111 : " RAINBOW'S HEAVEN "

736 94 17
                                    

14 OGOS 2018,
- HARI PERTAMA KEJOHANAN BOLA KERANJANG PERINGKAT NEGERI.

KESEMUA 14 pemain yang terpilih untuk mewakili KSJ mula memasuki gelanggang tertutup untuk menghadapi perlawanan pertama mereka.

Hasil cabutan semasa mensyuarat bersama Persatuan Bola Keranjang Malaysia tempoh hari, pasukan KSJ berada dalam Kumpulan A, bersama tiga pasukan dari negeri Perlis, Selangor dan Pulau Pinang.

Dan di hari pertama kejohanan ini, pasukan KSJ akan berlawan dengan pasukan dari Kumpulan B, iaitu pasukan bola keranjang dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Pasukan KSJ perlu memenangi perlawanan ini untuk mengumpul mata supaya dapat berada di kedudukan dua terbaik di dalam kumpulan A.

Sejurus sahaja pasukan KSJ memasuki gelanggang, suasana di gelanggang terus menjadi riuh. Kebanyakan penyokong yang hadir adalah atlet-atlet dari KSJ sendiri. Tersenyum lebar pemain-pemain bola keranjang KSJ dek rasa terharu dengan sokongan yangtidak disangka-sangka itu. Sempat mereka menuduk hormat sebagai tanda terima kasih kepada penyokong yang hadir.

Kelebihan buat KSJ yang menjadi tuan rumah selama seminggu ini, maka pasukan KSJ akan menggunakan gelanggang bola keranjang tertutup sebagai tempat rasmi mereka bermain sepanjang perlawanan berlangsung.

Selain perlawanan antara KSJ dan UPM, terdapat juga perlawanan antara wakil lain dari Kumpulan A dan wakil dari Kumpulan B. Namun perlawanan mereka akan berlangsung si gelanggang terbuka.

"Alright boys, come here," Naufal memanggil 14 anak-anak buahnya.

Lantas kesemua 14 pemain merapati Ketua Jurulatih mereka. Haira yang berdiri di sebelah Naufal terus menghulurkan fail strategi kepada Naufal.

"Ok boys, ini adalah perlawanan pertama kita. Macam yang aku dah beritahu pagi tadi, berdasarkan atas kertas dan kedudukan, kita memang ada kelebihan. Tapi aku tak nak korang fikir pasal tu. Buang pasal kelebihan tu semua sebab ini perlawanan sebenar. Apa-apa boleh berlaku dalam sukan. Keputusan kita pada hari ni adalah bergantung dengan 'kunci' dari korang semua, which is TEAMWORK,"

Haira mengangguk setuju bersama senyuman. Satu-persatu wajah pemain KSJ dipandang dan kesemuanya menunjukkan wajah keazaman untuk menang. Sekali lagi Haira tersenyum bangga.

"Untuk 5 first line up, aku nak korang banyakkan serangan. Kita kena kumpul mata sebanyak yang boleh before kita lancarkan taktik bertahan. Jadi untuk dua suku pertama ni, Amril and Chan Hao," Naufal kini menumpukan pandangan kepada dua lelaki itu yang menggalas posisi sebagai penyerang ( forward ).

Chan Hao dan Amril kini serius memandang jurulatih mereka.

"This is your time, man," sambung Naufal.

Lantas Chan Hao dan Amril saling berpandangan lalu tersenyum senget.

"As for Amril, kau sebagai small forward with your small body..,"

Lantas tawa tercetus dengan usikan selamba Naufal.

Amril memandang bengang kawan-kawannya. "Gelak apa alamak? Aku tahu ah aku pendek!"

"Woo sedar diri siot!" makin galak Danny, junior KSJ mengusik Amril.

"Eh kau budak!" Amril naik bengang, namun tindakannya itu hanya membuatkan tawa rakan-rakannya semakin menjadi.

Naufal hanya menggeleng manakala Haira sudah tertawa kecil. Amril ni memang sensitif benar dengan ketinggiannya.

"Alright, alright relax dude. Im just kidding. Maksud aku, kau kena gunakan tubuh badan kau tu sebagai kelebihan untuk perlawanan ni. Aku tahu kau lincah, laju so do that on game nanti. Kau faham maksud aku kan Ril?" soal Naufal tenang.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now