelaki itu menunggunya selama itu.

"Aku tak bawak phone," jawab Izzue lagi tenang.

Haira menepuk dahi. "Dah tahu tak bawak phone tu kenapa tak masuk je lepak kat dalam? Ya Allah awak ni, suka buat orang serabutlah,"

Izzue diam sejenak sebelum tersenyum kecil.

"Haa senyum kenapa? Otak mereng?" boleh bengang Haira melayan si Izzue ini.

Izzue senyum lagi. "Tak ada apa. Cuma sekarang macam dah boleh faham dah kenapa samseng tu boleh 'geng' dengan kau,"

Makin berkerut kening Haira jadinya. "Hah? Samseng? Geng? Eh awak cakap apa ni? Siapa yang sam--"

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now