91 : " EFFORT "

625 79 6
                                    

LAMPU yang berada di meja sisi katil menerangi bilik yang gelap itu. Haziq yang sedang duduk di sofa, memandang Lisa yang masih lena.

Haziq bangun lalu melangkah merapati katil Lisa. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi lalu mula menilik wajah gadis bertudung itu dengan lebih dekat.

Wajahnya cengkung, pucat dan ianya sangat ketara. Sangat jauh beza dengan Lisa yang bekerja satu tempat dengannya beberapa bulan lalu.

"Kenapa kau tak pernah beritahu kitaorang? Kenapa kau simpan semua ni sorang-sorang?" perlahan suara Haziq memecah kesunyian malam itu.

Kata-kata Doktor tadi mula bermain di ingatannya.

"Macam mana dengan keadaan kawan saya tu, doktor?" soal Haziq sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di kerusi, berhadapan dengan doktor.

Doktor itu diam sesaat sebelum menjawab.

"Berapa lama awak kenal dengan kawan awak tu?"

Haziq berfikir seketika. "Dalam 7 tahun macam tu?"

"And selama tu dia ada tak tunjuk simptom yang pelik? Especially masa dia penat kerja?"

Haziq pantas mengangguk. "Ah ya, doktor. Ada-ada. Dua tahun terakhir dalam tempoh tujuh tahun tu, dia kerap muntah, cepat penat and selalu demam. Tapi dia dah biasa macam tu. Lepas ambik panadol ke ubat demam ke dia ok dah,"

Doktor itu mengeluh perlahan. Nampaknya betullah tekaannya.

"Ke..kenapa ni doktor?" Haziq mula risau apabila wajah doktor itu bertujar menjadi lebih serius.

"Dukacita saya beritahu, sebenarnya kawan awak sekarang ni sedang menghidap kanser pankreas, salah satu kanser yang digelar sebagai pembunuh senyap,"

Terdiam Haziq mendengarnya. "A..apa?"

"Dia dah lama tanggung penyakit ni, dan semua yang awak ceritakan tadi adalah tanda-tanda penyakit kanser pankreas ini,"

Haziq ketawa sinis lalu menggeleng pantas. "Doktor tipu. Doktor jangan main-main, ini melibatkan nyawa kawan saya tau,"

"Saya doktor. Doktor mana yang menipu tentang kanser?"

Haziq diam. Dia meraup wajahnya sebelum meramas kasar rambutnya.

"Argh!" Haziq menjerit geram.

Doktor itu hanya memerhatikan dwngan tenang. Dia audah biasa dengan reaksi seperti itu.

"Tapi kenapa dia tak pernah beritahu kami, doktor? Selama ni dia ok je! Ceria macam selalu! Kena marah pun tetap boleh senyum. How can doktor beritahu saya semua ni sedangkan dia langsung tak nampak macam orang yang tengah menderita sakit kanser?!"

"Awak dah dengar dengan jelas tadi, saya mention yang penyakit ni adalah pembunuh senyap. Sukar untuk tahu kehadirannya sehinggalah,"

Haziq memandang tepat doktor di hadapnnya. "Sehingga?"

Doktor itu menunduk. "Sehinggalah ianya merebak teruk. Ketumbuhan di pankreasnya semakin serius dan ia menjadikan rakan awak itu sedang menderita stage 4,"

Allah.

Lemah lutut Haziq.

"Dia..hanya menunggu hari,"

*******

SEPANJANG perjalanan, Haira dan Izzue hanya diam membisu. Hanya lagu-lagu di corong radio sahaja yang mengisi kesunyian di dalam kereta itu. Kenyataannya hanya tubuh mereka sahaja yang ada di situ namun tidak fikiran mereka.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now