53 : " EGO "

850 83 2
                                    

HAZIQ melangkah keluar dari rumah, memandang langit yang diterangi bintang. Sesekali lengannya digosok dek angin sejuk malam yang menyapa tubuh. Kesejukkan itu mungkin terasa kerana dia hanya mengenakan baju-T bewarna putih di dalam, dan memakai kemeja kosong bewarna biru di luar yang dibiarkan tidak berbutang. Kemeja berlengan panjang itu disinsing sedikit hingga paras bawah siku.

Kaki mula menuruni anak tangga. Saat tiba di pertengahan tangga, dia berpaling ke kanan.

Dan, terlepas sebuah keluhan perlahan menatap rumah Haira.

Dia dah balik dan dia tak kerja kat kafe hari ni.
Tapi, dia langsung tak jumpa aku.

"Tak payah kot kacau dia. Mungkin dia penat dan dia nak rehat." Haziq tersenyum kecil seraya mengangkat bahu. Langkahnya kemudian diteruskan menuruni anak tangga dengan tenang bersama siulan.



* * * * * * *



IZZUE memberhentikan kereta di hadapan sebuah banglo kaca yang serba mewah. Tingkap kereta diturunkan dan kepalanya ditoleh ke kanan. Hanya ada sebuah kereta di halaman rumah tersebut. Ini bermaksud Mama dan Papanya tiada di rumah.

Bersama keluhan perlahan, mengeluarkan sampul surat yang disimpan di laci kereta. Sampul surat itu dipandang lama.

"Awak belum cuba, macam mana awak nak tahu?"


Kata-kata Haira terngiang di fikiran. Buat beberapa saat, dia termenung memandang hadapan sebelum mencapai beg sandangnya.

Pintu kereta ditolak dan Izzue terus turun dari kereta. Langkah diatur ke banglo tersebut.

Loceng ditekan.

Pintu pagar itu terbuka secara automatik. Tidak lama kemudian, pintu ruang tamu pula dibuka dari dalam dan muncul kelibat Mak Mah, pembantu rumahnya. Pantas wanita itu mendapatkan Izzue yang sudah tersenyum kecil. Terkejut barangkali dengan kehadiran lelaki tinggi lampai itu.

"Izz!"

Izzue tersenyum lantas menyalam Mak Mah.

"Assalammualaikum, Mak Mah."

"Wa'alaikummussalam. Ya Allah.., lamanya tak nampak muka anak bujang Mak Mah sorang ni! Mana kamu menghilang selama ni, nak? Lama sangat dah tak balik sini!"

"Izz busy-lah, Mak Mah. Training banyak sangat lately ni. Bukannya Izz sengaja tak nak balik. Tapi hari ni," kedua tangan Mak Mah diraih.

"..Izz nak tidur sini. Kita makan malam sama-sama eh, Mak Mah malam ni?"

Mak Mah tersenyum senang. "Yelah. Eh, meh sini Mak Mah tolong angkatkan beg tu," Mak Mah cuba mengambil beg sandang yang disandang di bahu kanan Izzue, namun Izzue pantas mengelak.

"Ah-ah, tak payah. Beg ni ringan je. Biar Izz bawa sendiri,"

Mak Mah tersenyum lalu mengangguk. "Dah, jom masuk."



* * * * * * *




SAMBIL tangannya lincah membancuh air milo panas, mata Harraz tidak lepas memandang kakaknya yang sedang duduk termenung di sofa. Dikerlingnya pula skrin televisyen.

Cerita kartun Doreamon. Hm, Kelakar tu.

Tapi, kenapa pula muka kakaknya itu tak berperasaan langsung?

"Kak,"

"Hm?" Segera Haira memandang adiknya di dapur.

"Akak ni dah kenapa? Lama benar termenungnya tu sampai nak tembus dah skrin tv tu Raz tengok,"

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now