38 : " COLD TREAT "

883 86 6
                                    

BUKU catatan dicapai dari kerusi penonton lalu Haira duduk bersila di dalam bulatan yang terdiri daripada pemain-pemain bola keranjang.

"Alright, so kita nak mulakan dari mana ni? Right side first or the left one?" tanya Haira yang sudah bersedia dengan pen di tangan.

"Kita mulakan dari hati awaklah," celah Amril sambil tersengih.

Lantas semua memandang Amril dengan pandangan seperti mahu menyepaknya sejauh mungkin.

Haira tersenyum sebelum menggeleng. "Kita mulakan dari kananlah, eh?"

"Tak kisah," Amril sekali lagi menjawab. Semua sudah menggeleng melihatnya. Sah! Mamat ni sudah angau!

"Ok, what is your name and what position yang awak pegang dalam team?" Haira memulakan sesi soal selidik.

"My name is Afiq. You can call me ABANG A-"

"Jangan nak merepek!" Fitri disebelah terus menolak perlahan kepala Afiq. Rakan yang lain tertawa kecil melihat perlakuan mereka.

"Lah? Salah ke apa aku cakap?" Afiq masih tidak mahu kalah.

"Ha'ah, memang salah. Kau ingat kau siapa nak berabang-abang? Eii, meremang bulu roma aku!" —Nazri.

"Entah, suka hati je nak suruh 'buah hati' aku panggil kau abang," — Amril.

"Siapa kau punya buah hati hah, Labu?" balas Hariz seraya menolak perlahan kepala Amril.

( guys, jgn amalkan ya tolak kepala kawan ni 😂, tak baik. )

"Yelah, buah hati aku. Habis tu apa? Buah hati kau? Eh, banyak cantik!"  — Amril

"Eh, bila masa aku kata dia buah hati aku?" — Hariz.

"Dah tu yang kau bengang sangat apehal?" — Amril.

Haira menepuk dahi. Pulak dah!

"Oi, Sohai! Sudahlah tu. Korang ni macam budak kecil lah," Wei Zhao yang sedari tadi melihat akhirnya mencelah.

(Sohai bermaksud gila)

"Entah, padahal Cik Haira kita ni langsung tak minat korang. Jangan nak perasan sangat. Aku gantung dua-dua kat jaring tu baru tahu." Sham turut menggeleng melihat sikap mereka yang seperti kebudak-budakkan.

"Ok, stop. Jangan gaduh, please? Sekarang kita mula balik and be serious, ok?" akhirnya Haira sendiri menjadi 'heroin' menghentikan 'drama' yang berlaku.

Semua mengangguk setuju.

"So, Afiq. Apa posisi awak dalam team?"

"Posisi saya Shooting Guard, sama dengan Erizal." jawab Afiq lalu memandang Erizal yang mengangguk.

"Oh, jadi awak Erizal." Haira kemudiannya mencatat butiran yang diterima di buku catatan.

"Do we need to do this ?" Soalan Chan Hao menarik perhatian Haira dan rakan-rakan yang lain.

"Sorry, Haira. I don't mean to be unpolite here. Tapi, you kan pengurus? Mesti Coach dah bagi all the details about our positions. I thought maybe you just mahu kenal muka kami, so that's why you did this by asking our name and so on. But, suprisingly.., I was quiet shocked bila you nak kami explain sekali kami punya position?" sambung Chan Hao. Jujur, nadanya tenang sahaja. Tidak marah, cuma hairan dengan apa yang sedang dilakukan mereka.

Haira tersenyum kecil. Dia tahu apa yang dimaksudkan Chan Hao. Pasti lelaki itu merasakan tentang sesi 'pengenalan' yang pelik ini terasa seperi 'kebudak-budakkan'.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now