78 : " SACRIFICE "

765 78 5
                                    

AMRIL memandang rakan-rakannya yang lain. Masing-masing senyap. Kesemuanya masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"Aku tak sangka pulak yang Mirul tu ada masalah mental. Selama ni dia nampak normal je. Biasa macam kita semua." Fitri memecahkan kesunyian di antara rakan-rakannya itu.

"Nasiblah dia tak buat apa-apa kat Haira. Kalau tak , memang situ juga aku sembelih dia." Tambah Afiq sambil menggeleng. Sungguh dia lega kerana mereka semua tiba pada waktu yang tepat.

Semua angguk setuju dengan kata-kata Afiq.

Wei Zhao melepaskan keluhan berat. "Haiyaa...lain yang kita rancang , lain pula yang jadi. Aku sure lah , Haira sekarang mesti sedang trauma. Lepastu , si gila Izzue tu pula buang tebiat confess feeling kat depan dia. Haih..drama betullah."

Mereka yang lain tersenyum kecil mendengar keluhan Wei Zhao itu.

"Drama ke tak drama ke , itu tak penting. Tapi apa yang buat aku fikir je dari tadi ni , pasal si Izzue tu haa. Yelah , cuba kauorang fikir balik eh , sejak bila pula si ketam beku tu simpan feeling pada Haira ? Padahal antara kita semua ni , dialah manusia paling bermasalah dengan Haira. So korang semua rasa logik ke ?" Sham menyuarakan pendapatnya.

"Entah mamat tu. Dah elok-elok ada Dee , tiba-tiba nak Cutie aku pulak. Kalau aku jadi Cutie , memang awal-awal aku reject dah dia tu. Yelah , dulu bukan main kan nak Cutie berhenti lah apalah , tapi sekarang apa cerita ni ? Dunia dah terbalik ke apa ?" Ujar Amril dengan nada tidak puas hati.

"Cakap pasal Dee , aku rasa lagi kesian dia kot ," Sampuk Erizal yang sedari tadi hanya memasang telinga.

"Memang pun. Dah tentu-tentu dia dengan Izzue tu dah kenal dekat empat tahun. And now ? Angin tak ada , ribut tak ada , tahu-tahu je diaorang dah putus. Lepastu si Izzue pula pergi confess feeling pada Haira depan dia. Eh aku tak tahulah apa masalah dia tu. Dia sedar ke tak yang dia sekarang ni dah lukakan dua hati ?" Tutur Sham geram.

Dahi kesemuanya berkerut. "Dua hati ? Maksud lu ?" Soal Wei Zhao kurang mengerti.

"Haira lah. Memanglah sekarang ni kita tak tahu lagi apa jawapan Haira untuk Izzue. Tapi , KALAULAH dia terima si ketam beku tu and TIBA-TIBA Izzue sedar yang dia masih CINTA dan SAYANGKAN Dianne , kau tak rasa ke Haira pun akan menderita sama ?" Jelas Sham.

Serentak semuanya terdiam. Masing-masing berfikir ada betul dan logiknya andaian Sham itu.

BANG !

Serentak semuanya memandang muka pintu. Masing-masing terkejut dengan kehadiran mengejut Alif. Wajah Alif kini merah padam.

"Lep.." Amril terkebil melihat Alif.

"Mana Izzue ?" Soal Alif dingin.

"Err...Izzue..Err dia.." Amril jadi gagap seketika.

"Aku tanya mana dia ?!" Nada suara Alif sudah naik.

"Di..dia kat court latihan-" Belum sempat Hafiz menghabiskan kata-katanya , Alif terus pergi meninggalkan mereka semua yang sudah terpinga-pinga.

"Asal dia tu ?" Soal Sham pelik.

"Eh tapi tadi aku nampak dia bawa bungalah." Tambah Fitri.

"Eii aku rasa tak sedap hati pulak. Jom kita pergi tengok ?" Ajak Amril.

"Jom-jom !" Lantas semuanya mengikut langkah Alif dengan senyap.

*******

BOLA dilontar tinggi mengena bucu tiang dan akhirnya bola itu memasuki jaring. Setelah itu , Izzue mencapai pula bola yang lain dan melantunkannya ke lantai lalu sekali lagi memasukkan ke dalam jaring. Dia terus mengulanginya dengan fikiran yang sudah jauh melayang pada apa yang dikatakannya pada Haira tadi.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now