89 : " WHO IS SHE? "

689 77 28
                                    

HAZIQ tersenyum kecil apabila melihat Haira yang sudah 'sebati' dengan hoverboardnya. Walaupun pada mulanya dia mengalami sedikit kesukaran untuk mengawal kenderaan itu, namun akhirnya gadis ini dapat mengawalnya dengan baik.

Akhirnya? Minah kemetot jadi terlebih bahagia dengan hoverboard sampai lupa Haziq dah jauh ditinggalkannya di belakang.

Haira menoleh ke belakang. "Awak ni lambatlah, cepatlah sikit sini!" jerit Haira.

Haziq sudah buat muka tahap nak melempang Haira. Hantu betul. Dia yang laju tak ingat dunia lepastu nak salahkan orang. Eii minah pendek ni kang haa nasib sayang.

Eh?

"Geez, kau cakap aku lambat? Kau dah seronok dengan benda tu pastu tinggalkan aku sorang-sorang jauh kat belakang eh?" balas Haziq sambil melangkah ke kehadapan, mendekatkan jarak yang jauh antara mereka.

"Entah, tak tahu. Boleh jadi jugak awak yang sengaja jalan lambat macam kura-kura kan?" Haira buat muka tak bersalah.

"Yahh," Haziq mengetap gigi menahan geram.

Haira masih tenang dengan reaksi wajah selambanya. Tak apa, tak apa, dah biasa dah pun dengan angin ribut monsun ribut taufan manusia bernama Haziq ini.

"Ni kau ni sampai bila nak 'tanam anggur' kat rumah? Takde decide sama ada nak teruskan kerja as manager tu atau cari kerja lain?" Haziq cuba memulakan topik perbualan seraya mereka berdua mula berjalan bersama.

Haira mengeluh perlahan. "Entahlah. Tapi saya baru satu hari tak kerja, but rasa bosannya tu macam 10 tahun menganggur,"

Haziq ketawa kecil. "Geez, tu sebab kau tu jenis workholic. Gila kerja,"

Haira pandang Haziq dengan kening terangkat sebelah. "Mana awak tahu saya gila kerja?"

"Kau ingat Harraz tu function untuk jadi member cari pasal dengan aku je ke? Eh mestilah adik kau yang menjadi sumber maklumat aku," balas Haziq selamba.

Haira menepuk dahi. Ah, sudah dapat adik mulut tak boleh kunci ni.

"Kau tahu apa yang Harraz beritahu aku pasal kau?" soal Haziq tenang sambil memandang hadapan.

"Hah apa dia?" sempat Haira berdoa agar bukan yang pelik-pelik diceritanya. Mahu kena smackdown dengan Haira nanti kalau budak Harraz tu cerita yang bukan-bukan.

Haziq senyum. "Hmm, dia cerita kat aku yang kau dulu ni gila kerja tahap paling ila ah kan? Sampai kau lupa nak makan, tak cukup rehat lepastu selalu sakit,"

Haira senyum kecil. Alahai, memori tu. Memori untuk orang dewasa. Orang yang sudah melalui 'dunia dewasa' itu pasti akan faham betapa penatnya waktu itu. Penat dari segi mental dan fizikal. Persekitan tempat kerja, kadang bukan semua suka diri kita.

"Jadi apa yang awak nak kata dengan semua tu?"

Haziq diam sejenak sambil pandangannya masih dihala ke hadapan.

"Jangan sakit," kata Haziq tenang.

Haira diam lalu pandang Haziq. Mereka berdua masih berjalan beriringan di tepi kaki lima itu.

"Masa Harraz cerita tu semua, aku sendiri tak terkata. Tak tahu nak bagi respon apa bila dengar semua tu. Aku tak dapat bayangkan macam mana manusia pendek, kecik macam kau ni hadap tu semua. Sampai aku harap aku ada masa susah kau tu. Yelah, at least aku boleh ceriakan hidup kau dengan mengganggu kau all day, all night kan?" ujar Haziq selamba.

Haira ketawa sinis. "Hah! Tak payah. Itu bukannya ceriakan, makin tambah stress adalah," kata-kata Haira meletuskan tawa kecil Haziq.

Haziq pandang Haira dengan pandangan bengang. "Ooo kau.. Berlagak tahap dewa eh? Elak aku sepak je kau ni tau. Biar jatuh tergolek dari hoverboard tu,"

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now