33 : " WILL YOU? "

1K 90 1
                                    

MEMBULAT besar biji mata Harraz  melihat lelaki tinggi lampai itu yang selamba badak menyentuh kakaknya. Haziq pula awal-awal sudah kaku. Rasa terkejutnya datang tanpa henti.

Pertama, Haira hampir jatuh. Kedua, kehadiran dua orang jejaka yang sudah lama tidak dijumpa.

"Oi!" serentak Harraz terus mendapatkan Haira lalu menarik kakaknya itu.

Haira sudah pening-pening lalat.

"Kau siapa hah nak pegang-pegang akak aku?" soal Harraz bengang.

"Yeah?" Izzue blur.

Naufal terkebil.

Membulat mata Haira melihat Harraz yang selamba memarahi Izzue. Pantas dia menarik tangan adiknya.

"Eh, dahlah tu! Dia bukan sengajalah. Kan dia dah selamatkan akak ?" tegur Haira perlahan.

"Habis akak sukalah? Apa? Ingat ni drama ke jatuh lepastu ada putera raja sambut?" balas Harraz selamba.

"Yah!" Haira membesarkan biji matanya. Dasar mulut longkang betul adik dia ni!

Izzue dan Naufal yang mendengar sudah tersenyum kecil. Cuma Izzue lebih bijak menyembunyikan senyumannya.

Ketam beku kenalah pandai kawal macho lah kan?

Eh tak, kawal beku.

"Err.., maaf pasal tadi dan adik saya ni," sempat Haira menjeling tajam Harraz. Harraz hanya buat muka selamba.

"Erm, tapi apa tujuan Encik Naufal dan..," Haira memandang Izzue.

Dan apa Haira? Dan apa?

Izzue faham yang Haira tidak tahu untuk memanggilnya apa. Tapi dia hanya buat selamba malah sibuk bermain dengan telefonnya.

Hantu betul mamat ni!

"Macam ni Cik Haira, sebenarnya kami ada hajat penting yang nak disampaikan pada Cik Haira. Jadi kalau Cik Haira tak ki-" Naufal tidak jadi untuk menghabiskan kata-katanta apabila terpandang Haziq yang sedang berdiri kaku sedikit jauh dari mereka. Ternyata Naufal baru sedar akan kehadiran Haziq.

Haziq?

Izzue hanya memandang sekilas Haziq manakala Haira dan Harraz saling berpandangan keduanya.

Apa dah jadi ni?

*******

BUNYI pintu dibuka menyedarkan Dianne dari lena. Dia menolak selimut yang menutupi hidung lalu duduk menyandar di kepala katil.

Farah yang baru selesai mandi terus mendapatkan Dianne. Sungguh dia sangat risaukan rakan sebiliknya itu. Malah, semasa Dianne keluar dari bilik rawatan semalam, Izzue sudah memberinya tugas supaya menjaga Dianne dengan baik.

Dan paling penting, pastikan dia makan.

Ceh, siapa yang terlebih risau sekarang ni?

"Kau ok?" soal Farah, risau.

Dianne mengangguk dengan senyuman lemah.

Alahai, nak senyum pun susah. Kesian sungguh.

"Beb, kenapa kau tak makan? Aku faham kalau kau nak diet, tapi agak-agaklah weh. Jangan lah sampai bahayakan diri kau. Kau tahu tak betapa teruknya aku rasa bila tak tahu yang roommate aku sendiri sakit?"

Dianne tersenyum kecil lalu menggenggam kemas tangan Farah. "Sorry,"

"Janji eh tak buat lagi?"

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now