28 : " TRICK III "

849 68 3
                                    

"KSM! KSM! KSM CHAMPION!"

Meriah gelanggang tertutup Kolej Sukan Melaka dengan sorakan para penonton dari semua bangsa. Semuanya bersemangat ingin memberi sokongan kuat kepada pasukan kesayangan.

"Omo! Weh, kenapa semua pemain KSJ hot-hoy ni?!"

"Kyaaaaa~~~"

Jasmin menggeleng saat mendengar jeritan gadis-gadis yang terlebih teruja itu. Senyumannya muncul juga tatkala melihat beberapa pemain KSJ yang kelihatan bangga dengan pujian-pujian seperti itu.

Ok, lelaki tetap lelaki.

Mereka diarahkan untuk bersedia setelah selesai memananaskan badan. Para pemain mula memasuki gelanggang dan mengambil tempat masing-masing.

Pasukan bola keranjang KSJ menghantar Izzue, Wei Zhao, Erizal, Sham dan Kai Xiang untuk pusingan pertama manakala KSM pula diwakili oleh Andy, Ng Wei, Kai Meng, Brian dan Zhao Min. Kesepuluh pemain itu mula mengambil tempat.

Izzue yang memegang posisi sebagai Center (C) mengambil tempat di tengah gelanggang. Center pasukan KSM dipegang oleh Zhao Min yang berbadan tinggi dan besar. Mereka mempunyai ketinggian yang hampir sama namun Zhao memiliki kelebihan fizikal, iaitu tubuhnya yang sedikit besar dan tegap.

Andy menggalas posisi sebagai Big Forward (penyerang utama) sudah mengambil tempat. Matanya kini tepat memandang pemain-pemain KSJ.

Pengadil yang memegang bola mula melangkah ke tengah gelanggang.

"Come on dudes, come on," Naufal kini serius memandang anak-anak buahnya.

Jasmin menggigit bibir. Serba salah mahu menyokong antara dua pasukan. Jujur, kedua-duanya dia sokong. Tapi, mana mungkin dia menyokong KSM di sebelah Naufal?

PRIT!

Wisel berbunyi dan serentak itu juga bola di tangan pengadil dibaling ke atas.

Izzue yang sedari tadi matanya tepat memandang bola, dengan pantas terus menampar bola itu tepat ke arah Fitri.

"Woah!" Suasana gelanggang mula riuh.

"Yeah!" Naufal ketawa senang apabila Izzue berjaya mendapatkan bola tersebut untuk pasukan KSJ.

Fitri menangkap kemas bola itu lalu mula melakukan dribble rendah (melantunkan bola dengan rendah). Sambil itu, matanya mencari kelibat rakan sepasukan manakala rakan-rakannya lain dengan pantas berlari ke gelanggang lawan dan mengambil tempat kosong.

"Shit! they use 'fast-break'!" Andy berdecit geram.

Fast break : (taktik serangan pantas- terus ambil tempat kosong di kawasan lawan sebelum sempat pasukan lawan buat pertahanan)

"Lincah jaga own position now!" kuat suara Andy memberikan arahan.

Maka, dengan pantas semua pemain KSM mula menghalang pemain-pemain KSJ dengan posisi masing-masing.

Sementara itu, Fitri yang berada di kawasan tepi kiri gelanggang terus mendepakan tangan untuk menghalang Brian daripada mengambil bola.

Sambil itu, mata Fitri tajam mencari kelibat rakan sepasukannya yang tidak dikawal oleh pemain lawan.

Wei Zhao! Hanya dikawal seorang pemain KSM!

Lanta, Fitri terus melalukan pivot (gerakan memusingkan badan 360 darjah) lalu melompat dan terus menghantar bola tersebut pada Wei Zhao dengan sebelah tangan. Tangan kirinya masih menghalang tubuh kecil Kai Meng yang cuba menghalangnya.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now